expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 28 April 2020

Masyaallah !! Setiap Zikir Ada Maksudnya dan Kelebihannya (jom pelajari)


Maksud Zikir
Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut.

Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah.

Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.

Apakah Perbezaan Zikir Dan Doa?
Zikir ialah bacaan khusus yang melibatkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (Laa ila haa illallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.


Bacaan zikir di atas dan zikir-zikir berdasarkan nama-nama Allah (Asmaul Husna) boleh dibaca pada bila-bila masa sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaranNya.

Manakala doa pula ialah:

Sesuatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, perlindungan dan resti Allah SWT dalam hal-hal berkaitan masa kehidupannya, keluarganya dan masyarakat dan agamanya di dunia dan juga di akhirat kelat.

Bacaan Zikir Umum Dan Sahih
Perumpamaan orang-orang yang ingat akan Rabb-nya dengan orang-orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.
— Rekod Imam al-Bukhari dalam Fathul Bari XI/208 no. 6407

Semua zikir-zikir ini sesuai dibaca pada bila-bila masa dan ketika waktu yang sesuai, sewaktu duduk, berjalan, berdiri dan berbaring.


1.Zikir Pertama

 Subhanallahi wa bihamdihi

Maha suci Allah dan segala pujian
untukNya.

(Rekod Imam Muslim)

Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Zikir ini adalah kalam yang paling dicintai oleh Allah SWT (Rekod Imam Muslim)
Ibarat menanam satu pokok kurma di syurga untuk setiap ucapan. (Rekod Imam At-Tirmidzi, hadis hasan)
Ia adalah kalimah yang dipilih oleh Allah SWT untuk malaikatNya (Rekod Imam At-Tirmidzi, hadis hasan)
2.Zikir Kedua

 Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akhbar

Maha suci Allah. Segala pujian untuk Allah. Tiada tuhan yang sebenar, kecuali Allah dan Allah maha besar

(Rekod Imam Muslim)

Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Ia adalah zikir yang paling dicintai oleh Nabi SAW lebih daripada apa sahaja yang terkena cahaya matahari (Sahih Muslim).
Rasulullah SAW tersenyum kepada pengucap zikir ini (At-Targhrib li Al-Munziri).


3.Zikir Ketiga

 Laa ilaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai’in qodir

Tiada tuhan melainkan Allah yang esa, tiada sekutu untukNya. UntukNya kerajaan dan untukNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.

(Rekod Imam Al-Bukhari dan Muslim)

(Dibaca sebanyak 10 kali)

Kelebihan yang disebutkan dalam hadis
Seperti membebaskan empat orang dalam kalangan anak-anak Nabi Ismail a.s.
Dituliskan untuk dirinya 10 kebaikan, dipadam 10 kejahatan, dan menjadi pendinding daripada syaitan hingga ke petang (jikalau dibaca pada waktu petang)
Diampun seluruh dosa kecilnya walaupun sebanyak buih di lautan.
Allah SWT akan mengutus tentera bersenjata bagi melindungi dirinya daripada syaitan sehingga waktu pagi keesokkan hari. Selain itu, Allah SWT menulis untuk dirinya 10 kebaikan yang mewajibkan (syurga) melalui pembacaan zikir itu. Allah SWT juga memadam 10 kejahatan yang menghancurkan (pelakunya) dan untuk si pelaku itu pahala yang setanding dengan amalan membebaskan 10 hamba beriman.(Imam at-Tirmizi mengatakan hadis ini hasan gharib)

4.Zikir Keempat
 Laa haula wala quwwata illa billah

Tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah

(Rekod Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Khazanah terbaik simpanan di syurga.

Zikir Munajat
Di bawah ini saya sertakan panduan zikir munajat yang mudah untuk diikuti.

Anda boleh play butang audio untuk membantu anda pada setiap bacaan.

Hasbi rabbi Jallallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur muhammad sallallah
Lailahaillallah

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah

Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w

Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa

Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

Lailahaillah almalikul haqqu mubin muhammadur rasulullah,
Sodiqul wa’di amin

Lailahaillah almalikul haqqu mubin muhammadur rasulullah,
Sodiqul wa’di amin

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar
Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,

Astaqfirullah ha innallah kanataw waba

Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

Zikir Taubat Nasuha

Rangkap bacaannya adalah seperti di bawah:


Astagfirullah, rabbal baroya
Astagfirullah, minal khothoya
Astagfirullah, rabbal baroya
Astagfirullah, rabbal baroya

Rabbi zidni, ‘ilman nafi’a
Wawafiqli, ‘amalan maqbula
Wa habli, rizqan wasi’aa



Watub ‘alaina, taubatan nasuha.
Watub ‘alaina, taubatan nasuha.

Rabbi zidni, ‘ilman nafi’a
Wawafiqli, ‘amalan maqbula
Wa habli, rizqan wasi’aa

Watub ‘alaina, taubatan nasuha.
Watub ‘alaina, taubatan nasuha.

Terjemahan:

Ampuni aku ya Allah, Tuhan kepada Makhluk-makhluk
Ampuni aku ya Allah, daripada segala kesalahan
Ya Tuhanku, tambahkan daku, ilmu yang berguna
Dan taufiqkan, dengan amalan yang diterima (dimakbulkan)
Dan berikan aku, rezeki yang luas
Dan terimalah ke atas kami, taubat yang suci (taubat nasuha)

Zikir Nabi Yunus (Doa Memohon Pertolongan)

  Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin 

Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang zalim.



Ini adalah zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.

Ia juga turut dikenali sebagai Doa Nabi Yunus.

Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana

Penutup & Sumber
Sumber audio dalam panduan ini adalah daripada Youtube, Zikir Munajat Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang dipotong kepada beberapa bahagian.

Selain itu, saya juga merujuk buku tulisan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dalam penulisan ini.

InsyaaAllah panduan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Apa yang baik adalah hasil panduan daripada Allah SWT, apa yang tersalah, kita memohon keampunan daripada Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun.

Semoga paduan ini memberi manfaat kepada anda.

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring
#untuk_kita_semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan