expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Jumaat, 15 Mei 2020

🌹MUSLIMAH HIGH CLASS 🌹


🌹MUSLIMAH HIGH CLASS 🌹

Siapa dalam kalangan kita nak jadi MUSLIMAH HIGH CLASS? Angkat tangan🙋🏻‍♀️

Kalau soalan itu yang K. Tikah tujukan, mesti ramai yang angkat tangan kan? Kenapa? Kerana dalam hati kita mesti ada sedikit rasa ingin menjadi wanita muslimah yang berstatus high class. K. Tikah sendiri semasa zaman kejahilan, apabila melihat wanita yang solehah, terpuji akhlaknya datang perasaan cemburu. Ini kerana fitrah kita inginkan kepada kebaikan. 😊

Apa ciri-ciri WANITA HIGH CLASS? 

🌹 *TAKUT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA*

Takut yang macam mana? Seperti melihat harimau? Bukan. Andai melihat harimau mendekat kita lari. Takut kepada Allah, kita makin mendekat. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dan rasulNya. Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Hidupkan sunnah2 nabi. 

🌹 *SABAR DAN SOLAT*

Setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia dalam solat, baca al-quran dan zikir. Setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibu bapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi  sikap Nabi Muhammad s.a.w. Setia menghadapi ujian yang diberikan Allah dalam peta kehidupannya. BUKAN SETIA BERMAIN CINTA DENGAN AJNABI HINGGA LALAI KEPADA CINTA ILLAHI. 

🌹 *BERANI UNTUK BERUBAH*

Berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari. Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Abaikan suara2 sumbang yang kedengaran. Change is never easy. But, remember that Allah always with you. For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He sees, He hears, and He is never too far.”

Jom jadi WANITA HIGH CLASS. bangun pagi motivasikan diri:

_Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurga-Nya bersama orang yang aku sayang.Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga. Syurga itu Mahal, dihuni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya. Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam Bismillah_

😊❤

-siput pink -

#c/p 
#Sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah

PESAN IMAM SYAFIE..Jom Baca Sekejap !


PESAN IMAM SYAFIE..
.
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan"
.
"Jangan cintai orang yang Tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
.
"Barangsiapa yang menginginkan Husnul khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia"
.
"Doa disaat Tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran"
.
"Ilmu itu Bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat"
.
"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu"
.
"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun"
.
"Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu"
.
"Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawapan... Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawapan, tetapi Tidak pantas bagi singa mencontohi anjing"
.
"Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga).
1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit...
2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa...
3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti"
.
"Orang yg hebat adalah orang yg memiliki kemampuan menyembunyikan kemiskinan-nya, sehingga orang lain menyangka bahwa Dia berkecukupan Karena dia Tidak pernah meminta"
.
"Orang yg hebat adalah orang yg memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahwa ia merasa redha"
.
"Orang yg hebat adalah orang yg memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang"
.
"Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang membantumu dalam ketaatan kepada Allah maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karana mendapatkan seorang sahabat yg baik adalah perkara yang sulit, sedangkn melepaskannya adalah perkara yang mudah"
.
Nanti di akhir zaman akan banyak ulama yang membingungkan umat, sehingga umat bingung mana ulama warosatul Anbiya & mana ulama satu yang menyesatkan...
Imam syafie mengatakan: "carilah ulama yg dibenci oleh orang2 kafir & munafik, Dan jadikanlah Dia ulama yg membimbingmu. & jauhi ulama yg dekat dengan orang2 kafir & munafik, Karena dia akan menyesatkanmu & menjauhimu dri keredhaanAllah SWT"...
.
💖💖 IMAM SYAFIE 💖💖
.
Semoga bermanfaat💜

#Just_say_Alhamdulillah 

Sabtu, 9 Mei 2020

Baca sebentar *ADAB BERSAHABAT*


ADAB BERSAHABAT*

Imam Al Ghazali menyebut dalam kitabnya Bidayatul Hidayah.

1) Mengutamakan sahabat dengan harta bendanya. Jika tidak mampu berbuat demikian, maka hendaklah ia memberikan kepada sahabatnya apa-apa yang lebih dari hajat dirinya.

2) Menolong sahabat dengan diri pada segala hajatnya dengan cara bersegera, sebelum sahabat itu meminta tolong.

3) Menyembunyikan rahsia sahabatnya.

4) Menutup keaiban sahabatnya.

5) Berdiam daripada menyampaikan perkataan orang lain yang mencela sahabat kita.

6) Menyampaikan segala perkataan orang lain yang memuji sahabat kita.

7) Mendengar dengan baik apabila sahabat bercakap dengan kita.

8) Meninggalkan perbalahan dengan sahabat.

9) Memanggil sahabat dengan nama yang disukainya.

10) Memuji sahabat akan kebaikannya.

11) Berterima kasih kepada sahabat atas kebaikannya.

12) Menegah orang lain daripada mengumpat sahabat kita seperti kita membela diri sendiri.

13) Memberi nasihat dengan cara yang lemah lembut dan bahasa yang halus apabila hendak menasihati sahabat kita.

14) Memaafkan segala kesilapan sahabat dan janganlah mencelanya.

15) Mendoakan sahabat ketika sahabat itu masih hidup atau telah meninggal dunia.

16) Mengekalkan ukhwah terhadap keluarga sahabat selepas kematian sahabat itu.

17) Jangan suka membebankan sahabat.

18) Menyatakan rasa kesukaan dengan segala yang menyukakan hati sahabat itu dan menyatakan kesusahan terhadap apa yang menyusahkan hati sahabat itu (gembira dan sedih bersama, susah dan senang bersama)

19) Menyamakan antara hakikat kecintaan yang wujud di dalam hati dengan apa yang nampak di luar, maka dengan itu barulah kecintaan itu dianggap benar.

20) Memulakan memberi salam ketika bertemu dengan sahabat.

21) Meluaskan tempat duduk kepada sahabat ketika di dalam majlis dan hendaklah berpindah ke tempat lain jika tidak dapat berbuat demikian (memberikan sahabat kita tempat duduk).

22) Hendaklah kita menghantar sahabat ke muka pintu apabila sahabat itu keluar dari rumah kita.

23) Hendaklah berdiam ketika sahabat sedang bercakap sehingga selesai percakapannya dan janganlah mencelah ketika sahabat itu sedang bercakap.

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring
*Sebarkan kebaikan*


Sabtu, 2 Mei 2020

Masyaallah ! Rahsia Surah ALKAUTSAR ..Jom baca


```...Baca sekejap ( 2 minit )

RAHSIA SURAH ALKAUTSAR
BISMILLAHI RAHMA
NI RAHIM

INNA A'TTOINA KALKAUTSAR
FADSALLILI ROBBIKA WANHAR
INNA SYAANIAKA HUAL AB TAR

SURAH INI PALING PENDEK,

HANYA MENGANDUNGI 3 AYAT

DAN DITURUNKAN DI MAKKAH DAN

BERMAKSUD SUNGAI DI SYURGA,

KOLAM SUNGAI INI DIPERBUAT DARIPADA BATU PERMATA NAN INDAH DAN CANTIK.

RASANYA LEBIH MANIS DARIPADA MADU,

WARNANYA PULA LEBIH PUTIH DARIPADA SUSU DAN

LEBIH WANGI DARIPADA KASTURI.

SURAH INI DISIFATKAN SEBAGAI SURAH PENGHIBUR HATI NABI MUHAMMAD

KERANA DITURUNKAN KETIKA BAGINDA BERSEDIH ATAS KEMATIAN
DUA ORANG YANG DIKASIHI

IAITU ANAK LELAKINYA IBRAHIM DAN

BAPA SAUDARANYA ABU TALIB.

BERBAGAI KHASIAT TERKANDUNG DI DALAM SURAH INI BOLEH DIAMALKAN :

♥ BACA SURAH INI KETIKA HUJAN TURUN DAN BERDOA,

MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T MEMAKBULKAN DOA KITA.

♥JIKA KITA KEHAUSAN DAN TIADA AIR,

BACALAH SURAH INI DAN GOSOKAN DI LEHER,

INSYA ALLAH HILANG DAHAGA

♥JIKA SERING SAKIT MATA,

SEPERTI BERAIR, GATAL, BENGKAK,

SAPUKAN AIR MAWAR YANG SUDAH DIBACAKAN SURAH INI SEBANYAK 10X PADA MATA.

♥JIKA RUMAH DIPERCAYAI TERKENA SIHIR,

BACA SURAH INI 10X MUDAH-MUDAHAN ALLAH S.W.T BAGI ILHAM KEPADA KITA

DIMANA LETAKNYA SIHIR ITU.

♥JIKA MEMBACANYA 1000X REZEKI KITA AKAN BERTAMBAH.

♥JIKA RAJIN MEMBACANYA, HATI KITA AKAN MENJADI LEMBUT

DAN KHUSYUK KETIKA MENUNAIKAN SOLAT.

♥JIKA ORANG TERANIAYA DAN TERPENJARA MEMBACANYA SEBANYAK 71X,

ALLAH S.W.T AKAN MEMBERIKAN BANTUAN KEPADANYA KERANA DIA TIDAK BERSALAH TETAPI DIZALIMI.

(ADA 2 PILIHAN UNTUK ANDA)

1) BIARKAN DIDALAM INI TANPA BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN.

2) ANDA SEBARKAN KEPADA SEMUA KENALAN ANDA.

RASULULLAH BERSABDA,

BARANG SIAPA MENYAMPAIKAN SATU ILMU SAJA DAN

ADA ORANG YANG MENGAMALKAN,

MAKA WALAUPUN YANG MENYAMPAIKAN SUDAH TIADA

(MENINGGAL DUNIA)

DIA AKAN TETAP MEMPEROLEH PAHALA.
         
SELAMAT BERAMAL...


JGN LUPA KONGSI.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

#Just_say_Alhamdulillah
#SHARING IS CARING

7 TIPS WANITA HAID REBUT PAHALA DIBULAN RAMADHAN


7 TIPS WANITA HAID REBUT PAHALA DIBULAN RAMADHAN

Tidak dinafikan, antara golongan yang begitu gusar takut kehilangan pahala di bulan Ramadhan ialah kaum muslimat. Hal ini adalah kerana dalam tempoh sebulan Ramadhan, muslimat akan mengalami tempoh waktu yang tidak dibenarkan melakukan beberapa amalan kerana kedatangan haid.

Seharusnya kaum muslimat faham dan redha di atas ketentuan Allah ini. Ia adalah fitrah bagi seorang perempuan yang baligh.

Ingat lagi kisah Aisyah yang menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan Haji Widak? Rasulullah menenangkan hati Aisyah dengan berkata,

“Sesungguhnya pekara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas wanita.”
Hadis riwayat Bukhari

Sebenarnya, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid berbanding yang dilarang. Mana mungkin Allah mengabaikan kaum muslimat untuk mengumpul pahala seperti orang lain yang berpuasa. Jadi bagaimanakah caranya?

1. Tetap Bangun Bersahur Meskipun Tidak Berpuasa

Dari Anas Bin Malik, Rasululullah s.a.w bersabda,

“Bersahurlah, kerana di dalamnya terdapat keberkatan.”
Hadis riwayat Bukhari

Bahkan, Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

“Allah s.w.t dan para malaikat-Nya menurunkan rahmat ke atas orang yang bersahur.”

2. Perbanyakan Sedekah

Kita sedia tahu betapa hebatnya ganjaran yang Allah berikan kepada mereka yang suka bersedekah. Kehebatan itu bertambah sewaktu di bulan yang mulia ini seperti mana sabda Rasulullah s.a.w:,

“Sedekah paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan.”

Menurut Ibnu Abbas,

“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah itu melebihi angin yang berhembus.”
