expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Ahad, 31 Mei 2020

* SEDEKAH SEDEKAH DAN SEDEKAH *



_Tazkirah Dhuha_

 * SEDEKAH SEDEKAH DAN SEDEKAH *

 Jika seseorang itu memberi * sedekah *, dan dia tahu apa * sedekah * nya sampai kpd Allah SWT sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

 Adakah anda tahu antara kebaikan² * sedekah * itu?

 Rujukan dari hadits² ...

 1. * Sedekah * adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT,

 2. * Sedekah * tindakan yang paling mulia antara semua kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang,

 3. * Sedekah * akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam,

 4. * Sedekah * mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

 5. Pelakon yang paling memberi manfaat kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah * sedekah * dan Allah SWT akan selalu memanjangkan pahala dari * sedekah * tersebut,

 6. * Sedekah * mampu mensucikan ruh dan menambah pahala baik,

 7. * Sedekah * adalah salah satu cara untuk mendapatkan kebahagiaan di hari Kiamat menghadap Allah SWT,

 8. * Sedekah * boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

 9. * Sedekah * mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

 10. * Sedekah * adalah kepastian untuk dunia yang mati dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

 11. Orang² yang memberi * sedekah * setiap orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT,

 12. Orang yang memberi * sedekah * dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah,

 13. Orang yang memberi * sedekah * adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

 14. Anggota * sedekah * adalah tindakan yang mulia,

 15. * Sedekah * mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah,

 16. * Sedekah * mampu menghapuskan kesulitan hidup dan menutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

 * 17.  Sedekah * mampu memanjangkan umur seseorang dan dapat memberi peluang hidup,

 18. * Sedekah * adalah ubat,

 * 19.  Sedekah * mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lem &

 20. * Sedekah * mana-mana ganjaran yang baik walaupun anda memberi kepada haiwan² atau burung².

 Yang terakhir sekali .....

 _ * Sedekah * yang paling baik adalah jika anda membagi pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah ..._

 kerana itu hanya dengan cara men-share tulisan ini kita akan mendapat bahagian pahala * sedekah *,
 Jika yang membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk ber- * sedekah * ...

 Mari berkongsi banyak-banyaknya kpd grup keluarga, sanak famili, teman kerja, teman sekolah, tetangga dll ...


 * Semoga bermanfa'at, Aamiin *

#Just_say_Alhamdulillah

Sabtu, 23 Mei 2020

πŸ„ *PENGHARAPAN HANYA PADA ALLAH*


πŸ„ *PENGHARAPAN HANYA PADA ALLAH*

Penat melayan kerenah kehidupan. Sampai tahap kita rasa penat sangat. Urusan dunia takkan habis.

Buat lah setiap kerja untuk akhirat. Pasti kepenatan itu terasa hilang. 

Kerna kerja kita hari ini adalah untuk akhirat.

Fokus dengan pekerjaan kita. Pasti kita rasa tenang dan seronok bekerja

Untuk siapa kita bekerja hari ini? Bukankah semua pekerjaan kita berharap menjadi ibadah? Bukankah pekerjaan itu menjadi amalan kita untuk kita persembahkan pada Allah sebagai saksi kita di dunia. Oleh itu untuk siapa kita bekerja hari ini?

Muhasabah Iman. Moga Allah menerima amalan kita ini. Amin.

Letaklah hati, jiwa, minda, akal fikiran, pengharapan, kasih, rindu, cinta, dan diri kita sepenuhnya pada Allah. Jangan takut, jangan bimbang, jangan sesekali risau. Allah ada.. Kita ada yang memerhati, ada yg mengasihi.. In shaa Allah.. Yakinlah.. Redhalah..

Letaklah pengharapan hanya pada Allah . Kerana Allah sahaja tempat kita meminta dan mengharap pertolongan

(Ψ₯ِيَّΨ§Ωƒَ Ω†َΨΉْΨ¨ُΨ―ُ وَΨ₯ِيَّΨ§Ωƒَ Ω†َΨ³ْΨͺَΨΉِΩŠΩ†ُ)

" Engkaulah sahaja ( Ya Allah ) yang kami sembah ,  dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan . "


[Surah Al-Fatihah 5]

Mari sama-sama kita tingkatkan iman & ilmu, salah satu usaha kita sebagai persiapan dan bekalan ke Sana (Akhirat)


πŸ€⚘sayang sahabat⚘🌹
[ Pandangan Yang Hina Cerminan Hati Kotor ]

❝Orang yang memakai cermin mata yang kotor, akan melihat semua perkara kotor. Begitu juga dengan hati, jika dipenuhi dengan perkara kotor, akan mula sangka buruk kepada orang lain.❞

[Tuan Guru Baba Haji Ismail Sepanjang Al-Fathoni]

Pandanglah semua insan dengan penuh rahmah dan kemuliaan kerna Allah sangat menyukai hambaNya yang miliki sifat rendah diri seperti sifatnya Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Jangan kalian pakai pakaian angkuh si iblis Laknatullah kerna si iblis itu mulia pada mulanya tetapi menjadi makhluk yang terlaknat pada akhirnya. 

Perbanyakkan menyebut asma Allah dan sentiasa membersihkan hati daripada segala sifat keji, semoga Allah menuntun kita menuju redhaNya. Aameen ya Robbal 'alamin

#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring

Isnin, 18 Mei 2020

HAKIKAT WUDHUK


HAKIKAT WUDHUK

________________________________________
Tanpa wudhuk yang sah, tidak diterima solat seorang hamba itu sia-sia sahaja di sisi Tuhan. Namun di ruangan kita bukan hendak bercerita mengenai rukun wudhuk. Bab itu telah banyak sekali dibicarakan oleh ustaz fekah dan juga tok guru syariat. Di ruangan ini, marilah kita selami akan hakikat dan makna sebenar apa yang dinamakan sebagai wudhuk itu.

________________________________________
Apakah tujuan sebenar kita berwudhuk? Kalau tujuannya hendak membersihkan kekotoran zahir, lebih baik mandi saja. Atau pun basuh dengan hand sanitizer, pasti hasilnya lebih bersih dan sempurna. Jika hendak sucikan kotoran zahir, mengapa tidak basuh sekali bahagian kemaluan, itu kan lebih kotor lagi berbanding muka, tangan, kepala, dan kaki?

________________________________________
Firman Allah, ertinya:
"Hai orang- orang yang beriman. Apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka hendaklah kamu basuh mukamu, dan basuhlah tanganmu hingga ke siku, dan sapulah kepalamu, dan basuhlah kakimu sampai ke buku lali".

________________________________________
MEMBASUH MUKA
Adapun hakikat membasuh muka, membawa erti sebelum bersolat, haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuang segala sifat bermuka- muka yang ada pada diri kita. Seperti sifat megah, sombong, kemuliaan, kebesaran dan sebagainya. Ini kerana yang dikatakan sebagai hamba itu, sifatnya tawadduk, rendah diri, dan merasa hina dan kerdil di sisi-Nya. Kembalikan segala sifat itu kepada Allah.

________________________________________
MEMBASUH TANGAN
Adapun hakikat membasuh tangan, membawa erti sebelum bersolat, haruslah terlebih dahulu membersihkan atau membuang dari diri kita segala sifat "aku berkuasa", "aku orang kuat", "aku orang besar", "aku orang hebat" dan sebagainya. Tangan yang dimaksudkan adalah simbol kepada kuasa dan kekuatan manusia. Ini kerana yang dikatakan sebagai hamba itu, sifatnya lemah, longlai, tidak berkuasa. Pulangkan sifat-sifat itu kepada Allah.

________________________________________
MEMBASUH KEPALA
Adapun hakikat membasuh kepala, bermakna sebelum dan ketika kita bersolat, kita mesti bersihkan fikiran kita dari segala sifat syirik dan juga dualiti, dan haruslah menumpukan segala perhatian kepada Allah. Kepala yang dimaksudkan di sini adalah merasa keAkuan diri, aku yang bersolat, aku yang beramal ibadat, aku yang berkehendak dan berkudrat untuk berbuat dan lainnya lagi. Kembalikan segala sifat itu kepada yang empunya sifat.

________________________________________
MEMBASUH KAKI
Adapun hakikat membasuh kaki, adalah kita haruslah membetulkan jalan perjalanan kita hanya untuk satu tujuan, iaitu Allah Taala. Dan lagi, membasuh kaki itu, simboliknya kepada menanggalkan terompah ilmu yang kita pakai selama ini. Kerana yang dinamakan sebagai Allah itu, Dia tidak berupa, tidak bersuara, tidak berjirim, tidak berjisim, dan tidak bersifat. Jika kita sekadar menyembah Allah melalui jalan ilmu semata-mata, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya selama ini, kita hanyalah menyembah ketiadaan.

#C/P 
#sharing_is_caring
#Just_Say_Alhamdulillah

*πŸ–€ _RENUNGAN SUBUH_ πŸ–€* ❤πŸ’Ž❤πŸ’Ž❤πŸ’Ž❤πŸ’Ž❤πŸ’Ž


  • *πŸ–€ _RENUNGAN SUBUH_ πŸ–€*
❤πŸ’Ž❤πŸ’Ž❤πŸ’Ž❤πŸ’Ž❤πŸ’Ž

             *TENTANG* *SOLAT* 

🌡❤ Apabila kita menganggap solat itu hanya sebagai kewajipan, maka kita akan terburu-buru mengerjakannya dan tidak akan menikmati hadirnya Allah saat kita mengerjakannya.

🌡❤ Anggaplah solat itu pertemuan yang kita nanti dengn Allah. 

🌡❤ Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kita bercerita dengan Allah.
Anggaplah solat itu sebagai syarat terbaik untuk kita mengadu segala keluh kesah dengn Allah SWT.

🌡❤Anggaplah solat itu sebagai seperti mana seriusnya kita dalam bermimpi.  

🌡❤ Bayangkan ketika "Azan  
berkumandang," Allah melambai-lambai kepada kita untuk mengajak kita lebih dekat dengan-Nya.

🌡❤Bayangkan ketika kita "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untuk kits dan Allah berbangga dengan kita. 

🌡❤Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung tubuh badan kita hingga kita tak terjatuh, hingga kita merasakan damai dalam sentuhan-Nya.

🌡❤Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepala kits. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telinga: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." 

🌡❤ Bayangkan ketika kita "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depan kita, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu."

🌡❤ Bayangkan ketika kita memberi "Salam, "Allah menjawabnya, lalu kita jadi manusia berhati bersih.
sungguh nikmat solat yang kita lakukan. 

_Semoga bermanfaat_

#StayAtHome
#StaySafe

πŸ”· *AGAMA itu NASIHAT* πŸ”·
🌡❤🌡❤🌡❤🌡❤🌡❤

#sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah

DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA


DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA 

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka  menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika  berbuka puasa

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal. 
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

C&P dari FB: MAJLIS ILMU

Semoga kita istiqamah merebut peluang utk berdoa di waktu mustajab doa ini.
Alangkah ruginya jika peluang ini kita biarkan berlalu begitu saja...
Semoga kita tidak termasuk ke dalam golongan org yg menyesal di sana nanti.

۞ Ψ§َΩ„Ω„Ω‡ُΩ…َّ Ψ΅َΩ„ِّ ΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ³َيِّΨ―ِΩ†َΨ§ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ وَΨΉَΩ„َΩ‰ Ψ’Ω„ِ Ψ³َيِّΨ―ِΩ†َΨ§ Ω…ُΨ­َΩ…َّΨ―ٍ ۞

#Sharing_is_Caring
#just_say_Alhamdulillah

Jumaat, 15 Mei 2020

🌹MUSLIMAH HIGH CLASS 🌹


🌹MUSLIMAH HIGH CLASS 🌹

Siapa dalam kalangan kita nak jadi MUSLIMAH HIGH CLASS? Angkat tanganπŸ™‹πŸ»‍♀️

Kalau soalan itu yang K. Tikah tujukan, mesti ramai yang angkat tangan kan? Kenapa? Kerana dalam hati kita mesti ada sedikit rasa ingin menjadi wanita muslimah yang berstatus high class. K. Tikah sendiri semasa zaman kejahilan, apabila melihat wanita yang solehah, terpuji akhlaknya datang perasaan cemburu. Ini kerana fitrah kita inginkan kepada kebaikan. 😊

Apa ciri-ciri WANITA HIGH CLASS? 

🌹 *TAKUT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA*

Takut yang macam mana? Seperti melihat harimau? Bukan. Andai melihat harimau mendekat kita lari. Takut kepada Allah, kita makin mendekat. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dan rasulNya. Buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Hidupkan sunnah2 nabi. 

🌹 *SABAR DAN SOLAT*

Setia dalam berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia dalam solat, baca al-quran dan zikir. Setia dalam mencurahkan kasih sayang yang High Class kepada ibu bapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya, kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan mencontohi  sikap Nabi Muhammad s.a.w. Setia menghadapi ujian yang diberikan Allah dalam peta kehidupannya. BUKAN SETIA BERMAIN CINTA DENGAN AJNABI HINGGA LALAI KEPADA CINTA ILLAHI. 

🌹 *BERANI UNTUK BERUBAH*

Berani untuk berubah walaupun perlu menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari. Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Abaikan suara2 sumbang yang kedengaran. Change is never easy. But, remember that Allah always with you. For me. For us. He brings us this far, so He’ll help us go through this. Believe that, Allah is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He sees, He hears, and He is never too far.”

Jom jadi WANITA HIGH CLASS. bangun pagi motivasikan diri:

_Aku Muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurga-Nya bersama orang yang aku sayang.Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga. Syurga itu Mahal, dihuni oleh orang-orang Mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya. Maka aku memulakan langkah hari ini. Moga hari ini lebih baik dari semalam Bismillah_

😊❤

-siput pink -

#c/p 
#Sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah

PESAN IMAM SYAFIE..Jom Baca Sekejap !


PESAN IMAM SYAFIE..
.
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan"
.
"Jangan cintai orang yang Tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
.
"Barangsiapa yang menginginkan Husnul khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia"
.
"Doa disaat Tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran"
.
"Ilmu itu Bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat"
.
"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu"
.
"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun"
.
"Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu"
.
"Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawapan... Bukanlah ertinya aku tidak mempunyai jawapan, tetapi Tidak pantas bagi singa mencontohi anjing"
.
"Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga).
1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit...
2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa...
3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti"
.
"Orang yg hebat adalah orang yg memiliki kemampuan menyembunyikan kemiskinan-nya, sehingga orang lain menyangka bahwa Dia berkecukupan Karena dia Tidak pernah meminta"
.
"Orang yg hebat adalah orang yg memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahwa ia merasa redha"
.
"Orang yg hebat adalah orang yg memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang"
.
"Apabila engkau memiliki seorang sahabat yang membantumu dalam ketaatan kepada Allah maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karana mendapatkan seorang sahabat yg baik adalah perkara yang sulit, sedangkn melepaskannya adalah perkara yang mudah"
.
Nanti di akhir zaman akan banyak ulama yang membingungkan umat, sehingga umat bingung mana ulama warosatul Anbiya & mana ulama satu yang menyesatkan...
Imam syafie mengatakan: "carilah ulama yg dibenci oleh orang2 kafir & munafik, Dan jadikanlah Dia ulama yg membimbingmu. & jauhi ulama yg dekat dengan orang2 kafir & munafik, Karena dia akan menyesatkanmu & menjauhimu dri keredhaanAllah SWT"...
.
πŸ’–πŸ’– IMAM SYAFIE πŸ’–πŸ’–
.
Semoga bermanfaatπŸ’œ

#Just_say_Alhamdulillah