expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 27 Februari 2020

KHASIAT ULAM ULAMAN


ULAM-ULAMAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

KHASIAT ULAM-ULAMAN :

17 - Nama Ulam   : BELUNTAS
Nama saintifik  :  Pluchea indica Less

Khasiat  :
Manfaat daun beluntas untuk mengatasi bau badan, ramuan herbal penurun panas, meredakan batuk, mengubat sakit diare. Daun beluntas juga sering dimanfaatkan untuk mengubati rheumatik serta sakit pada pinggang. Daun beluntas juga bermanfaat untuk mengubati penyakit tuberculosis kelenjar leher jika digunakan bersama dengan rumput laut.

Penggunaan  :
Daunnya dijadikan ulaman dan juga direbus untuk diminum airnya untuk dijadikan ubat dan  penawar.


KHASIAT DAUN BELUNTAS :

Daun mengandungi air, karbohidrat, magnesium, serat, steroid, vitamin, alkoloid, flavonoid, saponin, asid chlorogenik, natrium, kalium, aluminium, kalsium, alkohol benzil, asetat benzil, eugenot, kamfor, kardinol, linalool, pinen-alkaloid, dan minyak pati.

Beluntas boleh dimakan bagi merawat penyakit keputihan bagi wanita, disentri, haid tidak menentu, nafas berbau, peluh berbau, badan berbau, sakit urat pinggang, sengal-sengal, sakit sendi (reumatisme), sakit otot, dan ulser. Ia juga boleh dimakan untuk awet muda dan bagi orang yang kurang berpeluh.

Bahagian pucuk beluntas merupakan komponen utama dipetik untuk dijadikan ulam. Pucuk muda yang lembut dengan warna hijau kekuningan boleh dipetik dengan tangan bagi mematahkan tangkainya. Daun ini juga dikatakan mempunyai rasa kelat apabila dimakan dan ada rasa berangin yang menyegarkan nafas kepada mereka yang memakannya. Ini menyebabkan daun beluntas mampu menhilangkan bau busuk dari mulut atau pernafasan kepada mereka yang ada masaalah tersebut. Selain bahagian pucuk, daun tua dan batang lembut juga mempunyai khasiat dan boleh digunakan. Khasiat lain dari tumbuhan beluntas adalah kemampuannya untuk menurunkan suhu badan dan seterusnya ia boleh menyembuhkan demam.  Daun beluntas mampu menyembuhkan masaalah ulser, luka dan kudis pada manusia dengan mengambil beberapa helai daun segar dan tumbuk hingga lumat. Tampalkan daun tersebut pada bahagian luka tersebut sehingga sembuh...yg👍🏻

#Just_say_Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan