expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 13 Disember 2019

ISTIQAMAH DALAM IMAN


*ISTIQAMAH DALAM IMAN*

Para Ulama mengatakan bahawa kekerapan yang baik yang istimewa yang Allah سبحانه وتعالى kurniakan kepada manusia yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى adalah kekerapan mereka dalam iman yakni istiqamah didalam iman.

_*Apakah maksudnya?*_

Bagaimana mahu istiqamah dalam iman?

Bilamana sakit, mereka tidak lupakan Allah سبحانه وتعالى. Mereka terus beribadat. Bila bekerja, bekerja demi mencari berkat daripada Allah سبحانه وتعالى didalam pekerjaannya. Bila makan, bukan sekadar mahu makan dan mengisi kosong perut sahaja. Bahkan mengisi perut kerana mahukan tenaga untuk terus beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى.

Manusia yang mempunyai kesungguhan yang kuat didalam istiqamah dalam iman ini akan selalu Allah سبحانه وتعالى perintahkan para Malaikat untuk menziarahi mereka selalu. Lebih lebih lagi diwaktu genting.

Apa itu waktu genting?

Ianya terdapat tiga waktu genting bagi manusia.

Yang pertama, adalah Sakaratul Maut. Malaikat akan turun dan membantu si fulan yang istiqamahnya dalam iman secara berterusan dengan mempermudahkan urusan pengambilan Ar-Ruh daripada jasad mereka.

Yang kedua, adalah di alam Barzakh. Malaikat yang ditugaskan akan datang kepada si fulan tersebut bagi membantu si fulan tersebut mempermudahkan urusan dia untuk menjawab pertanyaan Munkar & Nakir. Malaikat juga berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar urusan dia dipermudahkan di alam kubur.

Yang ketiga, adalah Pada hari Kebangkitan. Malaikat akan datang ketemu sama si fulan tersebut dengan berpesan bahawa segala urusannya selepas ini yakni urusan timbangan Mizan, urusan meniti titian Siratul Mustaqim dan lainnya dipermudahkan. Tujuannya untuk menenangkan manusia yang di dunia itu tadi tentang kuat istiqamahnya dalam iman diatas dunia ini.

Moga-moga kita tergolong bersama sama mereka yang kuat istiqamahnya dalam iman.

#Just_say_Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan