expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 26 Februari 2020

*MELEGAKAN SAKIT JANTUNG :*



Assalaamualaikum, Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan melakukan aktiviti seharian kita.
Insyaallah semoga perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu bagi pesakit yang mengalami masalah kesihatan.

Setelah kita usaha sungguh2 selebihnya serahkan kepada yang empunya dunia dan seisinya Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Insyaallah

*MELEGAKAN SAKIT JANTUNG :*

*Ambil setangkai bunga betik jantan,* kemudian rebuskan bersama sedikit garam dan minum apabila suam *pada waktu pagi.*

*Mengubati sakit-sakit otot*
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit.

*Bagi mengubati sakit sendi pula,* meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis *boleh membantu.*

*Cara Penyediaan Bunga Betik Jantan Untuk Merawat Kencing Manis dan Darah Tinggi*

*1.* Celur bunga/daun betik dengan air basuhan beras ke-2. tambahkan sedikit garam didalam air rebusan.

*2.* Rebus bunga betik bersama beberapa keping asam keping. Rebus sehingga bunga betik bertukar menjadi kekuningan dan toskan air nya.

*3.* Rebus bunga atau daun betik bersama-sama daun jambu batu dicampurkan asam gelugur dan sedikit garam kasar sehingga warna kekuningan.

*4.* Rebus bunga atau daun betik bersama-sama daun senduduk.

*5.* Boleh juga rebus daun betik dgn pucuk ubi untuk hilangkan rasa pahitnya hilang rasa pahit

*6.* Saya di nasihatkn rebus bunga betik jantan dan garam kemudian minum airnya bila warna kekuningn untuk rawat cirit birit

Dua kali minum jer dah elok *Alhamdulillah,* tapi susah juga nak dapatkn bunga nya jadi saya guna jer pucuk dan daun betik, elok juga


*Khasiat Jus Betik*

Merendah tekanan darah tinggi
Mengurangkan kadar gula dalam darah/kencing manis
Hilangkan rasa sakit kepala/ migrain
Menambah selera makan
Baik untuk melegakan gastrik
Baik untuk penghadaman
Awet muda jika rajin makan, sebab pahit pahit ubat kan
Melegakan pesakit yang terkena virus denggi
Bagi wanita ianya membantu menjarakkan anak secara semulajadi
Menambah kepekatan susu ibu
Menghilangkan sakit/pedih perut

*Bunga betik amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.*

Rasanya yang pahit membuatkan ramai yang tidak menyukainya. Namun, bagi yang sudah biasa, rasa pahit hanya perkara kecil. Kebiasaanya, bunga betik tersebut dicelur terlebih dahulu bagi melembutkannya dan mengurangkan sedikit rasa pahitnya. Ada juga yang merebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Air rebusan tersebut boleh diminum sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.




#Just_say_Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan