expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 2 Januari 2020

Nasihat SENTAP untuk Diri


Bismillahirahmanirahim

* Jangan terlalu gembira dan riak dengan pencapaian anak di dunia. Tetapi berbanggalah dalam senyap dengan kejayaan Akhirat mereka, itu lebih utama.

* Tidak perlu sebar hal peribadi di dalam media sosial semata-mata ingin meminta perhatian. Gembira mempamerkan hal peribadi pada umum dan gemar sikap menunjuk-nunjuk.

* Kerana cukuplah dengan menadah tanganmu di atas tikar sejadah dalam diam tanpa diketahui manusia. Tetapi, zahirkan segala rasa itu kepada Allah SWT bagi mengelak dirimu wujud sifat riak tanpa disedari.

* Tidak perlu untuk berkongsi segala perihal keluarga pada umum, cukuplah hanya diketahui keluarga sahaja. Dunia hanya sementara tetapi yang dibawa mati adalah Ilmu Akhirat.

* Belajarlah untuk menjaga hati ibubapa dan anak-anak lain yang kurang bernasib baik. Pasti mereka akan bersedih hati dan berasa rendah diri serta hilang semangat gara-gara sifat buruk (riak) kita.

* Cemerlang di dunia tidak menjanjikan Syurga menjadi milik mereka. Cemerlang akademi juga tidak akan memastikan saat anda sakit, tua dan meninggal dunia kelak anak Itu yang akan menjaga, mengurus dan mendoakan anda.

* Oleh itu, jangan ada sifat riak, sombong, bongkak dan suka mempamerkan apa yang dipinjamkan Allah untuk seketika pada anda. Kerana Dia berkuasa untuk menarik kembali apa yang telah dipinjamkan.

Pesanan buat diri ini dan anda semua  supaya lebih berhati walaupun hanya satu huruf kita taip semua akan di hisab di akhirat.. Allahu 😞

Selasa, 31 Disember 2019

*Barangkali Bermanfaat..*


*Barangkali Bermanfaat..*

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk.

Lantas dia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air, sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:

 * Bertaubat;
 * Menyesali dosa yang telah   dilakukan;
 * Tidak tergila-gilakan dunia;
 * Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya');
 * Tinggalkan sifat berbangga;
 * Tinggalkan sifat khianat dan menipu dan;
 * Meninggalkan sifat dengki.

Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

 1. Aku sedang berhadapan dengan Allah;
 2. Syurga di sebelah kananku;
 3. Neraka di sebelah kiriku;
 4. Malaikat Maut berada di belakangku dan;
 5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku.

Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa di dalam solat, aku faham maknanya.

Seterusnya aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim

Kongsikan ilmu bermanfaat

SEMOGA BERMANFAAT

#Just_say_Alhamdulillah

Ahad, 29 Disember 2019

AKIBAT MEMBACA AL-QUR'AN TERUS MENERUS

             

AKIBAT MEMBACA AL-QUR'AN TERUS MENERUS

Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya Manusia yang Tidak Tua[ awet muda dan tidak pelupa  adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

"Manusia yang Paling Jernih Akalnya adalah para pembaca Al-Quran".

Berkata Al-imam Qurtubi :

"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Alloh akan menjadikan Ingatannya Segar meskipun Umurnya telah mencapai 100 tahun".

Imam Besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahulloh.

"Perbanyaklah membaca Al-Quran jangan pernah kau Tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu Inginkan akan dlMudahkan Setara dengan yang kamu baca".

Berkata Ibnu Solah :

"Bahawasannya para Malaikat Tidak Diberi Keutama'an untuk membaca Al-Quran,  maka oleh kerana itu para Malaikat Bersemangat untuk selalu Mendengar saja dari Bacaan Manusia".

Berkata Abu Zanad :

"Di tengah malam,  aku keluar menuju Masjid Rasulullah SAW. sungguh tidak ada satu Rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang Membaca Al-Quran".