Hadis riwayat Bukhari

3. Berzikir

Berzikir juga adalah dibenarkan bagi wanita haid. Jangan melepaskan pahala yang telah dijanjikan Allah dalam bulan Ramadhan dengan berkata perkara yang sia-sia.

Sebaliknya banyakkan membaca zikir mutlak (perlaksanaannya tidak dibatasi oleh waktu, jumlah dan tatacara tertentu) dan zikir muqayyad (perlaksanaannya dibatasi oleh waktu, benda, jumlah bacaan dan tempat tertentu).[1]

Contoh zikir multak ialah membaca tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil, (La ilaha illallah) dan takbir (Allahu Akbar).

Manakala contoh bagi zikir muqayyad ialah membaca ‘Bismikallahumma ahya wa amut’ ketika hendak tidur.( 1x sahaja )

4. Beristighfar

Lazimi lidah kita dengan sentiasa beristiqfar terutamanya pada waktu sahur. Allah telah berfirman:

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata:

“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka.’

(Iaitu) orang-orang yang sabar, yang benar dan yang sentiasa taat, yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”
Surah Ali Imran, Ayat 16 hingga 17

5. Membaca Al-Quran

Terdapat perselisihan sama ada wanita haid dibenarkan atau tidak untuk membaca Al-Quran. Namun, pendapat yang kuat daripada Imam Malik, Imam Syafi’i dan Iman Ahmad menyatakan bahawa wanita haid adalah dibenarkan untuk membaca Al-Quran kerana tiada dalil yang mengharamkannya.

Tetapi, mereka dilarang untuk memegang Al-Quran.

Ulama Syafi'iyyah menjelaskan bahawa pembacaan Al-Qur'an yang dibenarkan disini lebih merujuk kepada amalan-amalan ayat al-Quran yang biasa dibaca untuk pendinding dan pembenteng diri dari gangguan jin syaitan atau dari malapetaka bencana seperti ayat Qursi, ayat-ayat manzil, al-Ma'thurat, ayat-ayat syifa dan lain-lain.

6. Menyediakan Juadah Berbuka Bagi Orang Yang Berpuasa

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah s.a.w bersabda, “Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.”
Hadis riwayat Tirmidzi

7. Keluar Melihat Solat Hari Raya Dan Mendengar Khutbah Raya

Ummu Athiyah berkata,

“Kami disuruh mengajak keluar wanita haid pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, juga para gadis yang dikurung di dalam rumah. Mereka perlu menyaksikan kaum Muslimin dan doa mereka. Tetapi wanita haid perlu menjauhi tempat solat.”
Hadis riwayat Bukhari

Kekal Mantap Mengumpul Pahala

Sahabat-sahabat dan saudara-saudara  muslimah, cuti berpuasa tidak bererti cuti mengumpul pahala. Lakukan sebanyak mungkin kebaikan seperti senyum dan berwajah ceria kepada sesama insan, membantu orang yang memerlukan pertolongan, menyediakan pakaian bagi mereka yang mahu berterawih dan pelbagai lagi.

Semoga Allah menerima amalan dan memberi pahala seperti meraka yang berpuasa.

InsyaAllah

Terangkanlah dan sampaikan lah pada ibu, isteri, adik-adik perempuan, anak-anak perempuan, saudara-saudara perempuan kita......

Semoga manfaat pada semua

SHARE UNTUK KEBAIKAN

#Just_say_Alhamdulillah

*AL QURAN & UMUR KITA* Renungkan Saudara..


Bismillaah

*AL QURAN & UMUR KITA*

*Berkata Abdul Malik bin Umair:*

*"Satu-satunya manusia yang tidak tua* adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

*"Manusia yang paling jernih akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

*Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*

"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

*Berkata Ibnu Solah :*

"Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".

*Berkata Abu Zanad :*

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca *Al-Quran".*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya".

Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*Umur kita terlalu singkat*
... hingga *ALLAH* kurniakan  *Lailatul Qadar* (1000 bulan) untuk menambah umur amal.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100.000x lebih di masjid lain.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.

