expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sabtu, 14 Disember 2019

3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah*


*3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah*

1. *Jodoh*

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita.

Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh.

Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita.

Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat.

Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga.

Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh.

Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh.

Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

*2. Rezeki*

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar.

Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham.

Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama.

Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham.

Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah.

Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah.

Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah
yang tentukan. Yakinlah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.

Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya.

Rezeki itukan rahsia Allah.

Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

*3. Ajal maut*

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur.

Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat.

Wallahua'lam..

#Just_say_Alhamdulillah

Jumaat, 13 Disember 2019

ISTIQAMAH DALAM IMAN


*ISTIQAMAH DALAM IMAN*

Para Ulama mengatakan bahawa kekerapan yang baik yang istimewa yang Allah سبحانه وتعالى kurniakan kepada manusia yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى adalah kekerapan mereka dalam iman yakni istiqamah didalam iman.

_*Apakah maksudnya?*_

Bagaimana mahu istiqamah dalam iman?

Bilamana sakit, mereka tidak lupakan Allah سبحانه وتعالى. Mereka terus beribadat. Bila bekerja, bekerja demi mencari berkat daripada Allah سبحانه وتعالى didalam pekerjaannya. Bila makan, bukan sekadar mahu makan dan mengisi kosong perut sahaja. Bahkan mengisi perut kerana mahukan tenaga untuk terus beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى.

Manusia yang mempunyai kesungguhan yang kuat didalam istiqamah dalam iman ini akan selalu Allah سبحانه وتعالى perintahkan para Malaikat untuk menziarahi mereka selalu. Lebih lebih lagi diwaktu genting.

Apa itu waktu genting?

Ianya terdapat tiga waktu genting bagi manusia.

Yang pertama, adalah Sakaratul Maut. Malaikat akan turun dan membantu si fulan yang istiqamahnya dalam iman secara berterusan dengan mempermudahkan urusan pengambilan Ar-Ruh daripada jasad mereka.

Yang kedua, adalah di alam Barzakh. Malaikat yang ditugaskan akan datang kepada si fulan tersebut bagi membantu si fulan tersebut mempermudahkan urusan dia untuk menjawab pertanyaan Munkar & Nakir. Malaikat juga berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar urusan dia dipermudahkan di alam kubur.

Yang ketiga, adalah Pada hari Kebangkitan. Malaikat akan datang ketemu sama si fulan tersebut dengan berpesan bahawa segala urusannya selepas ini yakni urusan timbangan Mizan, urusan meniti titian Siratul Mustaqim dan lainnya dipermudahkan. Tujuannya untuk menenangkan manusia yang di dunia itu tadi tentang kuat istiqamahnya dalam iman diatas dunia ini.

Moga-moga kita tergolong bersama sama mereka yang kuat istiqamahnya dalam iman.

#Just_say_Alhamdulillah

Ahad, 8 Disember 2019

*🌹MAJLIS YG AKAN MEMBAWA KEPADA KETENANGAN JIWA..*


*🌹MAJLIS YG AKAN MEMBAWA KEPADA KETENANGAN JIWA..*

Di tengah kesibukan kita, aktiviti yang begitu padat, terkadang membuat penat, jenuh, dan tentu saja melelahkan.

Kepada seluruh kaum muslimin, lelaki atau wanita, tua maupun muda, hadirilah undangan istimewa dari Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ untuk mengunjungi taman-taman syurga yang ada di muka bumi. Nabi bersabda:

إِذَا مَرَرْتُمْ بِرِيَاضِ الْجَنَّةِ فَارْتَعُوا قَالُوا وَمَا رِيَاضُ الْجَنَّةِ قَالَ حِلَقُ الذِّكْرِ

“Jika kalian melalui taman syurga maka berhentilah. Mereka bertanya,”Apakah taman syurga itu?” Beliau menjawab,”Halaqah dzikir (majlis Ilmu).” (Riwayat At-Tirmidzi)

Ternyata undangan istimewa dari nabi kita adalah menghadiri majlis ilmu. Inilah undangan istimewa dari nabi kita. Siapa saja yang memenuhi undangan ini juga akan mendapatkan hadiah istimewa langsung dari Allah, apakah dia? Ini dia..

Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلاَّ نَزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلاَئِكَةُ وَذَكَرَهُمُ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ

“Tidaklah suatu kaum berkumpul di satu rumah Allah, mereka membacakan kitabullah dan mempelajarinya, kecuali turun kepada mereka ketenangan, dan rahmat menyelimuti mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah memuji mereka di hadapan makhluk yang ada didekatnya. Barangsiapa yang kurang amalannya, maka nasabnya tidak mengangkatnya.” (Riwayat Muslim)

Allah Subhanahu Wata’ala berikan langsung empat hal bagi tamu taman-taman syurga ini yaitu Allah turunkan ketenangan dalam hati, Allah berikan rahmat bagi mereka, para malaikat Allah kumpulkan ditengah majlis itu, Allah sebutkan orang yang menjadi tamu taman syurga itu dihadapan para malaikat-Nya.

Ternyata khabar gembira untuk tamu taman-taman syurga ini belum selesai. Masih banyak kejutan bagi mereka. Inilah khabar gembira bagi mereka.

"Kerana para nabi tidak mewariskan harta dinar maupun dirham, tetapi yang diwariskan mereka adalah ilmu." (HR. Ahmad)

"Tamu-tamu taman syurga ini akan dido’akan oleh seluruh makhluk yang ada di langit maupun di bumi sampai ikan yang ada di dalam lautan mendo’akannya." (HR. At-Tirmidzi dan Jami’us Shaghir)

"Malaikat akan menbentangkan sayapnya bagi tamu di taman syurga, atas keridhaan Allah Subhanahu Wata’ala pada mereka." (HR. Ibnu Majah)

"Mereka dihitung sebagai orang Fi Sabilillah." (HR. At-Tirmidzi)

Tamu-tamu ini mendapatkan pahaji haji yang sempurna.

Nabiصَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Barangsiapa yang keluar menuju masjid dan tidak ada yang diinginkannya, kecuali belajar atau mengajarkan ilmu, baginya pahala sama dengan pahala haji yang sempurna.” (HR. Ath-Thabrani)

Nabi perintahkan untuk menyambut mereka, kerana tamu taman syurga ini adalah pengemban wasiat Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( Shahih Al-Jami’)

Allah mudahkan jalan mereka menuju Syurga.

Dan ketika kunjungan dari tamu taman-taman Syurga ini selesai. Mereka mendapatkan hadiah yang paling dinanti oleh insan manusia, diampuni dosanya oleh Allah.

Rasuulullaah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

مَا جَلَسَ قَوْمٌ يَذْكُرُوْنَ اللهَ تَعَالىَ فَيَقُوْمُوْنَ حَتَّى يُقَالُ لَهُمْ: قُوْمُوْا قَدْ غَفَرَ اللهُ لَكُمْ ذُنُوْبَكُمْ وَبُـدِّلَتْ سَيِّئَاتُكُمْ حَسَنَاتٍ

“Tidaklah duduk suatu kaum, kemudian mereka berzikir kepada Allah تَعَالىَ dalam duduknya hingga mereka berdiri, melainkan dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah diganti dengan berbagai kebaikan.”(HR.Ath-Thabrani)

*~ InsyaAllah,selamat beramal*
#just_say_Alhamdulillah

Ahad, 1 Disember 2019

*CERITA SANG GURU YANG TIDAK MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN*


*CERITA SANG GURU YANG TIDAK MEMALUKAN MURIDNYA DI DEPAN MURID-MURID YANG LAIN*

Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka.

Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu.

Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata:

*"Cikgu masih ingat saya lagi, kan?”*

Gurunya menjawab: *“Tidak.”*

Murid itu hairan dan bertanya lagi, *"Eh, cikgu tak ingat saya?"*

"Saya kan... murid yang *mencuri jam tangan* salah seorang kawan di dalam kelas kami tu.

"Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua  berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya.

"Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2 dan guru2, dan akan menjadi bahan ejekan dan hinaan, mereka akan menggelar saya *"pencuri"* dan saya pasti akan hancur sepanjang hidup.

"Cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri menghadap dinding dan menyuruh kami menutup mata semuanya dengan sapu tangan.

"Cikgu memeriksa poket setiap kami, dan ketika tiba giliran saya, cikgu ambil jam tangan itu dari poket saya, dan cikgu meneruskan penggeledahan sampai ke murid yang terakhir.

"Setelah selesai, cikgu  suruh kami membuka penutup mata, dan duduk di tempat duduk masing2.

*Saya takut cikgu akan memalukan saya di depan semua murid-murid yang merupakan teman teman saya.*

Cikgu tunjukkan jam tangan itu dan berikan kepada pemiliknya, tanpa menyebutkan siapa yang mencurinya.

*"Sepanjang saya belajar di sekolah itu, cikgu tak pernah sebut pun tentang kes kecurian jam tangan itu, dan tidak ada seorang pun guru mahupun murid yang tahu tentang kecurian jam tangan itu.*

"Cikgu masih ingat lagi saya tak?" 😢

*"Takkan cikgu tak boleh ingat kat saya lagi?*

*😪 😢😢 Sayalah murid itu dan cerita ini adalah cerita pedih yang tak akan dapat dilupakan dalam hidup saya.*

*🙌🏼 Saya sangat mengagumi cikgu. Sejak dari itu saya berubah menjadi orang yang baik dan benar, Saya mencontohi semua perbuatan baik cikgu.*

*Guru itu menjawab:*
*Sungguh2 saya tidak mengingat kamu, kerana pada waktu menggeledah itu, sengaja saya menutup mata juga, agar saya tidak cam siapa pelakunya.*

_"Kerana saya tidak mahu merasa kecewa atas perbuatan salah seorang murid, *Sebab saya sangat mencintai murid-murid saya"*._

Murid tadi hanya terpana dan terdiam. Bertambah lagi rasa kagumnya kepada sang guru.

Hikmah yg dapat diambil:

⚠  *Pendidikan memerlukan akhlak dalam menutup segala keburukan orang lain.*

*Jangan memalukan seseorang hanya kerana 1 kesalahan, kerana ia mampu menghancurkan dirinya sepanjang hidupnya dan mungkin akan tambah terperosok lebih dalam lagi pada masa depannya.*

_*Memaafkan & Mengampuni, adalah sebuah kebijaksanaan.*_

Semoga bermanfaat.🙏🏼💪🏾💪🏾

Kredit : Cikgu Saifuddin Salim

#just_say_Alhamdulillah

Selasa, 26 November 2019

Luahkan perasaan apabila sudah Bersedia menikahinya !


Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…


Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.


Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!


Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.


Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.


Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.


Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.

SHARING IS CARING
#Just_say_Alhamdulillah

*KHASIAT LABU KUNING YANG RAMAI TAK TAHU...*


*KHASIAT LABU KUNING YANG RAMAI TAK TAHU...*

Ramai sungguh orang demam sekarang... saya sendiri pun baru baik demam.. berjangkit dari anak-anak. Mula-mula kena demam anak yang no.2, pastu berturut adik dia yang kecik sekali, yang no.3 dan terakhir saya. *Alhamdulillah* kakaknya yang sulung tak berjangkit. Sekarang ayahnya pulak yang tengah sakit mata.

Tiga hari lepas dapat petua dari seorang yang alim. Pesannya supaya makan labu merah (bahasa Indonesia.. bahasa sini *labu kuning* tu). Makan banyak-banyak labu merah katanya.. itu ubat tekak dan demam, juga bagus buat bersihkan darah katanya lagi.. elok untuk selsema dan macam-macam lagi khasiat dia rupanya..

Saya pun tak berlengah lagi suruh husband pergi belikan labu kat kedai. Balik aje terus buat masak lemak labu. Dua kali saya ulang makan, memang sengaja makan banyak-banyak labu tu.. *Alhamdulillah,* kesannya sangat cepat. Kahak yang sebelum ni bercampur darah, bertukar warna jadi warna kahak biasa (minta maaf cerita pasal kahak. Just nak share tindakbalas dari makan labu). Demam masih ada sikit-sikit tapi tak risau sebab dah ambil antibiotik. Kahak berdarah tu yang merisaukan sebenarnya.

Bila cerita semula dengan orang alim yang bagi petua ni, katanya "iya..memang labu elok untuk luka dalaman juga.." *Subhanallah..* mungkin sebab tekak saya kering jadi ada luka di dalam yang saya tak tau yang buatkan kahak keluar bersama dengan darah. Wallahu a'lam...

Semalam saya buat lagi masak lemak labu. Makan bersungguh & pesan kat family suh makan banyak-banyak juga sambil cerita khasiat labu yang baru saya dapat tu. Husband kata memang makan pun.. Hari Sabtu lepas badan dia dah rasa semacam.. Esoknya (hari Ahad) saya masak lauk labu tu dia makan, *Alhamdulillah* terasa berkurang cuma sakit mata aje katanya.. syukurlah tak demam..

Bangun tidur pagi tadi *Alhamdulillah* badan saya terasa sihat dan ringan seringan-ringannya.. dan pagi tadi jugak buang kahak yang terakhir sekali dengan gumpalan darah kotor. Lepas aje keluar habis kahak tu, terus baik tekak ni dah tak sakit lagi dah.. *Alhamdulillah* 'ala kulli haal.. segala manfaat, khasiat dan kesembuhan dari ALLAH dan dengan izin ALLAH سبحانه وتعالى jua...

Pada yang tengah sakit demam, sakit tekak @ selsema.. cubalah ikhtiar makan labu.. pertama kali saya dapat petua ni.. Kalau nak tau keberkesanannya, try buat sendiri & makan. Untuk yang sakitlah sebab nak tengok kesan dia kan.. Yang tak sakit pun boleh makan.. sedap dan menyelerakan..

*Labu makanan kesukaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.*

Tak sangka banyak betul khasiatnya.. antara yang dibagitau juga labu elok untuk peparu, perut dan gangguan perut contoh kembung, masuk angin dan sebagainya. Dan lagi.. elok untuk sakit telinga, sakit kuning, orang yang sakit tekak yang suaranya rosak (tak keluar suara bila bercakap) pun elok makan labu.

In sya ALLAH paling cepat 2 hari boleh kembali pulih suaranya.

Untuk anak kecik contoh macam baby, boleh buat labu kukus untuk dia. Lepas kukus tu nanti boleh blend atau lenyek - lenyekkan ikut kesesuaian peringkat umurnya....

Wallahu Ta'ala a'lam bissawab..
Moga bermanfaat💞
Copy

#Just_say_Alhamdulillah

*RESEPI UBAT JANTUNG*


*BAWANG PUTIH + MADU*

Hari ini saya nak kongsi Resepi Ubat Jantung menggunakan Superfood Bawang Putih yang bergolek di dapur korang itu.
Alhamdulilah selepas mengamalkan resepi ini, nafas saya lapang dan tiada 'nyut-nyut' di dada. Malah tenaga saya juga bertambah, tak adalah letih sangat.

Memang betullah cakap ustaz yang sarankan amalan ini.
Ustaz ini cuma minta tolong viralkan kalau berkesan, biar dapat tolong ramai orang.

*RESEPI UBAT JANTUNG*

BAHAN-BAHAN

3 ulas Bawang Putih
1 sudu besar Madu.

CARA-CARA

3 ulas bawang putih tu di cincang halus, biarkan selama 15 minit dan kemudian gaul rata dengan satu sudu besar Madu.

Kemam secara perlahan campuran bawang putih dan madu tadi. Seeloknya ambil semasa perut kosong, InshaAllah dalam masa 7 hari akan ada kesan yang ketara pada tubuh badan.

Rupanya resepi ini bukan sahaja untuk jantung, ada banyak khasiat lain seperti:

1. Mencegah lebihan lemak pada dinding jantung.

2. Mencegah serangan jantung dan saluran arteri tersumbat disebabkan penebalan dinding dalam pembuluh darah jantung.

3. Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolestrol.

4. Merawat masalah kulit alergi dan gatal-gatal

5. Merawat masalah cirit birit

6. Buang toksik dalam badan

7.  Menambahkan daya ketahanan badan

8.  Menurunkan kadar gula dalam badan untuk pesakit kencing manis

9.  Mencegah penyakit kanser

10.  Mengurangkan sakit arthritis

11.  Boleh menurunkan berat badan

Lagi satu ustaz ini cakap kalau ada masalah seram sejuk, resdung dan demam berpanjangan pun bagus amalkan petua ini.

P/s Guna sudu plastik

*SHARING IS CARING*

#just_say_Alhamdulillah