expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 21 Disember 2019

HAWA, mohon baca. Luahan seorang LELAKI


Hawa, mohon baca.
Luahan seorang lelaki.

Assalamualaikum.
Letih nak tegur cara lembut. Mohon baca sampai habis.

Ni aku nak tanya, untuk apa sebenarnya korang upload gambar selfie korang kat fb , insta ni ?
Korang tahu tak kitorang sebagai lelaki ni letih nak jaga pandangan ?
Korang tahu tak sebab gambar korang la sesetengah daripada kami dapat dosa ?
Dan korang berdosa dua kali ganda sebab pnyebab kami dapat dosa ?
Kadang² aku memyampah gila bila scroll jumpa gamba selfie , lagi² yang full satu muka.
Korang tau tak mata lelaki ni tak pandang muka korang je.
Kitorang perhati dari setiap sudut . Ei kitorang tak paham la dengan korang ni.
Best ke jadi pemuas nafsu mata laki ?
Aku kesian kat bakal zauj kau nanti , dapat isteri yang telah ditatap beratus laki.
Aku pun taknak zaujah yang suka tayang diri.
Basi.
Low class.
Korang marah kitorang tak jaga pandangan ? Yang korang biarkan gambar korang utk dipandang ni apa kes ? Takkan aku setiap kali nk scroll kena tutup mata ?
Kalau niat korang upload sb nak tarik prhatian lelaki.
Aasif aku cakap , perempuan macam tulah perempuan yang murah.

Buat apa nak jual maruah diri?
Nak dipandang cantik oleh kitorang ? Dipuji ?
Ei maafla , jauh dalam hati, perempuan macam ni tak layak di buat isteri , hanya jadi santapan mata lelaki.
Low class. 
     
Mesti malukan lelaki pandang kita seorang yang murah.
Sedih lihat ramai perempuan yang upload gambar.
Bila laki cakap perempuan itu ini murah.
Kaum perempuan marah.
Bukan murah pada maruahnya. Tapi murah pada wajahnya.
Kesian zauj awak nanti.

Yang niqabis pun sama.Tajdid balik niat awak pakai purdah. Pakai purdah sebab nak lindung wajah kita dari ditatap ajnabi kan? So, apa bezanya awak pakai purdah atau tidak tapi wajah awak masih ditatap sang ajnabi walaupun disebalik kain purdah awak tu.

Maka mari kita mahalkan diri kita dari tatapan ajnabi. Tingkatkan iman dan perasaan malu dalam diri kita 💪

Hanya sekadar teguran bukan untuk menyindir mana2 pihak... Tanya hati ❤️ tanya iman...tanya diri.

"Wanita yang solehah adalah wanita yang dicemburui oleh bidadari syurga 🌸"

#Just_say_Alhamdulillah🌹

Tiada ulasan:

Catat Ulasan