expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Selasa, 24 Mac 2020

Alhamdulillah BIMBINGAN AL-QURAN KEPADA ANDA

BIMBINGAN AL-QURAN KEPADA ANDA


• Lisan Yang Baik Dari Hati Yang Baik

Orang yang melakukan kesalahan seringkali gelap, gelap pandangannya, gelap hatinya, gelap keadaanya sehingga ia perlu cahaya untuk membimbing kepada jalan kebaikan. Cahaya yang menerangi kita dari hal-hal yang kegelapan disebut “Nur”.

Sebab itu, ketika Allah memberikan bimbingan kepada orang yang dalam kegelapan, salah tempat, lisan tempatnya bicara benda baik. Kerana itu di dalam Quran kita dilarang untuk bicara yang tidak baik. Quran surah ke-49 al-Hujuraat ayat 11 misalnya :

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا یَسۡخَرۡ قَوۡمࣱ مِّن قَوۡمٍ

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan...”

وَلَا یَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ

“...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain...”

Sebab itu Nabi fungsikan lisan itu yang baik-baik. Daripada Saidina Abu Hurairah (57 H) رضي الله عنه, katanya: Rasulullah ﷺ bersabda:

 مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

“Siapa yang berasa beriman kepada Allah dan yakin dia akan dihisab di Hari Kiamat, maka dia gunakan lisan yang akan dihisab, supaya ringan hisabnya untuk bertutur yang baik-baik, tak mampu dia hanya diam.”

HR. Al-Bukhari (6138) Muslim (47)

Kalau tak mampu berkata-kata yang baik, diam. Seharusnya pilihannya cuma dua. Tapi kadang lisan digunakan bukan pada tempatnya sehingga lisan menjadi gelap. Wajar berkata baik, berkata tidak baik. Wajarnya bercinta kemudian mencela, wajar berlembut kemudian kasar, itu bukan pada tempatnya. Sehinggakan lisan gelap untuk mencari kosa kata yang baik.

Apabila orang sudah terbiasa dengan kosa kata yang tidak baik, maka lisannya gelap untuk menemukan kosa kata yang baik. Sehingga bicara yang baik itu merasa aneh.. sampaikan kata orang ‘Laaa boleh rupanya cakap baik-baik tau nak mencela aje.’

Seseorang yang menggunakan mata untuk melihat yang baik lalu salah tempat untuk melihat yang tidak senonoh lagi gelap. Melihat masjid, tidak ada getaran (sebelum musim wabak) melihat orang mengaji tidak ada sentuhan, melihat wanita menutup aurat menjadi anti, melihat para lelaki memakai jubah seperti pengganas katanya.

Ini menunjukkan pandangan yang gelap kerana selalu menggunakan hal-hal yang kurang baik, ketika gelap ini mendapatkan bimbingan kembali kepada jalan yang baik maka dia memerlukan cahaya disebut ‘Nur’ dan tidak ada dalam acuan kehidupan kita, satu hal bimbingan untuk mendapatkan Nur kecuali sumbernya daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala yang sebenarnya menyebut diriNya dengan sumber Nur.

۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۚ

“Allah yang menerangi langit dan bumi.”

(Surah al-Nur [24] : ayat 35)

Ketika anda ingin mendapatkan bimbingan yang sempurna, mendampingi, memerhatikan, menyayangi maka dalam bahasa arab salah satunya disebutkan ‘Wali’. Sebab itu ibubapa disebut wali bagi anaknya kerana ibubapa memerhatikan, menyayangi, mendampingi walaupun sifatnya terbatas.

Guru kenapa disebut dengan wali? Sebab guru peduli terhadap pelajarnya, kerana itu guru itu tidak layak disebut dengan wali jika tidak ada peduli terhadap anak didiknya. Hanya datang sekadar mengajar secara formal (dapat gaji) dan pulang tanpa peduli anak didiknya. Dia tak layak disebutkan dengan wali.

Jika anda ingin mendapatkan wali yang sejati, mengembalikan kepada cahaya, maka sumbernya hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah merakamkan dalam Quran surah ke-2 al-Baqarah ayat 257 :

ٱللَّهُ وَلِیُّ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ یُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ

“Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman).”

Anda memerlukan bimbingan, kembali pada Allah. Ingin petunjuk, kembalikan pada Allah. Bagaimana mengembalikan lisan supaya bertutur yang baik? Bagaimana mengembalikan mata supaya memandang yang baik sehingga muncul nilai-nilai kebaikan dalam jiwa kita yang membimbing tubuh untuk melakukan hal-hal yang baik.

Sumber untuk mendapatkan petunjuk Allah melalui al-Quran. Diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ dengan sempurna, disampaikan kepada umat untuk mendidik keluar daripada kegelapan menuju cahaya-cahaya kebaikan. Sebab itu Nabi memberi jaminan dalam hadis, yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (256 H) dari Abdur Rahman al-Sulami bersambung kepada Saidina ‘Uthman bin ‘Affan رضي الله تعالى عنه dan Saidina Ali bin Abi Thalib كرّم الله وجه , dari Nabi ﷺ, ia bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

“Yang terbaik di antara anda mahu mengaji al-Quran, mempelajarinya lantas mengamalkannya dalam kehidupan seharian.” HR. Al-Bukhari (5027)


Maka jaminannya langsung daripada Allah Azza wa Jalla dan diberikan bukti yang spesifik, al-Quran bukan diilustrasikan di zaman Romawi yang sudah maju, bukan diturunkan di Parsi yang sudah punya peradaban. Tetapi diturunkan di satu umat yang tidak punya peradaban, tidak punya etika yang sempurna, tidak punya pengetahuan yang mendalam snagat ketinggalan jauh sehinggakan disebut Jahiliyyah.

Bahkan jenis jenayahnya lengkap ada disitu. Penzina, pemabuk, pembunuh, semua profesional dalam hal itu. Dan tiap hari setiap detik tidak ada kehidupan Jahiliyyah kecuali dengan maksiat. Allah tidak turunkan tongkat Nabi Musa عليه السلام , tidak juga menurunkan mukjizat Nabi ‘Isa عليه السلام . Tetapi Allah menurunkan Al-Quran untuk memberi peringatan kepada manusia selepasnya. Apa yang terjadi pada para pemabuk? Mereka berubah menjadi orang-orang yang terbaik menunaikan solat. Para penzina berubah menjadi orang-orang terbaik yang gemar untuk menjadi dermawan dan semua berubah sehingga status Jahiliyyah bertransformasi kepada “Khayrul Ummah”.

Turunlah al-Quran surah ke-3 Ali ‘Imraan ayat 110:

كُنتُمۡ خَیۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”

Yang tadinya mengajak kepada kemungkaran, dan menjauhkan kebaikan, turunnya Quran langsung berubah hobinya ajak kepada kebaikan dan menjauhkan segala kemungkaran. Sekarang hobinya banyak amar ma’ruf yang mungkar ditinggalkan. Itulah keindahan al-Quran.

Wallahua’lam. Sollu’alannabi.

#Just_say_Alhamdulillah
#sharing_Is_caring

Selasa, 17 Mac 2020

𝐈𝐒𝐔 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 & 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐎𝐍𝐎𝐕𝐈𝐑𝐔𝐒


𝐈𝐒𝐔 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 & 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐑𝐎𝐍𝐎𝐕𝐈𝐑𝐔𝐒
Oleh Ustaz Idris Sulaiman, 16 Mac 2020
.
.
𝐊𝐄𝐊𝐄𝐋𝐈𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐇 𝐅𝐀𝐓𝐖𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌
.
Fatwa yang dikeluarkan oleh sesetengah badan Agama berkenaan arahan mengunci masjid serta melarang diadakan solat Jumaat dan solat berjemaah telah menimbulkan sedikit sebanyak kekeliruan serta meninggalkan kesan mendalam di hati sanubari umat Islam memandangkan bahawa tidak pernah sebelum ini ada fatwa sedemikian sepanjang sejarah Islam selama lebih 1441 tahun.

Terdapat beberapa kemusykilan berkenaan fatwa ini seperti mana berikut:
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 – 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐍𝐉𝐔𝐊 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐀𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓, 𝐓𝐀𝐁𝐈’𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐁𝐈’ 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐈𝐍
.
Tiada petunjuk daripada ketiga-tiga generasi awal umat Islam; daripada kalangan Sahabat, Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in serta mereka yang datang sesudah mereka daripada kalangan para ulama dan fuqaha (ahli fiqah) bahawa mereka pernah melarang solat Jumaat dan solat berjemaah apabila menularnya wabak taun yang kesannya jauh lebih dahsyat dan tak terbanding dengan virus korona.

Angka kematian dalam kes koronavirus buat masa sekarang tidak lebih daripada 4% daripada keseluruhan jumlah kes.
Jika dibandingkan dengan dahulu, boleh dikatakan angka ini merupakan nisbah mereka yang selamat (yang hidup) dalam beberapa peristiwa wabak taun dalam sejarah Islam dan ada kalanya nisbah kematiannya sampai tiga perempat daripada jumlah mangsa jangkitan. Anas bin Malik r.a. pernah sampai kehilangan 83 orang anaknya akibat taun. Sekalipun demikian, telah sabit bahawa mereka tetap mendirikan solat Jumaat dan solat berjemaah dalam peristiwa-peristiwa tersebut.

Dalam hal ini, prinsip Agama menetapkan bahawa apa sahaja yang tidak dilakukan oleh generasi Salaf ketika mana wujud keperluan dan tidak ada halangan untuk mereka melakukannya, maka ia perlu ditinggalkan.

Bagaimana pula sekiranya keperluannya pada zaman Salaf dahulu jauh lebih dahsyat berbanding pada zaman kemudian, ini menuntut supaya apa yang tidak dilakukan oleh generasi Salaf itu jauh lebih utama untuk ditinggalkan oleh umat Islam yang datang kemudian.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 – 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐔𝐙𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐅𝐔𝐐𝐀𝐇𝐀 𝐌𝐔𝐓𝐀𝐊𝐀𝐃𝐃𝐈𝐌𝐈𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐌𝐔𝐓𝐀𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐈𝐍 𝐖𝐀𝐋𝐀𝐔𝐏𝐔𝐍 𝐖𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐔𝐍

Tiada pandangan daripada mana-mana fuqaha mutakaddimin mahupun mutaakhirin – yang sekian ramainya dan sekian banyaknya tulisan-tulisan mereka – yang menyatakan bahawa penularan taun dan wabak penyakit merupakan satu keuzuran untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah sedangkan peristiwa-peristiwa penularan taun dan wabak penyakit telah banyak kali berlaku sehinggakan pada zaman Kerajaan Umawiyah ia berlaku pada purata sekali untuk setiap empat tahun.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 – 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐄𝐙𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐊𝐇𝐔𝐀𝐓𝐈𝐑 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐈 & 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐊𝐇𝐔𝐀𝐓𝐈𝐑 𝐃𝐈𝐑𝐈𝐍𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓

Perlu dibezakan antara memberi kelonggaran untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah buat mereka yang khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit sekiranya ada sebab-sebabnya seperti mana yang ditetapkan oleh sebahagian fuqaha, dengan perbuatan mengunci masjid dan melarang orang ramai daripada solat Jumaat dan solat berjemaah, termasuk mereka yang tidak khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit.

Kelonggaran ialah bagi mereka yang khuatir atas dirinya, bukan dengan menghalang mereka yang tidak khuatir atas dirinya.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 – 𝐊𝐇𝐔𝐀𝐓𝐈𝐑 𝐃𝐈𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐊𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈𝐌𝐀𝐍𝐀 𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐇𝐔 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐊𝐇𝐔𝐀𝐓𝐈𝐑?

Kenyataan sebahagian fuqaha bahawa kekhuatiran dijangkiti penyakit merupakan satu keuzuran untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah merupakan satu kelonggaran dan bukan larangan mutlak.

Dengan kata lain, keizinan untuk mereka yang khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit untuk meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah hanyalah satu keharusan dan bukan satu kewajipan.

Bagaimanakah pula dengan mereka yang tidak khuatir atas dirinya dijangkiti penyakit? Adalah lebih utama untuk mereka tidak meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah, apatah lagi untuk pihak lain menghalang mereka.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐈𝐌𝐀 – 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐁𝐔𝐓 𝐖𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 ‘𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐓’ 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇, 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐎𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓

Dalam hadis menyebutkan bahawa penyakit taun ialah “Rahmat buat orang-orang beriman”. Dan ini membuatkan sebahagian Sahabat seperti mana yang sabit daripada Abu Ubaidah r.a. dan Muaz bin Jabal r.a. berdoa kepada Allah dan meminta bahagian mereka daripadanya apabila tersebarnya penyakit taun di negeri Syam yang dikenali dengan Taun Amwas.

Memandangkan ia rahmat buat orang-orang beriman maka ini menyebabkan mereka tidak meninggalkan solat Jumaat dan solat berjemaah.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐄𝐍𝐀𝐌 – 𝐊𝐄𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 (𝐓𝐀𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋)

Berkumpulnya orang ramai di sesebuah tempat dan bercampur antara satu sama lain merupakan antara faktor tersebarnya wabak penyakit. Hanya sahaja ia tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah. Justeru dibolehkan melakukan perbuatan-perbuatan yang berisiko tinggi mendapat penyakit ini bagi individu yang yakin dengan Allah dan bertawakal kepadanya.

Dan ini maksud sabda Nabi “Tidak ada penyakit yang menular (dengan sendirinya)” dan jawapan balas baginda tentang pertanyaan bagaimana pula boleh berjangkitnya kudis daripada unta yang sakit kepada unta yang sihat apabila unta-unta itu dicampurkan dengan bersabda “Siapakah yang telah membuatkan unta yang pertama berkudis (iaitu dari mana ia mendapat jangkitan)?”.

Sebagaimana telah sabit daripada perbuatan sebahagian Sahabat yang melakukan perbuatan-perbuatan yang berisiko tinggi dan berbahaya seperti mana perbuatan Abdullah bin Omar r.a. makan bersama-sama orang yang berpenyakit kusta kerana yakin dengan Allah dan bertawakal kepadanya.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔𝐇 – 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐔𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐂𝐀𝐌𝐏𝐔𝐑 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐒𝐔𝐃 𝐀𝐏𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀 𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓

Hadis seperti “Jangan memudaratkan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan”, larangan orang makan bawang mendatangi masjid serta hadis “Jangan dicampurkan unta yang sakit dengan unta yang sihat” hanya tepat untuk dijadikan sebagai hujah bagi menghalang orang yang terkena penyakit daripada mendatangi solat Jumaat dan solat berjemaah.

Ia bukan hujah untuk menghalang orang yang sihat atau orang yang tiada tanda-tanda penyakit, apatah lagi menjadikannya sebagai dalil untuk mengunci masjid dan melarang orang ramai daripada solat di dalamnya.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 – 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐀𝐔𝐋 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐉𝐈𝐊𝐀 𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇

Terdapat dalam hadis “Jangan dicampurkan unta yang sakit dengan unta yang sihat” larangan atas orang yang sakit bercampur gaul dengan orang yang sihat kerana ia antara sebab-sebab yang boleh mendatangkan mudarat atas orang yang sihat serta mengganggunya. Hadis ini sama sekali bukan bermakna melarang orang yang sihat daripada bercampur gaul dengan orang yang sakit.

