expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 29 April 2020

*"ISTIGHFAR MERUPAKAN PEMBUKA PINTU REZEKI."*


*"ISTIGHFAR MERUPAKAN PEMBUKA PINTU  REZEKI."*

🔘 Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seorang lelaki datang ke hadapan baginda dan mengadu akan kemiskinan yang dialaminya.

🔘 Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki tersebut, "Hendaklah kamu beristighfar."

🔘 Tidak lama kemudian seorang lelaki lain juga datang ke hadapan baginda serta kemudian mengadu bahawa dia belum juga dikurniakan anak (keturunan).

🔘 Lalu Rasulullah SAW, kemudian berkata kepadanya : Hendaklah kamu beristighfar."

🔘 Dan Abu Hurairah kemudian berkata. "Wahai Rasulullah, berbagai jenis penyakit yang ada, namun ubat serta penawar kepada seluruh penyakit itu hanya satu.."

🔘 Maka Rasulullah SAW berkata, bacalah firman Allah SWT yang berbunyi : "Maka aku berkata (kepada mereka): "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu." (Surah Nuh: 10-12).

🔘 Kemudian Rasulullah SAW juga telah bersabda : "Sesiapa yang membiasakan diri untuk beristighfar, maka Allah SWT akan memberikan jalan keluar pada segala kesukaran yang dihadapi dan memberi jalan keluar daripada segala kegelisahan serta kegelisahan yang dialami, lalu Allah SWT akan memberikannya rezeki melalui jalan (cara) yang tidak disangka-sangka." *(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Ibny Abbas).*

*TIPS MEMBACA📗AL-QUR'AN;*

📗Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik2  dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.

📗Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.

_Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:_

*📗Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...*

1. *JUNJUNG📗;*
(Letak atas kepala),
_Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita._

2. *CIUM📗;*
_Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini._

3. *PELUK📗*
(Letak di dada dengan erat),
_Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat._

_📕Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita._

_📕Amalkan tips ini insya Allah._

_📕Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa._

#Just_say_Alhamdulillah
#sharing_is_caring
#Share_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan