Khamis, 26 Disember 2019
GERHANA MATAHARI HIASI LANGIT MALAYSIA
GERHANA MATAHARI HIASI LANGIT MALAYSIA .
Kepada Astrophile sekalian ,
Jangan lupa .
Pada hari Khamis , 26 Disember 2019 ini akan berlaku fenomena gerhana Matahari cincin atau Anulus dan juga gerhana Matahari separa yang boleh disaksikan di Malaysia .
Fenomena gerhana Matahari adalah suatu fenomena alam yang sangat jarang dapat disaksikan di Malaysia .
..
Kali terakhir gerhana Matahari cincin dapat disaksikan di Malaysia pada 22 Ogos 1998 yang lalu .
Manakala kali terakhir gerhana Matahari separa dapat disaksikan di Malaysia pada 09 Mac 2016 .
..
Antara kawasan di Malaysia yang akan dilintasi gerhana Matahari cincin adalah :-
- Johor : Tanjung Piai , Teluk kerang , Kukup dan juga Pengerang .
- Sarawak : Serian , Kota Samarahan .
..
Kawasan lain di Malaysia pula hanya berpeluang menyaksikan gerhana Matahari separa .
..
Bagaimana gerhana Matahari cincin berlaku ?
Secara ringkasnya , gerhana Matahari cincin berlaku disebabkan kedudukan Bulan berada jauh dari Bumi ketika ia melintas di hadapan Matahari sehingga jasad Bulan kelihatan lebih kecil berbanding ketika berlakunya gerhana Matahari penuh yang ketika itu kedudukan Bulan berada dekat dengan bumi .
Jadi ,
Matahari tidak akan tertutup sepenuhnya oleh Bulan seperti mana ketika gerhana Matahari penuh yang menyebabkan suasana kawasan yang dilintasi gerhana akan berubah menjadi gelap seketika tetapi Matahari hanya kelihatan seperti cincin yang dikenali sebagai ' Ring Of Fire ' dan suasana kawasan yang dilintasi gerhana Matahari cincin masih lagi terang .
..
Ketika gerhana nanti , diameter sudut Matahari adalah 0.542° iaitu 1.7% lebih besar daripada purata dan jaraknya adalah 147128523 km
Diameter sudut Bulan pula 0.518° ke 0.526° iaitu 1.0% lebih kecil daripada purata dan jaraknya ketika kemuncak gerhana adalah 384241 km .
Sekitar tujuh hari selepas Bulan berada pada kedudukan Perigee ( dekat dengan Bumi ) dan tujuh hari sebelum Bulan berada pada kedudukan Apogee ( Jauh dari Bumi ) .
..
Selain Malaysia , beberapa negara lain juga berpeluang menyaksikan gerhana Matahari cincin dan juga separa .
Gerhana Matahari cincin akan bermula dari semenanjung Arab iaitu melintasi timur laut Arab saudi , selatan Qatar , selatan UAE dan utara Oman sebelum memasuki laut Arab .
Selepas itu , gerhana Matahari cincin akan melintasi selatan India dan utara Sri Lanka .
Seterusnya , gerhana akan bergerak melintasi utara Sumatra , Kepulauan Riau , sebahagian kecil selatan semenanjung Malaysia , tengah dan selatan Singapura , sebahagian kecil Sarawak , Kalimantan dan sebahagian kecil selatan Filipina .
Akhir sekali , gerhana Matahari cincin akan melintasi laut Filipina menuju ke Kepulauan Mariana dan berakhir di perairan barat Lautan Pasifik .
..
Keseluruhan laluan gerhana Matahari cincin akan melalui kawasan sepanjang kira - kira 12900 km iaitu mencakupi 0.34% permukaan Bumi dan mengambil masa sekitar 3 1/3 jam .
..
Gerhana Matahari separa pula akan dapat disaksikan di sebahagian kecil Afrika utara/timur , timur tengah , Asia tengah , Asia selatan , Asia timur , Asia tenggara , Australasia dan Kepulauan di barat Lautan Pasifik .
..
..
Waktu gerhana Matahari separa dan gerhana Matahari cincin bermula dan berakhir :~
- Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa bermula :-
10:29 AM / 26 Disember2019
( waktu Malaysia ) .
* Sebahagian jasad Bulan mula berada di hadapan piringan Matahari .
..
- Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari cincin bermula :-
11:34 AM / 26 Disember 2019
* Jasad Bulan sepenuhnya berada di hadapan piringan Matahari . Matahari ketika ini mula kelihatan seperti cincin .
..
- Kemuncak gerhana Matahari cincin :-
01:17 PM / 26 Disember 2019
* Jasad Bulan sepenuhnya berada di tengah piringan Matahari .
..
- Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari cincin berakhir :-
03:00 PM / 26 Disember 2019
* Sebahagian jasad Bulan mula bergerak keluar dari hadapan piringan Matahari .
..
- Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa berakhir :-
04:05 PM / 26 Disember 2019
* Jasad Bulan sepenuhnya keluar dari hadapan piringan Matahari . Gerhana Matahari berakhir sepenuhnya .
..
Durasi maksimum gerhana Matahari cincin kali ini adalah selama 03 minit 40 saat .
* Waktu yang dinyatakan adalah waktu umum untuk keseluruhan fasa gerhana . Waktu bermula sehingga berakhirnya gerhana di setiap kawasan adalah berbeza .
Untuk menyemak waktu yang lebih terperinci di kawasan anda , boleh ke pautan yang tertera :-
( http://xjubier.free.fr/en/site_pages/solar_eclipses/ASE_2019_GoogleMapFull.html )
..
Selepas gerhana Matahari cincin 26 Disember ini , gerhana Matahari cincin akan sekali lagi dapat disaksikan di Malaysia pada 21 Mei 2031 !
Ketika itu , gerhana Matahari cincin akan melintasi Kedah , Pulau Pinang , Perak , Kelantan, Terengganu dan Sarawak .
Wallahu A'lam .
Rujukan :-
- Fred Espenak and Jean Meeus . Five Millennium Canon of Solar Eclipses: -1999 to +3000 (2000 BCE to 3000 CE )
- " What Is an Annular Solar Eclipse ? "
( timeanddate.com )
- Fred Espenak . Moon at Perigee and Apogee : 2001 to 2100 .
- " Besselian elements for the Annular Solar Eclipse of 2019 DEC 26 "
( eclipse.gsfc.nasa.gov )
..
Kredit gambar : Kevin Baird
Ahad, 22 Disember 2019
*AL QURAN & UMUR KITA*
Tausiyah Hari ini
*AL QURAN & UMUR KITA*
*Berkata Abdul Malik bin Umair:*
*"Satu-satunya manusia yang tidak tua* adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".
*"Manusia yang paling jernih akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".
*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca Al-Quran, maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".
*Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*
"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".
*Berkata Ibnu Solah :*
"Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca *Al-Quran*, maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".
*Berkata Abu Zanad :*
"Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca *Al-Quran".*
*Berkata sebagian ahli tafsir :*
"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".
"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya".
Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.
*Umur kita terlalu singkat*
... hingga *ALLAH* kurniakan *Lailatul Qadar* untuk menambah umur amal.
*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.
*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.
*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.
*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.
*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.
*Umur kita terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan *Solat
sunat sebelum subuh kekayaan akhirat seluas langit dan bumi*
*Umur kita terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam*
*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat isyak berjemaah seperti solat separuh malam dan bebas dari sifat munafik*
*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.
*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan siapa yg *beramal jariyah, share ilmu yang bermanafaat, dan mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh,* pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.
Wahai diri...,
Berapakah sisa usia kita saat ini ?????
Malaikat Al Maut akan menjemput kita....
#Just_say_Alhamdulillah
PRANK adalah HARAM kawan !! Renungkan seketika
Ramai yang ketawa melihat prank atau gurauan video ini tetapi terus bertukar kepada cemas apabila lelaki yang diguraukan itu mendapat serangan jantung dan terus lemah longlai (kemungkinan mati). 😨
Prank atau gurauan yang berbentuk menakut2kan orang adalah haram dah dilarang dalam Islam serta dosa. Antara hadis2 larangan adalah:
1) Rasulullah SAW bersabda, "Celakalah bagi orang yang berdusta (bergurau bohong) untuk berbicara untuk membuat satu kaum ketawa. Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya."
- Riwayat Abu Daud
2) Rasulullah SAW bersabda, "Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim."
- Riwayat Abu Daud
3) Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau betul-betul.”
- HR Ahmad.
4) Nu’man bin Basyir RA berkata: “Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat.” Rasulullah SAW lantas bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”
- HR Thabrani.
Juga janganlah terlibat me-viralkan prank2 yang dilarang kerana perbuatan itu akan buat pereka prank itu popular dan memberi dia semangat untuk buat lebih banyak lagi prank untuk dapat perhatian. Itu juga boleh mendatangkan dosa. 😔
#Share_utk_Kebaikan
#Just_say_Alhamdulillah
Sabtu, 21 Disember 2019
HAWA, mohon baca. Luahan seorang LELAKI
Hawa, mohon baca.
Luahan seorang lelaki.
Assalamualaikum.
Letih nak tegur cara lembut. Mohon baca sampai habis.
Ni aku nak tanya, untuk apa sebenarnya korang upload gambar selfie korang kat fb , insta ni ?
Korang tahu tak kitorang sebagai lelaki ni letih nak jaga pandangan ?
Korang tahu tak sebab gambar korang la sesetengah daripada kami dapat dosa ?
Dan korang berdosa dua kali ganda sebab pnyebab kami dapat dosa ?
Kadang² aku memyampah gila bila scroll jumpa gamba selfie , lagi² yang full satu muka.
Korang tau tak mata lelaki ni tak pandang muka korang je.
Kitorang perhati dari setiap sudut . Ei kitorang tak paham la dengan korang ni.
Best ke jadi pemuas nafsu mata laki ?
Aku kesian kat bakal zauj kau nanti , dapat isteri yang telah ditatap beratus laki.
Aku pun taknak zaujah yang suka tayang diri.
Basi.
Low class.
Korang marah kitorang tak jaga pandangan ? Yang korang biarkan gambar korang utk dipandang ni apa kes ? Takkan aku setiap kali nk scroll kena tutup mata ?
Kalau niat korang upload sb nak tarik prhatian lelaki.
Aasif aku cakap , perempuan macam tulah perempuan yang murah.
Buat apa nak jual maruah diri?
Nak dipandang cantik oleh kitorang ? Dipuji ?
Ei maafla , jauh dalam hati, perempuan macam ni tak layak di buat isteri , hanya jadi santapan mata lelaki.
Low class.
Mesti malukan lelaki pandang kita seorang yang murah.
Sedih lihat ramai perempuan yang upload gambar.
Bila laki cakap perempuan itu ini murah.
Kaum perempuan marah.
Bukan murah pada maruahnya. Tapi murah pada wajahnya.
Kesian zauj awak nanti.
Yang niqabis pun sama.Tajdid balik niat awak pakai purdah. Pakai purdah sebab nak lindung wajah kita dari ditatap ajnabi kan? So, apa bezanya awak pakai purdah atau tidak tapi wajah awak masih ditatap sang ajnabi walaupun disebalik kain purdah awak tu.
Maka mari kita mahalkan diri kita dari tatapan ajnabi. Tingkatkan iman dan perasaan malu dalam diri kita 💪
Hanya sekadar teguran bukan untuk menyindir mana2 pihak... Tanya hati ❤️ tanya iman...tanya diri.
"Wanita yang solehah adalah wanita yang dicemburui oleh bidadari syurga 🌸"
#Just_say_Alhamdulillah🌹
Jumaat, 20 Disember 2019
Renungkanlah "FATAMORGANA DUNIA"
FATAMORGANA DUNIA
Terlihat memukau....
Namun penuh dengan tipuan...
Terlihat bahagia....
Namun penuh tangisan....
Terlihat tertawa penuh canda....
Namun selalu berisikan pekikan....
Terlihat kaya....
Namun penuh kekurangan....
Terlihat sukses berlimpah penghargaan....
Namun selalu dilanda galau dan kehampaan....
Terlihat tinggi.....
Ternyata distir dan dikuasai....
Terlihat dihormati......
Ternyata hanya digrogoti......
Terlihat hebat.......
Ternyata hanya sandiwara sesaat.....
Itulah Dunia dengan Fatamorgana nya...
Yang selalu menyeret manusia kedalam jurang kesengsaraan tiada tara....
Berhati hatilah saudaraku...
Cobalah untuk memahaminya...... mengerti akan hakikatnya.....
Pelajarii dia.....
Agar engkau tidak menjadi korban berikutnya atau korbannya untuk selama lama nya
#Just_Say_Alhamdulillah
Rabu, 18 Disember 2019
Hati tidak tenteram?? Baca ini * PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR "SAMA ..." *
* PADA AKHIRNYA SEMUA BERAKHIR "SAMA ..." *
* SAAT USIA 50- an .... "CANTIK DAN HODOH, SAMA SAJA ..". (tidak peduli berapa cantiknya kamu, di umur itu kedutan, darkspot, kulit kendur, tak boleh lagi terus kamu sembunyikan dengan gincu dan bedakmu ... *
* SAAT USIA 60-an ... "PENDIDIKAN TINGGI DAN PENDIDIKAN RENDAH, KEDUDUKAN TINGGI DAN KEDUDUKAN RENDAH, SAMA SAJA ..". (Setelah semua bersara, tak ada lagi bos atau bawahan ..) *
* SAAT USIA 70-an ... "RUMAH BESAR DAN RUMAH KECIL, SAMA SAJA .." (Tulang sendi, lutut dan kakimu sudah mulai longgar, semakin sukar untuk bergerak .. sekarang kamu hanya perlu ruang kecil untuk di-diami. .). *
* SAAT USIA 80 ... (itupun kalau masih hidup) *
* (PUNYA DUIT DAN TIDAK PUNYA DUIT, SAMA SAJA .. "* * saat itu duitmu tak lagi bisa membeli steak yang enak lazat, gulai, rendang dan lain2 karena tubuhmu tidak lagi bisa masuk banyak makanan, lidahmu sudah tidak punya rasa, *
* dan anda tak berdaya lagi ke tempat di mana anda boleh menghabiskan wangmu). *
* SAAT USIA 90- ... "TIDUR DAN BANGUN, SAMA SAJA", (kerana setelah bangun, kamu tetap tidak tahu apa yang akan kamu lakukan) *
* SAAT AJALMU TIBA .... "KAYA DAN MISKIN, SAMA SAJA". Kamu hanya akan di-baluti kain kafan dan dimasukkan ke dalam tanah yang ukurannya sama, orang2 akan menangisi kamu kemudian melupakanmu, kerana mereka akan meneruskan kehidupan yang dipenuhi oleh masalah kehidupan masing2. *
* Oleh kerana itu, ketika hidup, tidak terlalu tinggi hati atas apa yang kita MILIKI, kerana kita akan berakhir SAMA .. _JANGAN Terlalu Keras mencari duit sampai lupa amal ibadah bekal akhirat nanti_, karena pada akhirnya kamu tidak memiliki APA2 ... *
"... kecuali Amal Kebaikan Dan Ibadah ..
Yang akan di bawa Di Akhir Cerita ... "
Perkongsian bermakna
#Just_say_Alhamdulillah
Isnin, 16 Disember 2019
🍒HATI HATI WAHAI HATI ❤
*: HATI :*
*HATI* atau *ROH*
itulah hakikat kejadian manusia,
Kerana hati yg diberi keupayaan
untuk merasa senang dan susah
Hati Ia sangat sensitif
terhadap apa yg berlaku
*Yg didengar,*
*yg dilihat,*
*dan yg dirasa*
Disitulah sebagai menentu
sikap semua manusia
Sama ada positif atau negetif
Memang hakikatnya
Allah menciptakan hati
sesuatu yg Maha Ajaib
Kelajuan perjalanannya
tidak terhitung dengan ruang
Gerakkannya tiada had
yg membatas dialam maya
sebut sahaja tempat
yg pernah dilihat oleh mata
Meskipun jauhnya beribu kilo miter
dengan sekerdip mata
hati telah sampai ditempatnya
*Hati tidak akan mati*
*diwaktu jasad zahir mati,*
Ianya akan berpindah
kealam Barzakh,
dan seterusnya
akan kealam Akhirat
Itulah hakikatnya
hati yg ada didada manusia
ialah Roh kehidupan
Yg ditempatkan
didalam hati jasmani
Hati atau Rohaniyah
umpama burung
Yg bersangkar
dihati Jasmaniyah
Ianya tempat menerima
segala suruhan dan larangan
Apapun yg diperintahkan
oleh penciptanya iaitu Allah
*Hati bisa berpindah randah*
dari satu perasaan
keperasaan yg lain
Ianya bersifat tidak tetap,
bersimpang siur,
licit dan bergejolak
*Hati bisa menjadi jahat,*
dan bisa juga menjadi baik
Berbagai perisa dan rasa
yg terkandung didalamnya
*Rasa senang bila dipuji,*
akan terluka bila dikeji
Rasa cinta dan sayang
*serta kasih* bila berhadapan
dengan yg disenangi
*Rasa riak..*
dan bermegahan
bila mendapat kelebihan
dan serta kejayaan
*Rasa Ujub*
bila mempunyai kemampuan
Rasa kecewa
bila diri kekurangan
*Rasa sombong dan Angkuh*
bila memiliki kekuasaan
serta kekuatan
*Rasa bongkak*
apabila memiliki kelebihan
ilmu dan kekayaan
*Rasa marah*
apabila dikeji dan dicaci
*Rasa hasad*
bila melihat orang lain lebih
*Rasa dendam*
bila orang mengkhianati
*Rasa simpati*
bila melihat yg lain susah dan dianiayai
*Rasa keluh kesah*
bila ditimpa musibah dan susah
*Rasa terhutang budi*
bila yg lain menolong dan memberi
*Rasa gerun*
bila menghadapi yg ditakuti
*Rasa meluap*
dan jijik bila berhadapan perkara yg dibenci
*Begitulah hakikat hati*
Yg bisa beralih alih
dengan berbagai rasa dengan sendiri
Bila dirangsang oleh faktor luaran
Perasaan itu akan pengaruhi sikap lahiriyah
Hati seolah olah raja
pada segala anggota
Ialah yg menentu baik buruk manusia
*Akal pula..*
selaku menteri sebagai penasihat
*Anggota tubuh*
sebagai rakyat jelata yg sentiasa taat
Sekelian manusia
apabila mati telah tiba
akan kembali kepada Tuhannya
Dengan membawa hati
yg akan diteliti segala rasa
dihadapan Tuhannya
*Allah s.w.t. berfirman yg bermaksud:*
Pada hari itu, tidak berguna lagi
harta
dan anak anak kecuali mereka yg
pergi
mengadap Allah membawa hati
yg selamat:
*( Asya'ira' 88 89 )*
*Didiklah hati*
semoga ianya bersih
dari segala sifat Mazmumah:
*SALAM KEMAAFAN*
🍒HATI HATI WAHAI HATI ❤
▪
#Just_say_Alhamdulillah
Langgan:
Ulasan (Atom)






