expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 3 Ogos 2019

MENGAPA SAYA BELUM DAPAT KERJA?


MENGAPA SAYA BELUM DAPAT KERJA?

 Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim

(Ahad 31 Julai 2016, selepas Maghrib di Surau Nur al-Syura,  Selayang)

“Ustaz! Kenapa saya masih belum dapat kerja walaupun sudah banyak kali hadir temuduga?”

Saya terkejut apabila pesara tentera yang juga ahli Jemaah surau kami (Surau Nur al-Syura, Selayang) bertanyakan soalan itu. Beliau adalah  kaki surau yang sangat konsisten dengan solat berjemaah dan selalu hadir kuliah saya. Kisahnya, beliau baru dibuang kerja ekoran aniaya orang. Selepas dibuang kerja, dia banyak menghadiri temuduga untuk kerja baru tetapi selalu gagal. Lalu fikirannya berkecamuk apa sebab kegagalannya yang berlaku secara berterusan. Persediaan temuduga memang dirancang rapi, namun kegagalan seakan sentiasa melekat pada dirinya.

Saya mulakan bicara:

“Abang! Rezeki adalah rahsia Allah! Jika menurut Rasulullah SAW, rezeki yang pasti sudah menjadi milik kita hanya 3 jenis:

يَقُولُ ابْنُ آدَمَ مَالِي مَالِي قَالَ وَهَلْ لَكَ يَا ابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ فَأَمْضَيْتَ

Ertinya: Anak Adam selalu berkata “Aduhai hartaku! Hartaku! Maka adakah bagimu sebarang harta (yang memberi manafaat bagimu) wahai anak Adam melainkan apa yang kamu makan lalu kamu hadam (lalu keluar sebagai najis), atau apa yang sudah kamu pakai lalu kamu jadikannya lusuh (buruk), atau apa yang kamu sedekahkan lalu ia menjamin pahalamu (di akhirat kelak) (Sahih Muslim).

“Sebenarnya abang bukan tak dapat kerja, tapi rezekinya belum sampai. Rezeki adalah ketetapan Allah yang perlu diusahakan. Usah putus asa!  Usaha perlu ditingkatkan seiring doa. Nanti saya kongsikan doa nabi Musa AS mudah-mudahan Allah buka jalan rezeki.”

Benar! Rezeki adalah milik dan rahsia Allah. Ia disahkan oleh nabi Ibrahim:

إِنَّمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْثَانًا وَتَخْلُقُونَ إِفْكًا إِنَّ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَا يَمْلِكُونَ لَكُمْ رِزْقًا فَابْتَغُوا عِنْدَ اللَّهِ الرِّزْقَ وَاعْبُدُوهُ وَاشْكُرُوا لَهُ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Ertinya: (Nabi Ibrahim AS berkata) "Kamu hanyalah menyembah berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; OLEH ITU CARILAH REZEKI DARI SISI ALLAH, DAN SEMBAHLAH AKAN DIA, SERTA BERSYUKURLAH KEPADANYA; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan (al-‘Ankabut [29:17]).

Cari rezeki dari sisi Allah bukan bermaksud duduk berzikir atau berdoa sepanjang hari di masjid tanpa sebarang usaha. Ia bermaksud berusaha sedaya mampu menerokai rezeki yang disediakan Allah di alam ini untuk kita.

Allah sebagai Tuhan yang maha bijaksana tahu apa yang terbaik untuk kita. Rezeki yang ditahan alirannya mempunyai sebab yang belum kita tahu rahsianya. FirmanNya:

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

Ertinya: DAN KALAULAH ALLAH MEMEWAHKAN REZEKI BAGI SETIAP HAMBANYA, NESCAYA MEREKA AKAN MELAMPAUI BATAS DI BUMI (DENGAN PERBUATAN LIAR DURJANA); AKAN TETAPI ALLAH MENURUNKAN (REZEKINYA ITU) MENURUT KADAR YANG TERTENTU SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKINYA. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata (al-Syura [42:27]).

Bagi menenangkan jiwa pesara tentera ini, saya kongsikan doa nabi Musa yang mempunyai makna yang sangat bagus. Saya minta beliau hayati kisah nabi Musa bermula dari ayat 15 sehingga ayat 28 surah al-Qasas supaya doa ini lebih mendasar maknanya ke dalam jiwa. Penghayatan mendalam terhadap latar dan kisah sesuatu doa akan membantu penerimaan sebarang doa. Nabi Musa AS pernah berdoa dengan doa ini:

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Ertinya: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan" (al-Qasas [28:24]).

Sebelum berpisah, sejurus selesai solat Isyak saya bersalam dengannya sambil membisikkan kata semangat:

“Jangan difikirkan sangat tentang rezeki kerja yang belum tiba. Insya Allah ia akan sampai apabila kena dengan ketetapan Allah. Syukurilah REZEKI ROHANI yang sudah lama Allah kurniakan pada abang! Abang boleh konsisten datang berjemaah dan duduk dengar kuliah agama. Ia adalah rezeki yang dicemburui ramai orang lain yang sibuk mencari rezeki fizikal tapi kesuntukan masa untuk solat berjemaah dan mengisi jiwa dengan pengisian ilmu.”

