expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 2 Ogos 2020

🌍Fahamilah 7 Perkara Dalam Hidup Kamu 🌈



Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:*

1. Apabila meninggal dunia ayah kita , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kita, maka terpadamlah cahaya kelembutan, belaian dan tunjuk ajarnya...

3. Apabila meninggal dunia abang kita, maka longlailah cita2 yg dikongsinya bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kita, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik-beradik kita, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kita, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kita maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

*Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.*

*Maka..*
*senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kita lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan dunia yg fana ini....*

Andai kita melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kita melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita kelak.

Andai kita melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan; maka ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)
Muhasabah seorg insan yg dhaif......

Lelaki yang badannya sasa,
Allah uji dengan rasa bangga
mahu menunjukkan tubuh badan
sehingga menampakkan aurat.

Perempuan yang rambutnya cantik,
Allah uji dengan rasa mahu free hair.

Lelaki yang wajahnya hensem,
Allah uji dengan dikelilingi perempuan²
yang mahu menggodanya.

Perempuan yang mukanya cantik,
Allah uji dengan rasa mahu sentiasa
kelihatan cantik.

Perempuan yang badannya langsing,
Allah uji dengan rasa mahu pakai baju
ikut bentuk badan.

Yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa
mahu acah tahu semua perkara sehingga
abaikan pandangan lain.

Yang kuat agama, Allah uji dengan rasa
dirinya saja yang betul sampai boleh
menghukum orang sesuka hati.

Yang kaya dan banyak harta,
Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan
tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya
itu cuma pinjaman.

Yang susah, Allah uji dengan pelbagai
persoalan menafikan kewujudan Allah.

Yang senang, Allah uji dengan rasa ujub,
kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

Yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa
dengan hidup sendiri.

Yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa
banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.

Yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

Yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

Yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi.

Tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah. Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat.

Ingatlah,
Setiap pilihan yang kita pilih adalah ujian
Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian
Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian
Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian

Setiap pujian juga adalah ujian
Setiap kejian juga adalah ujian.

Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia. Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

#tintamurabbi
#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring

Tiada ulasan:

Catat Ulasan