Justeru jika orang yang sihat mahu bercampur gaul dengan orang yang sakit atas dasar yakin dengan Allah dan bertawakal kepadanya maka dia tidak boleh dihalang, dan tiada petunjuk dalam hadis ini yang melarangnya.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 – 𝐇𝐔𝐊𝐔𝐌 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁

Wabak ialah sebahagian daripada penyakit-penyakit yang ada manakala mendapatkan rawatan untuk penyakit bukanlah suatu yang wajib di sisi majoriti para Sahabat dan ulama. Justeru dibolehkan untuk tidak mendapatkan rawatan atas dasar yakin kepada Allah dan bertawakal kepadanya memandangkan bahawa sebab-sebab kesembuhan bukanlah hanya dengan cara berubat. Malah berdoa, meruqyah dan amalan soleh jauh lebih bermanfaat daripadanya.

Ibnu Taimiyyah menjelaskan “Berubat bukanlah suatu yang wajib. Dan barang siapa mempertikaikannya nescaya aku akan berhujah atasnya dengan as-Sunah... Aku tidak tahu sesiapa daripada kalangan Salaf yang mewajibkan berubat.”

Adapun hadis “Berubatlah wahai hamba Allah” ia menjurus kepada hukum harus atau anjuran, dan bukan wajib.

Sekiranya telah jelas bahawa berubat bukan suatu yang wajib atas orang yang sakit atau orang yang terkena penyakit maka tidak mewajibkan atas orang yang sihat menghindari orang yang sakit atas dasar yakin dengan Allah dan bertawakal kepadanya lebih utama, apatah lagi bercampur gaul dengan orang yang sihat yang tidak nampak padanya sebarang tanda-tanda penyakit.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐏𝐔𝐋𝐔𝐇 – 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐂𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐈𝐒𝐔 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐒𝐈𝐓𝐈𝐅

Tidak diketahui dalam sejarah Islam bahawa masjid-masjid pernah dikunci dan orang ramai dilarang daripada solat di dalamnya. Justeru perkara ini tidak boleh diambil mudah, malah ia merupakan isu yang sangat besar dan sensitif.
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒 – 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁-𝐒𝐄𝐁𝐀𝐁 𝐁𝐀𝐋𝐀 𝐃𝐈𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓

Berhimpunnya orang-orang Islam dalam masjid dan berkumpulnya mereka di dalamnya merupakan antara sebab-sebab utama bala bencana diangkat, lebih-lebih lagi setelah diketahui bahawa antara hikmah di sebalik Allah mendatangkan taun dan wabak penyakit ialah supaya manusia kembali kepada Tuhan dan bertaubat kepadanya. Adapun masjid, ia merupakan tempat untuk orang Islam solat, bertaubat dan berdoa meminta supaya dihilangkan bala bencana di samping memperoleh keberkatan berkumpul mengerjakan ketaatan.

Justeru berkumpulnya orang-orang Islam untuk solat dan berdoa merupakan antara sebab utama mendapat kesembuhan serta dihilangkan mudarat.

Atas sebab ini disyariatkan umat Islam berkumpul apabila berlakunya suatu yang menggemparkan dengan disyariatkan solat Gerhana secara berjemaah, solat Istisqaa apabila berlaku kemarau dan musim kering manakala sebahagian pendapat menyatakan bahawa disyariatkan solat sunat secara berjemaah apabila berlaku gempa bumi sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Abbas dalam satu riwayat.

Adapun dalam solat Hari Raya, Nabi memerintahkan supaya kaum Muslimin di sesebuah tempat supaya berkumpul dan mengerjakannya secara berjemaah manakala perempuan yang haid turut diperintahkan hadir agar dapat “Menyaksikan kebaikan dan dakwah kaum Muslimin.”
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐔𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒 – 𝐁𝐄𝐙𝐀 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐏𝐄𝐑𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐈 𝐓𝐎𝐏𝐄𝐍𝐆 𝐌𝐔𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇

Perlu dibezakan antara ‘pencegahan dalam’ solat Jumaat dan solat berjemaah dengan ‘pencegahan daripadanya’.

Pencegahan dalam solat Jumaat dan solat berjemaah tiada masalah, seperti mewajibkan orang ramai memakai penutup mulut dan hidung (face mask), membasuh tangan sebelum masuk masjid dan seumpamanya.
Adapun melarang mereka solat Jumaat dan solat berjemaah serta mengunci masjid, ia merupakan ‘pencegahan daripadanya’. 
.

𝐊𝐄𝐌𝐔𝐒𝐘𝐊𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒 – 𝐁𝐄𝐙𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 (𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐊𝐀) 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 (𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐈)

Mengiaskan antara masjid dengan pasar sebagai tempat tersebarnya wabak penyakit kerana orang ramai berkumpul dalamnya merupakan seburuk-buruk kias.