#Just_Say_Alhamdulillah

*RAWATAN PENYAKIT CARA ISLAM*


*RAWATAN PENYAKIT CARA ISLAM*

▪ *Demam Panas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

▪ *Selesema*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

▪ *Penyakit Kulit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

▪ *Sakit Kepala*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

▪ *Sakit Sendi*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

▪ *Sakit Mata*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5


▪ *Sakit Mata Sebab Sihir*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata


▪ *Mata Dimasuki benda*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

▪ *Sakit Perut*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

▪ *Batuk*
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

▪ *Bisa*
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

▪ *Sesak Nafas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

▪ *Dada Berdebar-Debar*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

▪ *Sakit Gigi Biasa*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

▪ *Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

▪ *Kencing Malam*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

▪ *Cirit-Birit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

Khamis, 1 Ogos 2019

*10 PESAN TANAH KEPADA MANUSIA*


*10 PESAN TANAH KEPADA MANUSIA*

1.Wahai anak Adam,berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah kau akan masuk ke dalam perutku kelak.

2.Kau melakukan kejahatan maksiat di atas atasku tetapi ingat kau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah kau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira/berseronok di atas atasku tetapi ingat kau akan kecewa sedih di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas atasku tetapi ingat kau akan menyesal dalam perutku.

6.Engkau makan yang haram di atas atasku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perut-ku.

7.Engkau angkuh sombong di atas ku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan megah di atas atasku tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau Hidup bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di atasku tetapi ingat engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup beramai-ramai di atasku tetapi ingatlah engkau akan berseorangan diri di dalam perutku.

Muhasabah Diri.
#Bakal_jenazah

*DOSA MEMBURU DI MANA-MANA*


*DOSA MEMBURU DI MANA-MANA*

Tuhan! Dosa memburu di mana-mana sahaja
Ia memburu tidak kira masa dan tempat
Sasaran buruannya adalah manusia sebagai hamba-hamba-Mu
Aku adalah salah seorang buruannya
Aku selalu sahaja menjadi mangsanya
Dosa ibarat semut berada di mana-mana dan setiap masa ada
Siapalah yang dapat melarikan diri daripada buruannya
Kalau kita berhati-hati pun tidak dapat dielak daripada digigit semut
Betapalah kita tidak mempedulikannya lebih-lebih lagi menjadi sasaran serangannya yang lebih lagi kerap berlaku
Aku sedih Tuhan, aku bimbang selalu
Jiwaku tidak tenang, gelisah selalu
Bukan sahaja dosa-dosa menimpa aku di jalan-jalan, di pasar-pasar, bahkan di rumah dan di masjid pun berlaku
Di dalam sembahyang pun dosa memburu aku
Waktu berpuasa, membaca Al Quran, bercakap tentang ilmu
Bahkan sedang memperkatakan tentang dosa pun terjatuh di dalam dosa
Aduh di mana aku hendak lari dari dosa Tuhan!
Dosa ibarat semut berada di mana-mana dan berada di setiap masa
Kalau di dalam sembahyang, di waktu membaca Al Quran, di dalam majlis ilmu dosa tetap memburu aku
Bagaimanakah jiwa aku mahu tenang
Bagaimana aku mungkin boleh terlepas daripada kebimbangan?!
Justeru itu lepas sembahyang aku bimbang
Selepas membaca Al Quran aku tidak tenang
Bahkan selepas bangun tidur pun
Aku merasakan aku sedang diburu dosa
Aduh kalau bukan dengan rahmat-Mu Tuhan
Aku pasti binasa

darimursyidku

#JUST_SAY_ALHAMDULILLAH

Isnin, 29 Julai 2019

*💎TANDA² KITA DIPAYUNGI RAHMAT ALLAH SWT..*


*💎TANDA² KITA DIPAYUNGI RAHMAT ALLAH SWT..*

  Ketahuilah bahawa.. *Rahmat Allah* jika sedang *memayungi* kita..kita akan mengalami *keadaan² yang berikut* :

~Kita akan jadi *mudah beramal soleh* dan *meninggalkan yang mungkar*.

~Kita akan jadi *mudah solat lima waktu* tanpa rasa berat.

~Kita akan jadi *seronok melakukan amalan/ibadah2 sunat* tanpa rasa berat.

~Kita akan sentiasa *ringan mulut untuk berzikir dan memuji Allah* tanpa rasa berat.

~Kita akan jadi *ringan mulut utk berselawat kepada Rasulullah saw* tanpa rasa berat.

~Kita akan jadi *sentiasa beristighfar di atas kesilapan dan dosa2* tanpa rasa berat.

~Kita akan *mudah dan suka membaca Al Qur'an* tanpa rasa malas.

~Kita akan *mudah berkasih sayang* tanpa mudah *sengketa dan bersangka buruk*.

~Kita akan jadi *positif dan suka kepada nasihat dan peringatan ke.arah jalan Allah* tanpa rasa bosan..

~Kita akan *mudah tinggalkan yang haram dan mungkar* tanpa payah dipaksa-paksa.

