expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 27 Mac 2020

Kurang yakin keluar rumah ? Tips Pencegahan selamat dari wabak (COVID 19)


*๐ŸŒŸS.O.P PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN HARIAN (Musim COVID-19)๐ŸŒŸ*

*๐Ÿ“ŒSebelum Keluar*
- Lantik 1 orang wakil tetap sahaja
- Senaraikan barang² yang hendak dibeli
- Pakai mask
- Keluar sekitar jam 10pagi-3ptg (waktu matahari dah naik)
- Bawa 1 plastik utk isi duit baki (jangan letak duit baki dalam poket/beg duit)

*๐Ÿ“ŒSemasa Di Luar*
- Klu boleh keluar tidak lebih 40minit
- Jaga jarak dengan orang lain (1 meter)
- Bersuara pada benda yang perlu sahaja
- Lihat barang dengan betul, dan ambil (Elakkan ambil, letak semula)
- Hulur plastik kepada pekerja kedai utk masukkan duit baki

*๐Ÿ“ŒBalik Ke Rumah*
- Jemur barang yang tidak boleh dibasuh
- Jemur kunci kenderaan (termasuk motor)
- Basuh tangan (dengan sabun)
- Basuh barang yang boleh dibasuh termasuk duit (dengan sabun) dan keringkan
- Kumpul plastik² dan buang
- Cabut mask dan gantung/buang

*๐Ÿ“ŒFasa Akhir*
- Basuh kaki sebelum masuk rumah (dengan sabun)
- Mandi dan bersihkan seluruh badan (dengan sabun dan shampoo)
- Keringkan badan
- Minum segelas air suam panas
----------------------------------------------
๐Ÿ”Š๐Ÿ”ŠTambahan: Pakai tisu atau sarung tangan ketika isi minyak di stesen minyak.
--------------------------------------------
Sumber oleh :- KKM


*COVID-19 : KERISAUAN???*

“Dr, saya risau sidai baju kat ampaian nanti jiran sebelah batuk melekat CoViD-19...”

“Dr, lepas balik pasaraya, barang semua kena tinggal kat luar rumah 8 jam ke?”

“Dr, fon saya ni kalis air jadi kena basuh dengan sabun berapa kali sehari?”

Semua dah cuak lepas keluar pernyataan berapa lama CoViD-19 bertahan pada setiap permukaan yang berbeza. Sabar, tarik nafas... Hembus... ๐Ÿ˜„

Walau pun dinyatakan berapa jam benda tu lekat pada permukaan, anda tak perlu panik sampai tak boleh tidur fikirkan esok nak pegang stereng macam mana lah. Yang paling penting untuk anda ingat dan terangkan pada mereka yang kurang faham adalah :

๐Ÿ’ง1. CoViD-19 menjangkiti kita dalam bentuk droplet (titisan) yang keluar masa kita batuk, bersin, selsema.

๐Ÿ’ง2. Partikel dia lepas keluar dari mulut atau hidung kita, melompat paling jauh pun 1 meter. Lebih dari itu dia akan jatuh ke bawah. Ini lah sebab nya kenapa kena jarak 1 meter setiap orang. Ini juga sebabnya tak pe sidai baju kat luar rumah.

๐Ÿ’ง3. Virus ni kena ada perumah / host / senang cerita “manusia” untuk hidup.

๐Ÿ’ง4. Bila droplet jatuh ke atas barang-barang atau tangan, dia akan bertahan sementara sebelum mati (sebab dia tak de perumah melainkan anda terus pegang muka, hidung atau mata anda masa dia ada kat tangan tu).

๐Ÿ’ง5. Cara nak matikan si CoViD-19 yang paling senang adalah dengan sabun tangan anda selama 20 saat. Sebab tangan anda yang transfer kan CoViD-19 ni dari barang-barang kepada diri anda apabila anda sentuh muka, hidung dan mulut anda.

Jadi anda harus ingat TIGA sahaja :

1. Jaga jarak 1 meter supaya dia tak melompat pada anda.

2. Sentiasa cuci tangan dengan sabun supaya segala mak nenek jenis kuman termasuk CoViD-19 nyah dari tapak tangan anda.

3. Sumber penularan CoViD-19 adalah tangan dan droplet anda.

Maka, lepas beli barang, kemas dan cuci tangan anda. Pastikan siapa-siapa yang sentuh barang tu juga cuci tangan mereka. Jangan gi cium plastik roti Gardenia tu pula sebab barang rare kan.

Ubah etika anda sekarang kerana hasilnya akan nampak lagi 2-3 minggu. Kalau sekarang anda tak ikut saranan KKM mungkin sambutan Aidil Fitri tahun ini hanya dengan videocall WhatsApp sahaja.

#stayathome
#fromhyetobyecovid19
#Just_Say_Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan