expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Isnin, 20 Januari 2020

*10 TANDA AKHLAK MULIA*


*10 TANDA AKHLAK MULIA*

Yusuf bin Asbath rahimahullah berkata:

علامة حسن الخلق عشرة أشياء:
١ - قلة الخلاف
٢- حسن الإنصاف
٣ - ترك تطلب العثرات
٤ - تحسين ما يبدو من السيئات
٥ - التماس المعذرة
٦ - احتمال الأذى
٧ - الرجوع بالملامة على نفسه
٨ - التفرد بمعرفة عيوب نفسه دون عيوب غيره
٩ - طلاقة الوجه
١٠ - لين الكلام

_*Tanda* akhlak mulia ada 10 perkara:_

_1. Jarang berselisih.._
_2. Baik dalam bersikap adil.._
_3. Meninggalkan tindakan mencari-cari kesalahan orang lain.._
_4. Berusaha memperbaiki keburukan-keburukan yang nampak.._
_5. Mencarikan udzur bagi orang yang salah.._
_6. Bersabar menghadapi gangguan orang lain yang menyakitkan.._
_7. Introspeksi dengan mencela diri sendiri yang juga penuh kekurangan.._
_8. Hanya sibuk mengurus aib-aib sendiri tanpa mengurusi aib orang lain.._
_9. Wajah yang ceria.._
_10. Lembut perkataannya.._

(At-Tanwir Syarh al-Jami' ash-Shaghir, juz 5 hlm.535)

*JIKA MAU DISEBUT ORANG BERAKHLAK BAIK*

Ibnu Mas'ud mengisahkan:

Satu hari Rasulullah bertanya kepada para shahabatnya:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ تُحَرَّمُ عَلَيْهِ النَّارُ؟

_"Maukan kalian aku kabarkan tentang mereka yang diharamkan masuk neraka?"_

Seketika saja shahabat menjawab:

قَالُوا: بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ

_"Ya, tentu wahai Rasulullah!"_

Lantas Nabi bersabda:

عَلَى كُلِّ هَيِّنٍ، لَيِّنٍ، قَرِيبٍ، سَهْلٍ

_"Neraka itu diharamkan bagi orang yang rendah hati, lemah-lembut, mudah bergaul, serta gampang dimintai tolong.”_

(HR Ibnu Hibban no.1096. Dishahihkan oleh Al Imam Al Albani dalam Ash Shahihah no.937)

Berkata Al Munawi menjelaskan hadits di atas dengan menukil perkataan Al Mawardi:

بيَّن بهذا الحديث أن حُسن الخلق يدخل صاحبَه الجنة ويُحرمه على النار، فإن حسن الخلق عبارة عن كون الإنسان سهل العريكة لين الجانب طلق الوجه قليل النفور طيب الكلمة

_"Hadits di atas begitu gamblang menyebutkan bahwa berakhlak baik dapat mengantarkan pelakunya masuk surga, dan diharamkan baginya menyentuh neraka._

_Luhurnya akhlak merupakan kesimpulan dari gambaran seseorang yang memiliki watak rendah hati, ramah kepada orang lain, berwajah manis, tidak membuat orang menjauh darinya, dan bahasa yang keluar dari mulutnya pun baik."_

(Faidhul Qadir, 4/105)

*****

✍ *Diterjemahkan oleh:*
Al Ustadz Abdul Wahid bin Faiz at Tamimi hafidzahullah

#Sharing_is_Caring

Sabtu, 18 Januari 2020

Alhamdulillah ! 10 CARA KREATIF BERSEDEKAH


🌷🌷🌹🌹

10 CARA KREATIF BERSEDEKAH

🌷1 – Letak sabun basuh tangan

Ada kebanyakkan masjid yang kita pi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepastu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang dapat guna.

🌷2 – Selipar Untuk Masjid

Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.

🌷3 – Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling simpan dalam tabung. Tiap kali weekend kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekah.

🌷4 – Berikan Baki Bayaran

Yang ini paling mudah, contoh kita beli nasi lemak harga RM2, Tapi kita bagi saja duit besar RM5, dan mintak pakcik makcik yang berniaga tu simpan saja baki bayaran. Buat lah sekali, lama lama akan jadi habit.

🌷5 – Kain Pelikat & Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama. Katakan kat masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor. Kita boleh bawak balik basuh kat rumah atau hantar dobi.

🌷6 – Makanan Kucing

Walaupun kita tak bela kucing, kita boleh beli makanan kucing dalam small pack. Standby letak dalam kereta.

Bila kita turun ke RnR atau mana mana perhentian untuk makan, ternampak kucing terbiar di tepi jalan boleh bagi makan kucing. Berbuat baik lah pada kucing makhluk kesayangan Rasulullah.

🌷7 – Konsep sedekah carpool

Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Kalau kita ada kawan atau jiran yang nak pergi ke destinasi yang sama dengan kita, tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ pergi kerja juga salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.

🌷8 – Kertas & Pen

Kat mana mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepastu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar insha Allah

🌷9 – Al Fatihah

Sedekahkan Al-fatihah kepada suami, kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg masih hidup dan yang telah meninggal.Jangan lupa bacakan al-fatihah untuk diri kita sendiri juga. Dan doa kan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa.

Contoh, masa di airport kita ternampak ada suami isteri ni bertengkar berbalah. Kita terus submit doa semoga Allah lembutkan hati diorang dan datangkan kasih sayang supaya mereka dapat cari jalan untuk selesaikan.

🌷10 -Doakan perkara yang baik. 😊

Bersedekah yang paling baik ialah kita dapat berikan sesuatu yang orang perlukan.

Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.
.
“Setiap kebaikan adalah sedekah”
Hadis Riwayat Muslim

🌸 🌸 🌸 🌸 🌸 🌸 🌸

#Just_say_Alhamdulillah

Jumaat, 17 Januari 2020

*JANGAN SIMPAN BAWANG MERAH YANG SUDAH DIKUPAS KALAU TAK BERTUJUAN UNTUK MEMASAK.*


Bawang merah yang sudah dikupas tidak boleh diguna lagi.
👇👇👇

*JANGAN SIMPAN BAWANG MERAH YANG SUDAH DIKUPAS KALAU TAK BERTUJUAN UNTUK MEMASAK.*

Alasannya :
Ketika virus influenza merebak di seluruh dunia, seorang doktor menyatakan
"Ada keluarga yang tidak pernah dijangkiti oleh demam influenza".

Ketika berkunjung, beliau dapati keluarga ini setiap hari meletakkan bawang merah yang telah dikupas di piring dan meletakkannya di setiap bilik di rumah itu.

Ketika dia ambil sepiring untuk mengkaji, dia dapati seluruh permukaan bawang itu penuh virus influenza yang sudah tidak aktif. Bawang merah itu menarik atau menyedut virus dan mematikannya.

Bukan hanya virus saja, tapi juga bakteria semuanya terkumpul di situ dalam keadaan sudah inaktif atau mati.

Beberapa kedai yang mendedahkan bawang merah di sekitar kedainya juga bebas dari serangan kuman dan mendapati pekerjanya lebih sihat.

Letakkan beberapa ulas bawang merah yang telah dikupas/kopek di setiap bilik rumah anda.

Tukar setiap hari, anda akan bebas dari virus dan bakteria. Buang bawang yang didedahkan dan digunakan, jgn dimakan bawang itu yang telah menyedut kuman dan bakteria.

Seorang penderita radang paru2 yang parah (pneumonia) menjalani rawatan bawang merah seperti berikut :

Ambil seulas bawang merah yang sederhana besar, hiris kedua hujungnya.
Salah satu hujungnya dicocok dengan garpu yang sebelah pemegangnya dimasukkan ke dalam botol supaya tegak.

Letak di tepi katil pesakit selama semalaman. Kita akan dapati bawang merah berubah jadi kehitaman kerana dipenuhi kuman.

Kemudian buang bawang itu ganti baru.

Pengidap akan lebih cepat sembuh.
Apa kesan dari semuanya ini?

Bawang merah mentah yang telah dikupas/kopek adalah magnet kuat bagi menarik/menyedut kuman dan bakteria bawaan angin.

Jangan simpan bawang merah mentah yang sudah dikupas/kopek, walaupun dalam peti sejuk. Jika hendak disimpan juga, masukkan kedalam bekas tertutup rapat. Jika keadaannya terdedah dalam peti sejuk, ia akan menyerap semua kuman dan bakteria, kemudian anda makan kuman dan bakteria itu.

Begitu juga ubi kentang, setelah dikupas, dipotong atau dihiris, mudah dijangkiti kuman dan bakteria. Oleh itu jangan sesekali mendedahkan ubi kentang yang telah dikupas/dikoyak kulitnya.

Kerana itu seeloknya kupas/kopek bawang merah hanya jika hendak segera dimasak.

Jangan jadikan penyedut kuman kemudian dimakan.
🌶🥕🌶🥕🌶🥕🌶🥕🌶🥕
Semoga bermanfaat.

#Sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah

Isnin, 13 Januari 2020

INILAH KESAN DARI SOLAT DHUHA


INILAH KESAN DARI SOLAT DHUHA

Ramai yang belum tahu apa kesan yang akan mereka rasakan apabila rajin mendirikan (melaksanakan) solat DHUHA.

Sesungguhnya.. Bertuahlah anda yg berkesempatan membaca artikel ini, semoga menjadi pengajaran berguna untuk kita semua.

Seperti dijelaskan oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya Khasais al-Ummah al-Muhamadiah tentang keutamaannya, penulis menjelaskan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh ALLAH SWT bagi hambaNya yang menunaikan solat DHUHA lengkap dengan sumber hadith-hadithnya.

PERTAMA

Orang yang solat DHUHA akan diampuni dosa-dosanya oleh ALLAH SWT.

“Sesiapa yang selalu mengerjakan solat DHUHA nescaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.”
(HR. Tirmidzi)

KeDUA

Sesiapa yang Istiqamah menunaikan solat DHUHA, dia tergolong dalam kalangan orang-orang yang bertaubat kepada Allah SWT.
*“Tidaklah seseorang yang selalu mengerjakan solat DHUHA kecuali dia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.”*
(HR. Hakim).

KeTIGA

Orang yang sering menunaikan solat DHUHA akan dicatat sebagai ahli Ibadah dan tergolong didalam golongan orang-orang yang ta'at kepada Allah SWT.

*“Sesiapa yang solat DHUHA 2 raka'at, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Sesiapa yang mengerjakannya sebanyak 4 raka'at, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli Ibadah. Sesiapa yang mengerjakannya 6 raka'at, maka dia diselamatkan di hari itu. Sesiapa mengerjakannya 8 raka'at, maka Allah tulis dia sebagai orang yang ta'at. Dan sesiapa yang mengerjakannya 12 raka'at, maka Allah SWT akan membangunkan (menyediakan) sebuah rumah di Syurga untuknya.”*
(HR. At-Thabrani).

KeEMPAT

Orang yang Istiqamah melaksanakan solat DHUHA, kelak dia akan masuk syurga melalui pintu khas, pintu DHUHA yang disediakan oleh Allah SWT.
*“Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat sebuah pintu bernama pintu DHUHA. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, "Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat DHUHA..??? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan Rahmat Allah SWT.”*
(HR. At-Thabrani).

KeLIMA

Allah SWT mencukupkan rezekinya.
*“Wahai anak Adam, janganlah kalian merasa lemah/lelah dari 4 raka'at DHUHA dalam mengawal harimu, nescaya AKU akan mencukupkan di akhir harimu.”*
(HR. Abu Darda`).

KeLIMA

Sesungguhnya.. Orang yang mengerjakan solat DHUHA, dia telah mengeluarkan sedekah.
*“Hendaklah masing-masing kalian bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab setiap kali bacaan Tasbih itu adalah sedekah, setiap Tahmid itu adalah sedekah, setiap Tahlil itu adalah sedekah, setiap Takbir itu adalah sedekah, menyuruh kepada yang Ma’ruf itu adalah sedekah, mencegah yang mungkar itu adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukupkan lah mengerjakan 2 raka'at solat DHUHA.”*
(HR Muslim).

*Setelah membaca artikel ini, apakah anda masih tidak mahu atau malas untuk mengerjakan solat sunat DHUHA..???*

Solat DHUHA punya kedudukan yg sangat mulia. Sunat mengerjakannya sejak terbit suria hingga sebelum masuk waktu solat Fardhu Zuhur.

😍JOM KITA SOLAT DHUHA 😍

Jumaat, 10 Januari 2020

CARA MEMBALAS KEBAIKAN ORANG LAIN


CARA MEMBALAS KEBAIKAN ORANG LAIN

Jabir bin Abdullah RA berkata:

“Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang diberikan sebuah hadiah, lalu ia mendapati kecukupan maka hendaknya ia membalasnya, jika ia tidak mendapati maka pujilah ia, barangsiapa yang memujinya, maka sesungguhnya ia telah bersyukur kepadanya, barangsiapa menyembunyikannya sesungguhnya ia telah kufur (tidak mengenang budi).”

(HR. Abu Daud No: 4179)
Status: Hadis Hasan

PENGAJARAN:

1.  Islam mengajar umatnya membalas kebaikan yang diberikan oleh orang lain.

2.  Cara membalas kebaikan dan pemberian orang lain:

a.  Membalas pemberian tersebut dengan sebaiknya

b.  Memuji kebaikan atau pemberian orang tersebut

c.  Mengucapkan Jazakallah khairan kepada orang tersebut

d.  Mendoakan orang tersebut

Balaslah kebaikan serta pemberian orang lain dengan sebaiknya.

MUTIARA NASEHAT


💞 أللهم صلِ على سيدنا محمدٍ وعلى آلِ سيدنا محمد في الأولين والآخرين وفي الملأ الأعلى إلى يوم الدين 💞


'DUNIA BUKAN RUMAH KITA'

Setiap yang meninggal,
disebut meninggal dunia..
'Dunia' ditinggalkan..

Kenapa 'Dunia' yang ditinggalkan?
Karena rumah kita bukan di 'Dunia'..
'Hai kita yang tinggal di Bumi..
tempat kita di Bumi itu,
Di 'Dunia' itu, tidak akan lama'..

( وَلَكُمْ فِي الْأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَىٰ حِينٍ )

Itu hanya sementara..
Kita akan meninggalkannya untuk kembali ke tempat yang abadi nanti..

Jadi,...
Kalau kita terlalu berlebihan dengan 'Dunia',
Sibuk dengan 'Dunia',

Kalian ingat pesan ini....!

'Pengumuman akan menyampaikan,
telah meninggal dunia,
Bukan saja rumahnya,
Bukan saja kenderaannya,
Bukan saja pakaiannya,

Semua 'Dunia' akan dia tinggalkannya..
Maka kita harus mencari bekal...!



KUNCILAH ILMU DENGAN MENCATAT✍

💡 INGAT

Jaga lisan
Jaga hati
Jaga sikap
Jaga ADAB
Jadilah Sebaik-baik Mutiara di hamparan Bebatuan
Muliakanlah dirimu dengan Akhlak
🍁🍃🍁🍃🍁🍃🍁🍃

#Just_say_Alhamdulillah

Ahad, 5 Januari 2020

*_LARANGAN MENGHORMATI ORANG KAYA KARENA KEKAYAANNYA_*


*_LARANGAN MENGHORMATI ORANG KAYA KARENA KEKAYAANNYA_*

 بِسْــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم *``` السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam masyarakat modern yang materialistik dan kapitalistik harga diri atau kehormatan seseorang seringkali dilihat dari harta kekayaan yang dimilikinya. Artinya semakin seseorang kaya raya, ia akan semakin dikagumi dan dihormati banyak orang. Sementara orang2 miskin semakin tersingkir dan sering dilecehkan.

Jadi tidak heran ketika kita miskin, Dimata sebagian orang kita dipandang sebelah mata,dihina,di Dzolimi dan sebagainya,namun KEMULIAAN seorang hamba dihadapan Allah, tidak ditentukan oleh kaya atau miskin, cantik atau buruk, keturunan raja atau hanya keturunan rakyat jelata.

Namun kemuliaan seorang hamba dihadapan Allah ditentukan oleh seberapa jauh KETAATANNYA kepada Allah, seberapa jauh kesediaanya untuk tunduk dan patuh atas segala aturan yang sudah ditetapkan-Nya

Sebagaimana Allah SWT berfirman:

يٰۤاَ يُّهَا النَّا سُ اِنَّا خَلَقْنٰكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ وَّاُنْثٰى وَجَعَلْنٰكُمْ شُعُوْبًا وَّقَبَآئِلَ لِتَعَا رَفُوْا ۗ اِنَّ اَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللّٰهِ اَ تْقٰٮكُمْ ۗ اِنَّ اللّٰهَ عَلِيْمٌ خَبِيْرٌ

"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. SUNGGUH, YANG PALING MULIA DI ANTARA KAMU DI SISI ALLAH IALAH ORANG YANG PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 13)

Penghormatan kepada orang kaya yang semata-mata karena kekayaannya tidak dibenarkan di dalam Islam berdasarkan hadits marfu’ yang dirwayatkan Al-Baihaqi sebagai berikut:

Dan barangsiapa merasa rendah di hadapan orang kaya karena kekayaannya sungguh orang itu telah lenyap atau hilang dua pertiga agamanya.
(HR Baihaqi)

Merasa rendah atau menghormat kepada orang kaya semata-mata karena kekayaannya bukanlah akhlak terpuji. Orang-orang kaya dihormati seharusnya bukan karena hartanya yang berlimpah tetapi karena amal-amal kebaikannya, seperti bertakwa kepada Allah SWT, ramah kepada sesama, suka bersedekah, suka menolong fakir miskin.dan anak yatim sangat peduli terhadap kepentingan umum, mewakafkan ini dan itu dan sebagainya untuk kepentingan kemaslahatan ummat

Terlaknatlah orang Yang menghormati orang lain karena kekayaannya, dan menghina orang lain sebab kemiskinannya.
(Ibnu 'Abbas Dalam Shuwar min Hayaatis Shahabah)

Sungguh Allah tidak melihat rupa dan harta kalian, melainkan melihat hati dan amal kalian.
(HR Muslim)

YANG MAHA BESAR ITU ALLAH DENGAN UCAPAN ALLAHU AKBAR SEBAGAI PENCIPTA
MANUSIA APAPUN YANG PERNAH ADA DIATAS MUKA BUMI INI TETAPLAH HANYA CIPTAAN YANG TIDAK PERLU DI SEMBAH DAN DI AGUNG AGUNGKAN.```

#Just_say_Alhamdulillah

Sabtu, 4 Januari 2020

* CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH ALLAH. *


* CIRI-CIRI ORANG YANG MENDAPAT HIDAYAH ALLAH. *

 1 Undefined perkara agama, boleh membezakan mana yang sesuai Al Quran dan Hadis (Sunnah Rasulullah & sunnah Khulafaur Rasyidin).

 2:42 Mulai cari-cari (haus) kajian ilmu agama, senang menghadiri majlis taklim, senang mendengarkan ceramah agama, senang belajar Al Quran dan Hadis.

 3:42 Membenahi (berkemas) ibadah sholatnya sesuai dengan sifat sholat Nabi dan sunnah-sunnahnya, membenahi cara wudhu'nya dan bacaan dzikir usai sholatnya.

 4:42 Mulai menanyakan / mencari apa dalil dari suatu ibadah, tidak pernah lagi Taqlid Buta, tidak mahu lagi ikut-ikutan saja.

 5⃣ Membenahi bacaan Al Qurannya dan menambah hafalannya dengan niat menjadi Hafiz / Hafizah.

 6:42 Mulai berpenampilan sebagai seorang Mukmin.  Bagi lelaki berjenggut dan bercelana diatas mata kaki (tidak isbal).  Bagi wanita memakai Hijab Syar'i.

 7⃣ Selalu sholat fardhu di awal waktu.  Bagi laki-laki selalu sholat fardhu berjamaah di Masjid kecuali ada udzur syar'i.  Bagi perempuan sholat fardhu di rumah.

 8:42 Semakin giat mengerjakan sholat sunnah, terutama sunnah rawatib, tahajud, witir, dhuha.

 9⃣ Menjauhi dan meninggalkan perkara agama yang bid'ah dan syubhat.

 🔟 Mula rajin bersedekah walaupun sedikit dan meninggalkan Riba.  Bagi lelaki langsung berhenti merokok.  Bagi perempuan langsung meninggalkan Ghibah.

 1⃣1⃣ Tidak mengenyangkan perut ketika makan minum, khawatir ibadah sholatnya akan terganggu.  Mulai memari memakan buah kurma dan kolak labu, apa pun yang disukai Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasalam.

 1⃣2⃣ Seringkali terbangun sendiri pada satu malam terakhir, Qiyamul Lail.

 1⃣3⃣ Mulai menjalankan sunnah Rasulullah di kehidupan sehari-hari, menghafal doa masuk keluar rumah / masjid / kamar mandi, makan minum minum / tidur bangun / naik kendaraan dll.

 1⃣4⃣ Tidak lagi mahu bersalaman dengan orang yang bukan Mahramnya.  Bagi laki-laki menundukkan pandangannya terhadap wanita.  Bagi perempuan tidak mengunakan wangian yang berlebihan dan membantu kaum lelaki dalam menjaga pandangannya.

 1⃣5⃣ Sering mengingat Mati, bertambah baguslah persiapannya.  Menanggalkan ilmu tenaga dalam dan semua ilmu bantuan dari JIN, hanya hafalan Al Quran dan pengetahuan Hadis pegangannya.

 1⃣6⃣ Selalu bercakap di atas kebenaran, menyampaikan yang benar, menjauhi debat kusir dengan orang-orang Jahil / Bodoh.

 1⃣7⃣ Sangat senang berada di bulan penuh berkah yang bulan Ramadhan.

 Yang mana point-pointmu saudaraku, hitunglah sendiri di dalam hati kemudian tambahkan / tingkatkan ketakwaanmu.

 Tapi, ingat ...
 rahsiakan ketakwaanmu hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

 Semoga Allah senantiasa memberikan HidayahNya kepada kita semua.  Aamiin.

 🌏 Sumber: Doa & Dzikir Kumpulan
 @Manhaj salaf

#Just_say_Alhamdulillah