expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Rabu, 29 April 2020

Hanya hafal satu Surah?? Baca ni *BACAAN SURAH SOLAT TARAWIH*


*BACAAN SURAH SOLAT TARAWIH*

*SOALAN :*

Dalam solat tarawih *adakah* bacaan surah tertentu bagi imam dan yang solat seorang diri?

Setengah imam baca surah pendek ada setengahnya baca surah panjang.

*Manakah yang paling afdhal?*

*JAWAPAN :*

Tidak ada sebarang surah atau ayat yang diwajibkan atau menjadi kemestian ketika menunaikan solat sunat tarawih.

Terpulang kepada orang yang menjadi imam atau yang solat sendirian itu sendiri membaca apa yang dia suka.

Para salafus solih dahulu setengahnya membaca dengan bacaan yang ringkas dan setengahnya membaca dengan bacaan panjang.

Tetapi jika dengan kadar yang ringan yang tidak membebankan orang ramai yang menjadi makmum maka ia adalah lebih elok.

*Berkata Imam Ahmad :*

يقرأ الإمام بالقوم في شهر رمضان ما يخف على الناس، ولا يشق عليهم، ولا سيما في الليالي القصار، والأمر على ما يحتمله الناس

*Artinya :* “Hendaklah imam membaca untuk sekelian manusia pada bulan Ramadhan bacaan yang ringan atas mereka itu dan tidak menyusahkan mereka istimewa pula pada malam-malam yang pendek. Dan perkerjaan ini ialah sekadar yang ditanggung olih orang awam.” *(Mughni Ibnu Qudamah)*

Dan setengah mereka itu yang mengelokkan dalam satu malam itu membaca sebanyak satu juzuk maka jadilah sebulan Ramadhan sekali khatam Quran.

*Berkata Imam Abu Ya’la :*

لا يستحب النقصان عن ختمة في الشهر، ليسمع الناس جميع القرآن، ولا يزيد على ختمة كراهية المشقة على من خلفه

*Artinya :* “Tidak afdhal kurang dari sekali khatam dalam sebulan supaya manusia dapat dengar sekelian Al-Quran. Dan tidak afdhal lebih dari sekali khatam kerana tidak disukai menyusahkan orang yang solat dibelakangnya.”

Dan elok juga jika mengikut kesesuaian orang yang menjadi makmum yaitu jika ramai dibelakangnya orang awam yang terdiri dari pelbagai keadaan seperti ada orang tua dan kaum wanita dan kanak-kanak maka tidak diperpanjangkan dan jika dibelakangnya adalah orang-orang yang redha dan kuat dengan panjang bacaan imam maka elok diperpanjangkannya.

*Diriwayatkan dari Abu Zar r.a. beliau berkata :*

قمنا مع النبي صلّى الله عليه وسلم حتى خشينا أن يفوتنا الفلاح ـ يعني السحور

*Artinya :* “Kami pernah solat bersama Nabi saw sehingga takut semua kami akan terlepas waktu sahur.”



*Kesimpulan*

Bacaan surah dalam solat tarawih adalah terpulang kepada seseorang mana yang mudah baginya dan mana yang dia suka.

*Yang wajib ialah membaca dengan betul.*

*wallahua’lam*

ustaz azhar idrus

▪️

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring

Tiada ulasan:

Catat Ulasan