*Umur kita terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan *Solat
sunat 2 rakaat sebelum subuh, setara dgn kekayaan akhirat seluas langit dan bumi*

*Umur kita terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan solat subuh berjemaah seperti solat sepanjang malam*

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan solat isyak berjemaah seperti solat separuh malam dan bebas dari sifat munafik*

*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.

*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan siapa yg :
*1. sedeqah jariyah*
*2. share ilmu yang bermanfaat, dan*
*3. mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh,*
pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.
_*HUKUMNYA SENTUH AL - QURAAN TANPA WUDHUK*_

Terdapat beberapa hukum bagi seseorang yang menyentuh AL QURAAN tanpa wudhuk.Ulama telah berselisih pandangan mengenainya.

1.Tidak boleh..
- Ulama berhujah dengan ayat 79 Surah Al Waqiah iaitu.لٌايَمَسٌُهُ إِلٌَاالْمُطَهٌَرُونَ
( Tidak menyentuh AL QURAAN kecuali yang disucikan ).

2.Boleh.
- Ulama yang berhukum boleh menyatakan bahawa kalimah " الْمُطَهٌَرُونَ" dalam ayat tersebut itu merujuk kepada Malaikat bukan manusia.

3.AL QURAAN terjemahan..
- Yang dikatakan mushaf AL QURAAN adalah yang mengandungi semata - mata Ayat AL QURAAN.Jesteru itu,bagi  AL QURAAN terjemahan,boleh dipegang tanpa wudhuk.

4.Aplikasi AL QURAAN di telefon pintar.
- Boleh disentuh tanpa wudhuk,kerana termasuk taksiran mushaf AL QURAAN adalah helaian yang boleh dipegang.Aplikasi di dalam telefon tidak termasuk dalam perkara ini.

Semoga bermenafaat.
Rujukan  *Tarikh Mushaf As Syarif*

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring

*7 RAHMAT DI DALAM SURAH AL-KAHFI*


*بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيدنا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سيدنا مُحَمَّد*

*7 RAHMAT DI DALAM SURAH AL-KAHFI*

Besar ganjaran orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat sehingga dikurniakan cahaya (rahmat) di antara 2 Jumaat.

Apabila diteliti isi kandungan surah yang ke-18 itu, ternyata terdapat 7 kalimat rahmat yang terkandung di dalamnya. Mari kita telusuri satu persatu:

١) *{.. رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً..}*

*[الكهف: 10]*

1. _"...Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu..."_

*(Al-Kahfi: 10)*

٢) *{.. يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحْمَتِهِ..}*

*[الكهف: 16]*

2. _"...nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepadamu..."_

*(Al Kahfi: 16)*

٣) *{ وَرَبُّكَ الْغَفُورُ ذُو الرَّحْمَةِ ۖ ... }*

*[الكهف: 58]*

3. _"Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat..."_

*(Al-Kahfi: 58)*

٤) *{ ... آتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا..}*

*[الكهف: 65]*

4.  _"...yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami..."_

*(Al-Kahfi: 65)*

٥) *{ ... وَأَقْرَبَ رُحْمًا }*

*[الكهف: 81]*

5. _"...dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapanya)"_

*(Al-Kahfi: 81)*

٦) *{ ... رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ ... }*

*[الكهف: 82]*

6. _"...sebagai rahmat dari Tuhanmu..."_

*(Al-Kahfi: 82)*

٧) *{ قَالَ هَٰذَا رَحْمَةٌ مِّن رَّبِّي ۖ ...}*

*[الكهف: 98]*

7. _"Dzulqarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku...,"_

*(Al-Kahfi: 98)*

💡Ada 7 rahmat (kasih sayang) di dalam surah al-Kahfi. Cukup untuk 7 hari dalam 1 minggu.

 Rasulullah ﷺ bersabda:

*ﻣَﻦْ ﻗَﺮَﺃَ ﺳُﻮْﺭَﺓَ ﺍﻟْﻜَﻬْﻒِ ﻓِﻲ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﺠُﻤْﻌَﺔِ ﺃَﺿَﺂﺀَ ﻟَﻪُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨُّﻮْﺭِ ﻣَﺎ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟْﺠُﻤْﻌَﺘَﻴْﻦِ*

_"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat (1 minggu)."_

*(HR. Al-Hakim, 2/368 dan Al-Baihaqi, 3/249; Ibnu Hajar berkata hadis ini hasan)*

🖋 *Fahmi Ramzan*

#MotivasiQurani
#MogaBermanfaat
#Just_say_Alhamdulilah