Ini kerana ia menyamakan antara tempat yang paling dicintai Allah (masjid) dan tempat yang paling dibencinya (pasar), tempat turunnya rahmat dengan tempat turunnya azab, tempat ketaatan dengan tempat kemaksiatan dan tempat berhimpunnya malaikat dengan tempat berhimpunnya syaitan.

Demikian sebahagian kemusykilan yang perlu dihuraikan oleh badan-badan berkenaan bagi meleraikan persoalan-persoalan yang timbul agar kesudahannya mereka yang sesat akan sesat berdasarkan keterangan dan penjelasan (yang telah diberikan) manakala mereka yang selamat akan selamat berdasarkan keterangan dan penjelasan (yang telah diberikan).

Wallahualam.
.

𝐂𝐚𝐭𝐚𝐭𝐚𝐧:
Terjemahan dengan sedikit olahan daripada tulisan Faisal bin Qazzar al-Jasim

#Just_say_Alhamdulillah

FAKTA MENGENAI CORONA VIRUS YANG PERLU DIKETAHUI

FAKTA MENGENAI CORONA VIRUS YANG PERLU DIKETAHUI

Assalamualaikum,salam sejahtera untuk saudara dan saudari hari ini..sedikit perkongsian ingin di kongsikan bersama.
Sebelum itu memohon maaf kalau ada informasi yang salah mahupun tidak tepat.
Hanya sekadar perkongsian untuk kita sahaja.

Semoga kita berada dalam lindungan Allah SWT dan sentiasa sihat menjalani menjalani kehidupan seharian kita.