~Kita akan *mudah faham kebenaran* tanpa keliru dengan *kebatilan*.

~Kita akan jadi *mudah menerima ilmu* tanpa halangan.

  Ketahuilah..jika ini *benar-benar berlaku* kepada kita.. *bersyukurlah😊*.

Jika tidak..sedarlah diri bahawa *kita sedang kehilangan Rahmat dari Tuhan* kita.. *Na'uzubillah*.
*والسّلام...*

*۞" اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞*

📿Perbanyakkan *"SELAWAT"* Tanda *Rindukan* *NABI SAW..*

*🔮Org yg paling dekat denganku di hr KIAMAT yg paling banyak berselawat padaku..*
*NABI SAW...*

 *۞ Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'Ala Ali Sayyidina Muhammad ۞*

Jumaat, 26 Julai 2019

*ANALISIS DZIKIR DARI SUDUT PANDANG ILMU KEDOKTERAN*


*ANALISIS DZIKIR DARI SUDUT PANDANG ILMU KEDOKTERAN*

*DOKTER INI TERKEJUT. TERNYATA DZIKIR MERUPAKAN OBAT YANG PALING MUJARAB, SUBHANALLAH*

*Dr. dr. A Y Saleh, M.Kes, Sp. S.* _dari RS S Sunter - Jakarta (Alumni SMAN... Malang & S1-FK...),

 menyatakan bahwa dzikir itu menyehatkan. Ia menunjukkan lewat riset pada pasiennya di mana pasien yg berdzikir pulih lebih cepat di banding dgn yg tak berzikir._

Pasien yg mengalami persoalan alzheimer & stroke, akan lebih baik keadaannya setelah membiasakan dzikir dgn melafadzkan kalimat tauhid *"Laa iIlaaha illallah "* serta kalimat istighfar *"ASTAGHFIRULLOH"*.

Menurut Dr. dr. Ar, dilihat dari pengetahuan kedokteran kontemporer, pengucapan *"Laa iIlaaha illallah"* serta *"Astaghfirullah"* bisa menyingkirkan nyeri & dapat menumbuhkan ketenangan dan kestabilan saraf untuk pasien.

Lantaran dalam ke dua bacaan dzikir itu ada huruf JAHR yg bisa mengeluarkan CO2 dari otak.

Dalam kalimat *"Laa Illaaha Illallah"* ada huruf Jahr yg diulang tujuh kali, yakni huruf *"Lam"*, serta *"Astaghfirulloh"* ada huruf *"Ghayn", " Ra"*,

serta dua buah *"Lam"* hingga ada 4 huruf Jahr yg mesti dilafazkan keras hingga kalimat dzikir tsb mengeluarkan karbondioksida semakin banyak waktu udara dihembuskan keluar mulut.

CO2 yg dikeluarkan oleh badan tak mengubah pergantian diameter pembuluh darah dalam otak. Sebab, bila system pengeluaran CO2 kacau, jadi CO2 yang ke luar juga kacau hingga mengakibatkan pembuluh darah di otak bakal melebar begitu terlalu berlebih saat kandungan CO2 didalam otak mengalami penurunan.

Dilihat dari tinjauan pengetahuan syaraf.

Ada hubungan yg erat pada pelafadzan huruf (Makharij Al-huruf) pd bacaan dzikir dgn *aliran darah pernafasan keluar yg mengandung zat CO2 (karbondioksida)* & system yg rumit didalam otak pd keadaan fisik atau psikis spesial.

Nah sahabatku.. mari teruskan kebiasaan & lebih memperbanyak dzikir dgn mengucapkan kalimat tauhid *"LAA ILLAHA ILLALLAH"* & kalimat istighfar *"ASTAGHFIRULLOH"*.

Mohon disebarkan informasi ini, mudah2an  dapat mendzikirkan masyarakat dan memasyarakat dzikir baik pada Keluarga/Saudara/I /Sahabat maupun Teman  yg kena stroke upaya kuratif maupun yg tdk kena stroke sebagai upaya preventif...

*Semoga bermanfaat*

Rabu, 24 Julai 2019

*SAHABAT SYURGA KU*


*SAHABAT SYURGA KU*

*Persahabatan umpama untaian tasbih, yang ada awal tiada penghujung. Dicantum demi cinta-Nya, diratib demi Redha-Nya.*

 *Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.*
*Ada kelebihan dan kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.*

 *Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya,*

*Ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat,*

*Ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang.*

*Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,*

[  ]

*Menjaga ukhuwah hanya kerana Allah, membuang sifat-sifat tercela sa’at berukhuwah*
kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.

 Kuteringat satu kata-kata; 
*"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.*

*Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh..."* (Saidina Umar Al-Khattab)

*Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.*

 *Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan dan perbuatan menjelaskan.*

*Andai aku mendekatkanmu dengan Allah, teruslah bersamaku.*

*Andai aku menjauhkanmu daripada Allah, nasihatilah aku untuk kembali kepada-Nya.*

*Buang segala sifat tercela di hati. Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.*
*Di Syurga pasti*
*bertemu kembali*

Moga bermanfaat .. Aamiin 33
*_InsyaAllah_*

😊😃😊