Berkata sebagian ahli tafsir :

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-Quran maka kita akan Dibanjiri oleh sejuta Keberkahan dan Kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada Alloh agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca Al-Quran dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada Al-Quran maka sebarkanlah. Demi Alloh, sekian banyak orang yang membaca Al-Quran maka pahala akan mengalir pada anda.

#Just_say_Alhamdulillah

Sabtu, 28 Disember 2019

*PERCAYA ATAU TIDAK*


*PERCAYA ATAU TIDAK*

*1- Ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok.*

*2- Walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.*

*3- Air sebenarnya tidak boleh dicincang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.*

*4- Satu² benda tidak hidup dan tidak bernyawa tapi boleh melahirkan adalah surat beranak.*

*5- Sumbu yg ada pada badak sumbu tidak boleh dicucuh dan memang tidak menyala.*

*Ada 10 sebab perkara yg saya tahu tentang kamu...*

*1. Kamu pasti sedang baca status ini..*

*2. Kamu sememangnya manusia..*

*3. Kamu tidak dapat menyebut huruf ' P' kalau bibir atas dan bibir bawah tidak bersentuhan..*

*4. Kamu baru saja mencubanya..*

*6. Kamu sedang tersenyum sendirian..*

*7. Sampai kamu tidak sedar yg No.5 tidak ada di situ..*

*8. Kamu baru saja cek No.5..ya memang tidak ada di situ..*

*9. Kamu ketawa sambil tersenyum...*

*Kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan kawan...*

*1. Kamu memang malas untuk membaca semua kata "kawan" di atas...*

*2. Sampai kamu tidak sedar ada perkataan "kawin" diantaranya..*

*3. Kamu terus mencari perkataan "kawin"  yg memang sebenarnya tidak ada pun di situ...dgn muka serius sambil berkata "tak ada pun"..*

*4. Kamu pasti sedang ketawa dan tersenyum...sebab kamu baru saja TERKENA.. HAHAHAA* 😂😂😁😂

*Cuba kamu lihat wajah kamu ke cermin sekarang..*
*Wajah kamu kelihatan manis dan berseri sekali...*

*Apa lagi..*
*Hantar la pada kawan² dan rakan² kamu agar mereka pun boleh ketawa seperti kamu...*😊😁😅


*MEMBUAT ORANG SENYUM ITU JUGAKAN SEBAHAGIAN DARI BERSEDEKAH...*

#Just_say_Alhamdulillah

Khamis, 26 Disember 2019

GERHANA MATAHARI HIASI LANGIT MALAYSIA


GERHANA MATAHARI HIASI LANGIT MALAYSIA .

Kepada Astrophile sekalian ,
Jangan lupa .

Pada hari Khamis , 26 Disember 2019 ini akan berlaku fenomena gerhana Matahari cincin atau Anulus dan juga gerhana Matahari separa yang boleh disaksikan di Malaysia .

Fenomena gerhana Matahari adalah suatu fenomena alam yang sangat jarang dapat disaksikan di Malaysia .
..

Kali terakhir gerhana Matahari cincin dapat disaksikan di Malaysia  pada 22 Ogos 1998 yang lalu .

Manakala kali terakhir gerhana Matahari separa dapat disaksikan di Malaysia pada 09 Mac 2016 .
..

Antara kawasan di Malaysia yang akan dilintasi gerhana Matahari cincin adalah :-

- Johor : Tanjung Piai , Teluk kerang , Kukup dan juga Pengerang .

- Sarawak : Serian , Kota Samarahan .
..

Kawasan lain di Malaysia pula hanya berpeluang menyaksikan gerhana Matahari separa .
..

Bagaimana gerhana Matahari cincin berlaku ?

Secara ringkasnya , gerhana Matahari cincin berlaku disebabkan kedudukan Bulan berada jauh dari Bumi ketika ia melintas di hadapan Matahari sehingga jasad Bulan kelihatan lebih kecil berbanding ketika berlakunya gerhana Matahari penuh yang ketika itu kedudukan Bulan berada dekat dengan bumi .

Jadi ,
Matahari tidak akan tertutup sepenuhnya oleh Bulan seperti mana ketika gerhana Matahari penuh yang menyebabkan suasana kawasan yang  dilintasi gerhana  akan berubah menjadi gelap seketika tetapi Matahari hanya kelihatan seperti cincin yang dikenali sebagai ' Ring Of Fire ' dan suasana kawasan yang dilintasi gerhana Matahari cincin masih lagi terang .
..

Ketika gerhana nanti , diameter sudut Matahari adalah 0.542° iaitu 1.7% lebih besar daripada purata dan jaraknya adalah 147128523 km

Diameter sudut Bulan pula 0.518° ke 0.526° iaitu 1.0% lebih kecil daripada purata dan jaraknya ketika kemuncak gerhana adalah 384241 km .

Sekitar tujuh hari selepas Bulan berada pada kedudukan Perigee ( dekat dengan Bumi ) dan tujuh hari sebelum Bulan berada pada kedudukan Apogee ( Jauh dari Bumi ) .
..

Selain Malaysia , beberapa negara lain juga berpeluang menyaksikan gerhana Matahari cincin dan juga separa .

Gerhana Matahari cincin akan bermula dari semenanjung Arab iaitu melintasi timur laut Arab saudi , selatan Qatar ,  selatan UAE dan utara Oman sebelum memasuki laut Arab .

Selepas itu , gerhana Matahari cincin akan melintasi selatan India dan utara Sri Lanka .

Seterusnya , gerhana akan bergerak melintasi utara Sumatra , Kepulauan Riau , sebahagian kecil selatan semenanjung Malaysia , tengah dan selatan Singapura , sebahagian kecil Sarawak , Kalimantan dan sebahagian kecil selatan Filipina  .

Akhir sekali , gerhana Matahari cincin akan melintasi laut Filipina menuju ke Kepulauan Mariana dan berakhir di perairan barat Lautan Pasifik .
..

Keseluruhan laluan gerhana Matahari cincin akan melalui kawasan sepanjang kira - kira 12900 km iaitu mencakupi 0.34% permukaan Bumi dan mengambil masa sekitar 3 1/3 jam .
..

Gerhana Matahari separa pula akan dapat disaksikan di  sebahagian kecil Afrika utara/timur , timur tengah , Asia tengah , Asia selatan , Asia timur , Asia tenggara , Australasia dan Kepulauan di barat Lautan Pasifik .
..
..

Waktu gerhana Matahari separa dan gerhana Matahari cincin bermula dan berakhir :~

- Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa bermula :-

10:29 AM / 26 Disember2019
( waktu Malaysia ) .

* Sebahagian jasad Bulan mula berada di hadapan piringan Matahari .
..

- Kawasan pertama yang dapat menyaksikan gerhana Matahari cincin bermula :-

11:34 AM / 26 Disember 2019

* Jasad Bulan sepenuhnya berada di hadapan piringan Matahari . Matahari ketika ini mula kelihatan seperti cincin .
..

- Kemuncak gerhana Matahari cincin :-

01:17 PM / 26 Disember 2019

* Jasad Bulan sepenuhnya berada di tengah piringan Matahari .
..

- Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari cincin berakhir :-

03:00 PM / 26 Disember 2019

* Sebahagian jasad Bulan mula bergerak keluar dari hadapan piringan Matahari .
..

- Kawasan terakhir yang dapat menyaksikan gerhana Matahari separa berakhir :-

04:05 PM / 26 Disember 2019

* Jasad Bulan sepenuhnya keluar dari hadapan piringan Matahari . Gerhana Matahari berakhir sepenuhnya .
..

Durasi maksimum gerhana Matahari cincin kali ini adalah selama 03 minit 40 saat .

* Waktu yang dinyatakan adalah waktu umum untuk keseluruhan fasa gerhana . Waktu bermula sehingga berakhirnya gerhana di setiap kawasan adalah berbeza .

Untuk menyemak waktu yang lebih terperinci di kawasan anda , boleh ke pautan yang tertera :-

( http://xjubier.free.fr/en/site_pages/solar_eclipses/ASE_2019_GoogleMapFull.html )
..

Selepas gerhana Matahari cincin 26 Disember ini , gerhana Matahari cincin akan sekali lagi dapat disaksikan di Malaysia pada 21 Mei 2031 !

Ketika itu , gerhana Matahari cincin akan melintasi Kedah , Pulau Pinang , Perak , Kelantan, Terengganu dan Sarawak .

Wallahu A'lam .

Rujukan :-

- Fred Espenak and Jean Meeus . Five Millennium Canon of Solar Eclipses: -1999 to +3000 (2000 BCE to 3000 CE )
- " What Is an Annular Solar Eclipse ? "
( timeanddate.com )
- Fred Espenak . Moon at Perigee and Apogee : 2001 to 2100 .
-  " Besselian elements for the Annular Solar Eclipse of 2019 DEC 26 "
( eclipse.gsfc.nasa.gov )
..

Kredit gambar : Kevin Baird

Ahad, 22 Disember 2019

*AL QURAN & UMUR KITA*


Tausiyah Hari ini

*AL QURAN & UMUR KITA*

*Berkata Abdul Malik bin Umair:*

*"Satu-satunya manusia yang tidak tua* adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

*"Manusia yang paling jernih akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

*Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*

"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

*Berkata Ibnu Solah :*

"Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".

*Berkata Abu Zanad :*

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca *Al-Quran".*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*Umur kita terlalu singkat*
... hingga *ALLAH* kurniakan  *Lailatul Qadar* untuk menambah umur amal.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.
*Umur kita terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan *Solat
sunat sebelum subuh kekayaan akhirat seluas langit dan bumi*
*Umur kita terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam*
*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat isyak berjemaah seperti solat separuh malam dan bebas dari sifat munafik*
*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.

*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan siapa yg *beramal jariyah, share ilmu yang bermanafaat, dan mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh,* pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.

Wahai diri...,
Berapakah sisa usia kita saat ini ?????
 Malaikat Al Maut akan menjemput kita....

#Just_say_Alhamdulillah

PRANK adalah HARAM kawan !! Renungkan seketika


Ramai yang ketawa melihat prank atau gurauan video ini tetapi terus bertukar kepada cemas apabila lelaki yang diguraukan itu mendapat serangan jantung dan terus lemah longlai (kemungkinan mati). 😨

Prank atau gurauan yang berbentuk menakut2kan orang adalah haram dah dilarang dalam Islam serta dosa.  Antara hadis2 larangan adalah:

1) Rasulullah SAW bersabda, "Celakalah bagi orang yang berdusta (bergurau bohong) untuk berbicara untuk membuat satu kaum ketawa. Celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya."
-  Riwayat Abu Daud

2) Rasulullah SAW bersabda, "Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim."
-  Riwayat Abu Daud

3)  Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seIslamnya dengan niat melawak atau betul-betul.”
-  HR Ahmad.

4)  Nu’man bin Basyir RA berkata: “Sesungguhnya, kami bersama Rasulullah SAW dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya, dan mengejutkan lelaki yang mengantuk itu, menyebabkan dia terperanjat.” Rasulullah SAW lantas bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”
-  HR Thabrani.

Juga janganlah terlibat me-viralkan prank2 yang dilarang kerana perbuatan itu akan buat pereka prank itu popular dan memberi dia semangat untuk buat lebih banyak lagi prank untuk dapat perhatian. Itu juga boleh mendatangkan dosa.  😔

#Share_utk_Kebaikan
#Just_say_Alhamdulillah