Terdapat beberapa perkongsian..



```✅ Corona virus ni bersaiz besar. Lebih  kurang 400-500 micro diameter...

✅ Virus ni tak berterbangan di udara tapi dia mendap di permukaan. Coronavirus tidak berjangkit di udara...

✅ Corona virus bila dia jatuh ke permukaan besi dia bertahan 12 jam jadi basuh tangan dengan air dan sabun pun dah cukup...

✅Corona virus bila jatuh ke kain akan bertahan 9 jam. Jadi basuh baju dan biarkan baju kena cahaya matahari utk 2 jam dah cukup untuk membunuh virus. Rajin2 lah berjemur...

✅ Virus ni hidup di tangan selama 10 minit. Jadi amalkan bubuh hand sanitizer di poket. Guna selalu. Bukan sebagai hiasan...

✅ Kalau virus tu terdedah pada suhu 26-27°C ia akan mati ia tak boleh hidup di kawasan panas. Jadi minum air panas dan terdedah pada matahari dah cukup baik. Jauhi diri dari makan ais krim dan makanan2 sejuk...

✅ Berkumur dengan air suam bercampur garam membunuh kuman tonsils dan menghalangnya dari masuk ke paru2...

✅ Mematuhi arahan ini dah cukup untuk menghalang dari penyebaran virus ini...

Semoga bermanfaat...
Pesanan ini dibawa khas oleh UNICEF dan WHO...```

*Ulangkaji...*

*Dugaan “luar biasa” Allah berikan pada kita semua bila masuk tahun 2020 ini...*

Hanya sebab 1 virus, seluruh dunia terkesan.

*Bahkan, keadaan masa depan masih belum dapat kita teka apa yang akan terjadi...*

Tapi bila keadaan semasa yang semakin “memburuk”, itu tanda SIGNAL MERAH dari Pencipta.

*Kita orang beriman, sentiasa diajar untuk yakin semua yang berlaku dalam qada dan qadar Allah...*

*Kita orang beriman, disuruh berikhtiar sedaya upaya mencegah, merawat dan kemudian tawakal pada Allah sepenuhnya...*

Tulisan ini hanya satu tujuan...

Nak suruh kita semua pakat cuba renung MENDALAM. Muhasabah panjang-panjang.

*Virus covid19 adalah “makhluk Allah” ciptakan...*

Dihantar “menyerang” untuk orang² yang telah Allah pilih...

*Sehingga saat ini, yang mati dan sakit itu adalah orang yang telah Allah “pilih”...*

*Takkan tertukar bila Allah cakap “kun fayakun” pasti kena dan jatuh sakit...*

Meskipun masih banyak lagi asbab kematian lain, seperti kemalangan, penyakit kritikal @ sebagainya...

*Allah turunkan bala dan musibah ini tak kira orang beriman atau tidak pasti kena...*

Bezanya.

*Orang kafir mati dengan azab selamanya...*
*Orang beriman mati dengan kerehatan di syurga...*

Sungguh.

*Takde siapa nak mati cepat. Semua nak panjang umur, hidup bahagia, masih banyak lagi impian nak dicapai di dunia...*

Namun, dalam keadaan begini, ia jadi satu PERINGATAN jelas dari Allah.

*“Bersiap sediakah kita andai kata ajal sudah dekat untuk datang menjemput?”*

Allahuakbar...
Benar² takut...

*Takut sebab sedar diri masih sangat lalai...*
*Kurangnya amal...*
*Masih banyak timbunan dosa...*

*Kita bukan takut pada virus sebenarnya...*
*Kita “takut” pada PENCIPTA virus!...*

Bukankah DIA Raja yang berkuasa mengawal langit dan bumi seluruhnya?

*Ini tanda Allah nak suruh kita orang beriman jangan tangguhkan buat amal soleh...*
*Jangan tangguhkan taubat...*
*Jangan tangguhkan buat kebaikan...*
*Segera tinggalkan dosa dan maksiat...*
*Sebab kita tak tahu apa akan jadi masa depan...*

*Jangan remehkan amalan zikir, baca dan fahami Quran, selawat pada Rasulullah saw, sedekah, taubat dan semua amalan kena lebih digandakan...*

Firman-Nya bermaksud :
*“Maka berlomba²lah (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu...”*

*“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa...”*

Mari.

*Kuatkan hubungan dengan Allah...*
*Kuatkan iman pada Allah...*
*Itu sahaja penyelamat kita...*
*Itu sahaja kekuatan kita...*

Allah sebaik² pelindung...
Allah juga sebaik² tempat berserah diri...

Bukankah hidup ini,

*“Dari Allah kita datang,*
*Kepada Allah juga kita akan kembali?”*

Sungguh peringatan Allah...

Firman-Nya yang bermaksud:
*“Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)...”*

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
*“Segeralah beramal dengan amalan kebaikan sebelum tiba tujuh perkara...*

*Apakah yang kamu nantikan selain papa yang melupakan...*
*atau kekayaan yang menyombongkan...*
*atau penyakit yang merosakkan...*
*atau tua yang nyanyuk...*
*atau mati dengan tiba²...*
*atau tibanya dajjal yang merupakan sejahat² makhluk yang di tunggu²...*
*atau datangnya hari kiamat...*
*Maka hari kiamat itu adalah lebih berat dan lebih mengerikan”...*

(Riwayat at-Tirmizi)

#Just_say_Alhamdulillah

Isnin, 16 Mac 2020

_*🗣7 CIPTAAN ALLAH YANG TIDAK AKAN HANCUR DISAAT HARI KIAMAT.*_


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarohkatuh.

_*🗣7 CIPTAAN ALLAH YANG TIDAK AKAN HANCUR DISAAT HARI KIAMAT.*_

Bismillahirrahmanirrahim...
Peristiwa kiamat merupakan peristiwa kehancuran yang dahsyat dan luar biasa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Seluruh makhluk hidup akan merasakan kematian. Al Quran banyak menginformasikan keadaan yang akan dialami ketika kiamat itu terjadi, antara lain sebagai berikut (QS Al Qariah : 1-5) :

↗"Hari kiamat. Apakah hari kiamat itu? Pada hari itu manusia seperti anai-anai yang bertebaran. Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur- hamburkan." (QS Al Qariah: 1-5)

Seluruh alam akan hancur binasa, tidak ada satu tempat pun untuk bersembunyi.

*✍️Ada 7 ciptaan Allah yang tidak akan hancur ketika kiamat terjadi, Lantas, apa saja yang tidak akan hancur di hari kiamat?*

*✅️1. Surga dan Neraka.*
Jika sangkakala ditiupkan, ternyata ada yang tidak hancur, yakni Surga dan Neraka. Dalam hal ini Allah telah menyatakan kekekalan surga dan neraka dalam banyak ayat. Salah satunya dalam dalam Al-Qur’an, (QS. Huud, 106-108)

↗️Adapun orang-orang yang celaka, maka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih), mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki. Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam surga, mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain); sebagai karunia yang tiada putus-putusnya.” (QS. Huud, 106-108)

*✅2. ‘Arsy atau Singgasana Allah.*
Selanjutnya yang tidak akan hancur adalah Arsy Allah SWT. Dimana Arsy ini adalah singgasana Allah. Hal ini diungkapkan dalam firman-Nya, (QS. Az- Zumar, 74-75).

↗️Dan mereka berkata, ‘Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini (surga) kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati surga di mana saja yang kami kehendaki. Maka surga itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.’ Dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat- malaikat melingkar di sekeliling ‘Arsy bertasbih sambil memuji Tuhannya; lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan, ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam’,” (QS. Az- Zumar, 74-75).

*✅3. Kursi Milik Allah.*
Selain singgasana Allah, ada pula kursi milik Allah. Seperti apa kursi Allah?

*↗️Rasulullah Saw bersabda :*
Tidaklah langit yang tujuh dibanding kursi kecuali laksana lingkaran anting yang diletakkan di tanah lapang,” (HR. Ibnu Hiban).

*✅4. Lauh Mahfuzh.*
Jika singgasana Allah yaitu Arsy tidak akan hancur, maka sama halnya dengan Lauh Mahfuzh. Dimana ini adalah kitab tempat Allah untuk menuliskan segala catatan alam semesta. Adapun nama lain Lauh Mahfuzh dalam Al-Qur’an yaitu Ummu Al-Kitab.

*↗️sebagaimana yang telah dikatakan Allah SWT :*
Tiada sesuatu pun yang ada di langit dan di bumi, melainkan terdapat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh),” (QS. An-Naml: 75).

*✅5. Qalam atau Pena.*
Qalam atau pena ternyata juga termasuk ciptaan Allah yang tidak akan hancur pada hari kiamat. Menurut beberapa ulama, Qalam atau pena merupakan makhluk yang pertama diciptakan oleh Allah S.W.T.

↗️Sesungguhnya makhluk yang pertama kali Allah ciptakan adalah Al- Qalam, kemudian Allah berfirman kepadanya, ‘Tulislah!’ Kemudian Al- Qalam berkata, ‘Wahai Rabb ku, apa yang akan aku tulis?’ Kemudian Allah berfirman, ‘Tulislah takdir segala sesuatu sampai datang hari kiamat’,” (HR. Abu Dawud, shahih).

*✅️6. Tulang Ekor.*
Selain itu, meskipun tiupan sangkakala itu dapat menghancurkan manusia, tapi ternyata sangkakala tidak bisa menghancurkan tulang ekor manusia.

*↗️Rasulullah Saw bersabda :*
Tiada bagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah), kecuali satu tulang yaitu tulang ekor, darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat,” (HR. Bukhari, No.4953).

*✅️7. Ruh.*
Dan yang terakhir adalah ruh. Ruh ini tidak akan hancur atau binasa saat sangkakala ditiupkan. Karena makhluk yang binasa di saat itu akan dicabut ruhnya dan meninggal dan kemudian ruh ini dikembalikan ke jasadnya di saat hari kebangkitan.

*Semoga bermanfaat Waktunya untuk menjalankan ibadah sholat TAHAJUD...!™️🏃*

#Just_say_Alhamdulillah

Ahad, 15 Mac 2020

*🔖KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT.*


*🔖KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA KE MENJULANG LANGIT.*

1. Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu.

2. Seorang lelaki melalui sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit.

3. Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada dia seorang wali Allah atau ulama atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi Allah.

4. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu. Keesokan harinya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani beberapa orang kampung.

5. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

6. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

7. Anehnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa. Suaminya seorang petani biasa saja.

8. Bukan seorang alim, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru al-Quran. Malah suaminya tidak pandai membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.

9. Akhirnya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara aneh yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya.

10. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al-Qur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

11. Ia akan duduk dan membelek al-Qur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta al-Qur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Qur’an itu dengan tangannya, seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi.

12. Tambah isteri simati lagi, dia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.
“Tuhanku! Ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu ini. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini ya Allah.”
“Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah-kalimahmu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu. Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu.“
“Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapan Allah diakhirat nanti”.

13. Lelaki itu meminta untuk melihat al-Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila dia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya, tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

14. Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh al-Qur’an. Dia sangat mengasihi kalimah-kalimah Allah itu dengan sesungguhnya. Bererti dia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan raganya.

15. Marilah kita menghidupkan al-Quran di dalam masjid kita, didalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa setiap hari untuk membaca dan fahami isi-isinya.

🔀🔀SHARE kan cerita ini supaya kebaikan daripadanya dapat dimanfaat kepada kita semua.

#Just_say_Alhamdulillah

Ahad, 8 Mac 2020

*UJUB MENGHANCURKAN AMAL*


*UJUB MENGHANCURKAN AMAL*

Al-Imam Ibnul Qayyim _rahimahullah_ berkata:

⏭ "Jika Allah membukakan untukmu pintu shalat malam, janganlah engkau melihat orang-orang yang tidur dengan pandangan merendahkan!

⏭ Jika Allah membukakan untukmu pintu puasa, janganlah engkau melihat orang-orang yang tidak berpuasa dengan pandangan merendahkan!

⏭ Jika Allah membukakan untukmu pintu jihad, janganlah engkau melihat orang-orang yang tidak berjihad dengan pandangan merendahkan!

✋🏻 Bisa jadi orang yang tidur, orang yang tidak berpuasa, dan orang yang tidak berjihad, dia lebih dekat dengan Allah dibandingkan dirimu.

🌱 Dan sungguh engkau menghabiskan malam dengan tidur dan bangun pagi dalam keadaan menyesal, itu lebih baik dibandingkan engkau menghabiskan malam dengan shalat, namun di pagi hari engkau merasa ujub.

🔥 Sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak akan ada yang naik (diterima oleh Allah)."

📂 *Madaarijus Saalikiin, 1/177*

📚 Majmu'ah an-Nahjul Wadhih

#Just_say_Alhamdulillah

*⚖ AMAL RINGAN TAPI BERAT DALAM TIMBANGAN.*


*⚖ AMAL RINGAN TAPI BERAT DALAM TIMBANGAN.*


*📿 KEUTAMAAN DZIKIR.*

```Rasulullah ﷺ  bersabda: “Dua kalimat yang ringan di lidah tetapi berat dalam timbangan dan sangat disukai Allah  yaitu:

ﺴﺒﺤﺎﻥ ﺍﷲ ﻭﺒﺤﻤﺩﻩ ﺴﺒﺤﺎﻥ ﺍﷲ ﺍﻠﻌﻅﻴﻡ‘                                   

( "Maha Suci Allah dan segala puji milik Nya , Maha Suci Alloh Yang Maha      Agung" ).```           
```( HR. Muttafaq ‘alaih ).```

*🌄 SHOLAT SUNAH FAJAR.*

```Rasulullah ﷺ bersabda: “Dua rakaat sunnah sebelum subuh ( rakaat pertama Al-Kafirun, rakaat kedua Al-Ikhas ), lebih baik dari dunia dan seisinya.”```             
```( HR, Muslim ).```

*🎯 PENYESALAN AHLI SURGA.*

```Rasululullah ﷺ bersabda: “Tidak ada sesuatupun yang membuat penghuni surga menyesal kecuali menyia-nyiakan satu detik kesempatan, tidak digunakan untuk berdzikir kepada Alloh.”```                                                                                                                               ```( HR. ath-Thabrani, Syaikh Salim menganggap shahih ).```

*⚰ MENGURUSI JENAZAH.*

```Rasulullah ﷺ  bersabda: “Barangsiapa menshalatkan jenazah dan tidak ikut mengiringkannya maka baginya pahala satu qirath, dan jika mengiringkannya maka baginya pahala dua qirath”. Ketika itu ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud dua qirath?”  Beliau saw  menjawab, “Paling sedikitnya sebesar gunung Uhud.”```
```( HR. Muslim ).```

*📿 DZIKIR PENGHAPUS DOSA.*

```Rasulullah  ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca,
ﺴﺒﺤﺎﻥ ﺍﷲ ﻭﺒﺤﻤﺩﻩ
Seratus kali pada setiap hari, niscaya dihapujkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih laut.”```
```( MUTTAFAQ  ‘ALAIH ).```

*PERBENDAHARAAN SURGA.*

```Dari Abu Musa , Rasulullah  bersabda kepadaku, “Maukah kamu aku tunjukkan suatu perbendaharaa dari surga ?” Aku menjawab, “Baik, ya Rasulullah.” Beliau bersabda :
ﻻﺤﻭﻝ ﻭﻻ ﻗﻭﺓ ﺍﻻ ﺒﺎﷲ
‘Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah’.”```                                                 ```( Muttafaq ‘alaih ).```

*📖 MEMBACA AL QUR’AN.*

```Rasulullah  ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Alloh (tanpa riya’ & sum’ah), niscaya ia mendapat kebaikan, dan setiap kebaikan mempunyai sepuluh kelipatan pahala. Aku tidak mengatakan, “Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf.”```
```( HR. at-Tirmidzi – disahihkan Syaikh Albani ).```

*SURAT AL IKHLAS DAN JANJI SURGA.*

```Dari Anas  bahwasannya seorang sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya suka membaca surat ini ( Qul Huwallahu Ahad ), Beliau bersabda, ‘Sesungguhnya kecintaanmu pada surat itu akan memasukkanmu ke dalam surga.”```
```( HR, Bukhari dan at-Tirmidzi ).```

*MELANCARKAN PERJALANAN.*

```“Sungguh aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam surga dengan sebab memotong (menyingkirkan) kayu di tengah jalan yang mengganggu manusia.”```
```( HR. Muslim ).```

*KEUTAMAAN BANGUN PAGI*

```Rasulullah ﷺ  bersabda: “Barangsiapa shalat subuh dengan berjamaah kemudian duduk untuk berdzikir kepada Alloh sehingga matahari terbit, lalu ia shalat dua rokaat  maka ia mendapat pahala seperti haji dan umrah, sempurna, sempurna, sempurna, sempurna.”```                     ```( HR. at-Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh Albani ).```

*MEMUJI ALLAH SAAT SUSAH DAN SENANG*

```Rasulullah ﷺ  bersabda: “Orang yang pertama kali diseru untuk masuk Surga ialah mereka yang memuji Allah , baik ketika senang maupun susah”.``` ```( HR. Thabrani, Hakim)```

*UCAPAN YANG BAIK*

``` “Tolaklah kalian terhadap api neraka walau dengan sekerat korma, jika tidak dapat maka hendaklah (bersedekah) dengan kalimat yang baik” ```
```(Shahih Jami’).```

*KEUTAMAAN ADZAN*

```Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya Alloh dan para Malaikat membaca sholawat untuk shaf pertama, sedang muadzin diberi ampunan sebatas suaranya. Ia dibenarkan (dijawab) oleh yang mendengarkannya, baik benda kering maupun basah, dan ia mendapat pahala orang yang sholat bersamanya (karena ia yang menyerunya).”```
```( HR. Ahmad dan Nasai ).```

*BERBUAT BAIK KEPADA HEWAN*

```Rasulullah ﷺ bersabda "Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu karena kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air kemudian meminumkannya pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga”. ```
```( HR. Bukhari, Muslim )```

*SHALAT DHUHA*

```“Setiap tulang persendian kalian harus dishadaqahi, setiap tasbih adalah shadaqah, setiap tahmid adalah shadaqah, setiap tahlil adalah shadaqah, setiap takbir adalah shadaqah, amar ma’ruf adalah shadaqah, nahi munkar adalah shadaqah, yang demikian itu dapat terbalas dengan melakukan dua rakaat shalat Dhuha.```
```( HR. Muslim ).```
.
*KUN FAYAKUUN*

#Just say Alhamdulillah