expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 13 Julai 2020

πŸ“š *BERDOALAH SELEPAS ASAR PADA HARI JUMAAT*



πŸ“š *BERDOALAH SELEPAS ASAR PADA HARI JUMAAT*

Waktu mustajab berdoa yang *sering terabai...*

● Jaabir r.a berkata Rasul ο·Ί bersabda: “Hari Jumaat terdiri daripada 12 jam. Ada satu waktu apabila seorang Muslim memohon sesuatu kepada Allah permintaannya akan dikabulkan. Carilah ia di akhir waktu selepas Asar." [HR Abu Daud - sahih]

● Nabi ο·Ί bersabda: “Ada satu waktu ketika hari jumaat, jika sesiapa berdoa ketika itu, doanya akan diterima.” [HR Bukhari dan Muslim]

● Imam Ibnu Qayyim berkata: “Waktu doa diterima tersebut adalah akhir-akhir waktu Asar pada hari Jumaat.” [Zad al-Ma'ad]

● Ibnu Qayyim berkata: “Waktu doa diterima pada Hari Jumaat tersebut, seolah-olah Malam Lailatul Qadr." [Zad al-Ma'ad]

● Terdapat beberapa lagi hadis yang menunjukkan bahawa waktu yang mustajab pada hari Jumaat, adalah selepas asar.

● Diriwayatkan Said bin Jubair daripada Ibn Abbas RA telah berkata: "Waktu yang dimaksudkan pada hari Jumaat adalah antara solat asar sehingga terbenam matahari."

● Adapun Said bin Jubair apabila beliau menunaikan solat asar, beliau tidak akan bercakap dengan sesiapa sehingga terbenamnya matahari. 

● Bacalah al-ma'thurat pada hari Jumaat selepas Asar atau penghujung waktu Asar.

● Ada juga riwayat yang sahih mengatakan bahawa waktu mustajab doa pada hari Jumaat ialah semasa imam duduk antara dua khutbah. Namun dalam tempoh PKPP ni, tidak semua orang berpeluang solat Jumaat termasuk kaum wanita.

● Maka berdoalah selepas Asar hari Jumaat dan mohonlah apa sahaja kepada Allah swt.

#DoaMustajabLepasAsarJumaat
#SoalJawabBersamaAlrais
#Sharing_is_Caring
#Just_say_Alhamdulillah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan