expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017


Bersyukurlah kerana 'terpilih' antara yang dipilih. .

Siapa yang dipilih?
Kita.

Siapa yang terpilih?
InsyaAllah, kita yang mahu dipilih! :') .

Diri,
hidayah adalah nikmat terindah yang dimiliki oleh setiap insan bergelar hamba.
Kerana hidayah, kita kenal siapa kita.
Kerana hidayah, kita kenal siapa Pencipta kita.
Kerana hidayah, kita jelas matlamat hidupnya kita.

Dan, hidayah itu milik Allah.
Allah yang berhak memberinya. .

Lalu, apakah Allah masih tidak memilih kita untuk menerima hidayah-Nya, walau setelah terlalu banyak Dia ber'ihsan terhadap kita?

Allah jadikan kita manusia.
Allah beri kita kesempurnaan akal,
pancaindera dan anggota.
Allah beri kita Islam.
Kita buat apa sebagai Islam?
Allah beri kita kalamullah, sudi tidak kita membacanya?
Allah beri kita pertolongan untuk faham agama ini, adakah terdetik di hati kita untuk mengamati?
Allah hantarkan nabi sebagai rujukan dan panduan. Adakah kita mengikuti sunnah-sunnahnya? .

Aduh, diri!
Allah sudah memilihmu.
Tapi kitalah yang tak rela dipilih.
Allah beri kita macam-macam.
Tapi kitalah yang masih tak faham-faham.

Kita tak mahu faham.
Kita malas nak faham.
Kita yang 'tak ready' lagi nak faham.

Lalu, mengapa beralasan 'hidayah' Allah tak sampai lagi? .

Sedarlah diri...sedar.
Kau akan nampak hidayah Allah itu, saat kau mahu mencarinya. Kalau kau tak cari, selamanya kau akan buta. Kasihan sepanjang hayat. Kasihan sampai akhirat.
Kasihan selama-lamanya!

*Nasihat Tanda Sayang*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan