expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 29 April 2020

*RAMADHAN : PUASA MENGHASILKAN KESABARAN*


*RAMADHAN : PUASA MENGHASILKAN KESABARAN*

*• Pahala Tidak Terkira Dek Akal*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :

Saidina Abu Hurairah (57 H) رضي الله عنه  berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ ،

“Setiap amalan anak Adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda.

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي ، وَأَنَا أَجْزِي بِهِ ،

Allah Azza wa Jalla berfirman: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya.

يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي ،

Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku.

لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ : فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ ، وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.”

HR. Muslim (1151) dalam sahihnya.

Mari kita lihat ayat al-Quran seperti berikut:

*إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ*

_”Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”_

(Surah Az-Zumar [39]: ayat 10)

Persamaan yang ada pada hadis Qudsi dan ayat di atas ialah ganjaran pahala puasa sama seperti ganjaran sifat sabar, iaitu pahala tidak terkira. Lalu apakah hubungan puasa dengan sabar itu sendiri. Terdapat banyak penafsiran ulama kenapa pahala puasa itu wujud tidak terhitung.

Persoalan ini terjawab apabila kita melihat sabda Rasulullah ﷺ

عَنْ رَجُلٍ مِنْ بَنِي سُلَيْمٍ ، قَالَ :

Seorang lelaki daripada Bani Sulaim berkata:

عَدَّهُنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي يَدِي أَوْ فِي يَدِهِ ، التَّسْبِيحُ نِصْفُ الْمِيزَانِ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ يَمْلَؤُهُ ،

Rasulullah ﷺ mengira-ngira dengan tangannya; Tasbih (Subhanallah) itu separuh daripada timbangan mizan, Alhamdulillah pula memenuhi timbangan itu,

وَالتَّكْبِيرُ يَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ ، وَالصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ ، وَالطُّهُورُ نِصْفُ الْإِيمَانِ

Takbir (Allahuakbar) pula mengisi apa yang ada antara langit dan bumi. Puasa itu separuh daripada kesabaran. Bersuci itu separuh keimanan.

HR. Al-Tirmidzi (3465). Hadis hasan.

Al-Imam al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali (795 H) menyatakan :

يكون استثناء الصوم من الأعمال المضاعفة فتكون العمال كلها تضاعف بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف إلا الصيام فإنه لا ينحصر تضعيفه في هذا العدد بل يضاعفه الله عز وجل أضعافا كثيرة بغير حصر عدد

“Amalan puasa terkecuali daripada amal-amal yang dilipat gandakan. Kesemua amalan yang lain digandakan pahalanya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya pahala puasa tidaklah dihadkan gandaan pahalanya, bahkan Allah akan menggandakan pahalanya dengan gandaan yang banyak tanpa ada batasan.”

Kata beliau lagi:

والصبر ثلاثة أنواع : صبر على طاعة الله وصبر عن محارم الله وصبر على أقدار الله المؤلمة.

“Sabar itu ada 3 jenis: (1) Sabar dalam mentaati Allah. (2) Sabar daripada melakukan perkara yang Allah haramkan. (3) Sabar atas segala musibah yang mendatang.

 وتجتمع الثلاثة في الصوم فإن فيه صبرا على طاعة الله وصبرا عما حرم الله على الصائم من الشهوات و صبرا على ما يحصل للصائم فيه من ألم الجوع والعطش وضعف النفس والبدن وهذا الألم الناشىء من أعمال الطاعات يثاب عليه صاحبه

Ketiga-tiga jenis sabar ini berkumpul dalam ibadah puasa. Dalam ibadah puasa terdapat kesabaran dalam mentaati Allah, sabar dalam menghadapi perkara yang Allah haramkan ke atas orang berpuasa daripada nafsu syahwatnya, dan bersabar atas apa yang akan menimpa seseorang yang berpuasa seperti kelaparan, dahaga, lemahnya tubuh badan. Semua penderitaan ini yang berpunca daripada ketaatan kepada Allah akan membuahkan pahala kepada pelakunya.”

[Lathaif al-Ma’arif, hlm. 150]

Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda kepada kita semua kerana sabar dalam mengikut perintahNya. Mudah-mudahan kita beroleh petunjuk dan rahmatNya. Amiin. Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

-MTS-

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring
#Share_untuk_kebaikan_bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan