expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017


Pesanan utk isteri2♥

Bergaduh dengan suami, kita lari balik rumah mak ayah. Suami marah, kita tarik muka masam mencuka. Suami buat kesalahan, kita tengking suami macam suami kita tu patung. ๐Ÿ˜ฑ

Kalaulah semudah itu menjadi seorang isteri, sudah tentu ramai wanita ke syurga. Tapi siapakah yang paling ramai menjadi penghuni neraka? ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข

Dalam sesebuah perkahwinan, yang perlu memikul amanah bukan hanya suami. Isteri juga ada amanah yang perlu dijalankan. Persoalannya, adakah kita sedar tanggungjawab kita pada Allah dan juga pasangan? ๐Ÿ˜˜

Carilah ilmu. Jadilah isteri yang tahu dan sedar tanggungjawab diri. Andai kata suami kita 'jahat' pada pandangan kita, sesusah mana pun, cubalah hormati suami kita. ❤❤

Suami yang 'jahat' itu, suami kita. Suami yang kita cinta. Suami yang kita sendiri pilih. Tak ada sesiapa paksa kita untuk berkahwin dengan suami kita. Jadi, tutuplah aib suami. Wajib bagi kita menutup dan menyembunyikan aib suami kita. ๐Ÿ‚๐Ÿƒ๐Ÿ‚๐Ÿƒ๐Ÿ‚๐Ÿƒ

Bergaduh, biarlah kita saja yang tahu. Seberapa banyak marah kita terhadap suami, biarlah kita saja yang tahu. Rajuk kita dengan suami juga, biarlah kita saja yang tahu. Kenapa perlu dihebohkan pada semua orang? ๐Ÿ˜’

Orang lain kahwin, kita nak kahwin. Tapi bila dah kahwin, kita tak hargai pula nikmat perkahwinan yang tak semua orang dapat. Selalunya, begitulah kita sebagai manusia. Tak dapat, dipuja-puji. Dah dapat, tak hargai. ๐Ÿ˜“๐Ÿ˜“

Sungguh, tulisan ini bukan untuk menghentam para isteri dan menyokong tindakan suami yang 'jahat' itu. Cuma sebagai wanita yang sudah bergelar seorang isteri, tak salah kiranya sedikit coretan perihal ini dikongsikan. ๐Ÿ˜‰

Baik suami mahupun isteri, jika kita letakkan Allah sebagai yang utama, tentu kita takut untuk mengabaikan tangungjawab kita terhadap pasangan kita. Kahwin memang mudah. Tanggungjawab selepas itu yang payah. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

~ seorang isteri itu,mudah untuk ke syurga dan mudah ke Neraka,Jadi ada sebab Allah uji tiap2 insan yg bergelar isteri.Kerana Apa Allah ingin mguji??Jawabnya Tanda kmu benar2 beriman pada Yg Satu.

Mna mgkin kamu mgaku beriman kpada Allah sedang kamu tidak diuji...?

Tepuk dada. Tanya iman & muhasabah diri...
Sempurnakah kita dimata Allah??sempurnakah solat kita dan ibadat lain dimata Allah??
Jgn terlalu mencari salah pasgn,sedangkan kita subuh pun terbabas,apatah lagi nak bgun malam kejutkan pasgan Solat tahajud sma2...

Andai kmu rasa  kecewa,sedih dgn Jodohmu/nasibmu,byakkan sabar dan ingatlah sejarah Asiah yg berkahwin dengan firaun!.

Ubah diri sendri itu lbih baik ..inshaallah..
Jga Agma Allah,Allah akn jaga kita.

##SyurgaSeorangIsteri ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

ู‚ู„ ุฅู† ูƒู†ุชู… ุชุญุจูˆู† ุงู„ู„ู‡ ูุงุชุจุนูˆู†ูŠ ูŠุญุจุจูƒู… ุงู„ู„ู‡ ูˆูŠุบูุฑู„ูƒู… ุฐู†ูˆุจูƒู… ูˆุงู„ู„ู‡ ุบููˆุฑ ุฑุญูŠู…..

๐Ÿ”Š *Kuliah Subuh - Ustaz Helmi* ๐ŸŒž

_*Surah² yang berkaitan dengan Pengampunan Allah SWT.*_
❣Surah Nuh, 10
❣Surah Hud, 3
❣Surah Ghafir, 55
❣An-Nas, 3
❣Surah Az-Zariyat, 17-18

*_Tips_*
๐Ÿ’กSiapa yang nak *masuk syurga tanpa dihisab*, taatlah kepada Allah SWT.
๐Ÿ’กSiapa yang nak *timbangan kebaikannya lebih berat*, taatlah kepada Allah SWT.
๐Ÿ’ก Hati² dengan *nafsu*, hati² ngan *syaitan*
๐Ÿ’ก Jangan pernah cuba untuk melakukan *maksiat!*
๐Ÿ’ก Pohonlah *keampunan* kepada Allah pada *waktu sahur.*
๐Ÿ’ก *Allah memuji* orang yang *beristighfar pada waktu sahur*

_*Tidur*_
๐Ÿ’ค *Kualiti* orang yang *beriman*, *sedikit rehat di dunia* (cth, kurg tidur di waktu malam untuk beribadat kepada Allah SWT), dan *rehat selamanya di Syurga* nanti.
๐Ÿ’ค Jangan terpengaruh dengan *fakta sains tidur kene cukup 6-8 jam.*
๐Ÿ’ค *Tidur awal selepas Isyak* galakkan Nabi.
๐Ÿ’ค *Bangun malam, qiamullail then study. Waktu ni terbaik untuk study.*
๐Ÿ’ค *Jangan tidur lepas subuh*, rezeki sempit!
๐Ÿ’ค *Amalkan Qailullah* untuk batteri solat malam dan sepanjang hari.
๐Ÿ’ค *Jangan tidur lepas asar.*
๐Ÿ’ค *Jangan tidur lepas maghrib*, isilah waktu antara Maghrib dengan Isyak dengan perkara yang berfaedah.

*_Nasihat_*
๐Ÿ’ญ *Mata yang menangis kerana Allah SWT tidak akan disentuh api neraka*
๐Ÿ’ญ *Jangan lupa doakan kedua ibubapa kita setiap hari!!*
๐Ÿ’ญ *Jangan lupa doakan kaum muslimin n muslimat, dan kaum mukminin dan mukminat.*
๐Ÿ’ญ *Amalkan doa nabi yunus, dan bacalah doa penghulu istighfar di pagi hari dan petang.*

_*Doa Nabi Yunus AS*_

ู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ุชَ ، ุณُุจْุญَุงู†َูƒَ ุฅِู†ِّูŠ ูƒُู†ْุชُ ู…ِู†َ ุงู„ุธَّุงู„ِู…ِูŠู†َ

*_Doa Penghulu Istighfar_*


ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃَู†ْุชَ ุฑَุจِّูŠْ ู„ุงَ ุฅِู„َู€ู‡َ ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ْุชَ، ุฎَู„َู‚ْุชَู†ِูŠْ ูˆَุฃَู†َุง ุนَุจْุฏُูƒَ، ูˆَุฃَู†َุง ุนَู„َู‰ ุนَู‡ْุฏِูƒَ ูˆَูˆَุนْุฏِูƒَ ู…َุง ุงุณْุชَุทَุนْุชُ، ุฃَุนُูˆْุฐُ ุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุดَุฑِّ ู…َุง ุตَู†َุนْุชُ، ุฃَุจُูˆْุกُ ู„َูƒَ ุจِู†ِุนْู…َุชِูƒَ ุนَู„َูŠَّ، ูˆَุฃَุจُูˆْุกُ ุจِุฐَู†ْุจِูŠْ ูَุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠْ ูَุฅِู†َّู‡ُ ู„ุงَ ูŠَุบْูِุฑُ ุงู„ุฐُّู†ُูˆْุจَ ุฅِู„ุงَّ ุฃَู†ْุชَ

❤๐ŸŒน*Huruf Dalam Al Quran*

Sejak 1,200 tahun silam, ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis, IMAM SYAFI'I telah mampu mendata JUMLAH masing-masing HURUF dalam AL-QURฤ€N secara detail dan tepat.

Imam Syafi’i dalam kitab Majmu al-Ulum wa Mathli’u an Nujum dan dikutip oleh Imam ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al-Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur'an disusun sesuai dgn banyaknya:

o ุง Alif  : 48,740 huruf,
o ู„ Lam : 33,922 huruf,
o ู… Mim : 28,922 huruf,
o ุญ Ha ’ : 26,925 huruf,
o ูŠ Ya’ : 25,717 huruf,
o ูˆ Waw : 25,506 huruf,
o ู† Nun : 17,000 huruf,
o ู„ุง Lam alif : 14,707 huruf,
o ุจ Ba ’ : 11,420 huruf,
o ุซ Tsa’ : 10,480 huruf,
o ู Fa’ : 9,813 huruf,
o ุน ‘Ain : 9,470 huruf,
o ู‚ Qaf : 8,099 huruf,
o ูƒ Kaf : 8,022 huruf,
o ุฏ Dal : 5,998 huruf,
o ุณ Sin : 5,799 huruf,
o ุฐ Dzal : 4,934 huruf,
o ู‡ Ha : 4,138 huruf,
o ุฌ Jim : 3,322 huruf,
o ุต Shad : 2,780 huruf,
o ุฑ Ra ’ : 2,206 huruf,
o ุด Syin : 2,115 huruf,
o ุถ Dhadl : 1,822 huruf,
o ุฒ Zai : 1,680 huruf,
o ุฎ Kha ’ : 1,503 huruf,
o ุช Ta’ : 1,404 huruf,
o ุบ Ghain : 1,229 huruf,
o ุท Tha’ : 1,204 huruf dan terakhir
o ุธ Dza’ : 842 huruf.

Jumlah semua huruf dalam al-Quran sebanyak 1⃣.0⃣2⃣7⃣.0⃣0⃣0⃣  (satu juta dua puluh tujuh ribu).

Setiap kali kita khatam Al-Quran, kita telah membaca lebih dari 1 juta huruf.

๐Ÿ”ญJika
1 huruf = 1 kebaikan dan 1 kebaikan = 10 pahala, maka kira-kira 10 juta pahala kita dapatkan.

Mudah-mudahan ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca al-Quran dan memahami maknanya ✍๐Ÿ‚๐Ÿƒ
Wallahu a'lam..

MASA MAKIN HAMPIR....ANTOOFIGHTERS BERSATU !!!
(KEMBALI PADA AGAMA - KUATKAN UKHWAH - JANGAN KAJI SAJE TANPA BERTINDAK MERUBAH DIRI)

kawan kawan
sorri. agak kalut sikit dengan traffic fb saya hari ni yang tiba tiba macam jem balik hari raya. banyakj request pending dah penuh. banyak mesej dan komen saya tak sempat nak balas dan taip. nak korek hidung pun tak ada masa dah ni......maafkan saya kalau message dan komen saya tak sempat balas lagi. InsyaAllah saya cuba satu satu.

Tq for supporting. Tq sahabat dalam perjuangan yg support.
Jangan lupa like, share dan subscribe to FB Page dan Youtube THE BIKE PREACHER. Jangan lupa ikut tazkirah kami di video dan join RIDE BREAKFAST KAMI sambil shooting dan Tazkirah di kawasan kawasan redup tropika Malaysia ya.

maaf kan saya salah silap dan khilaf, bantulah sahabat sahabat saudara kita kembali memegang tali agama. kembali bersatu sebagai Muslim. jika benar kitalah Bani Tamim yang dikatakan...lupakan poltik, ranting dan apa juga perbezaan. Kembali bersederhana dalam beramal, lupakan Extrimism, lupakan tarikat pelik dan kumpulan yang pelik pelik. Kembali pada Jamaah. Kembali pada Islam. Kembali pada Quran dan Sunnah.

Mereka dah beratus tahun disekeliling kita. 360 darjah mengelillingi kita. ada yang berwajah dan berupa seperti kita.

ini masa yang paling hebat. ini masa paling penuh tipu daya. cari ustaz dan imam yg berilmu tapi berserdehana, boleh pakai, bijak dan berfikiran jauh.  selamatkan diri, keluarga dan sahabat.

akhir zaman, fasa 5 dan kiamat semakin hampir.....sangat sangat hampir..... bacaan dan kajian kajian ini bukan untuk suka suka. ianya untuk kita sedar berapa LAMA KITA SUDAH DITIPU DAN DI TORAK OLEH SISTEM DUNIA DAN SISTEM DAJAL.

Buka Minda, Fikir dan Sedar......Bila Sedar anda akan tahu.....ISLAM MEMANG BENAR - SEGALA DALAM QURAN DAN HADITH ADALAH BENAR. ANDA AKAN KAGUM DENGAN KEHEBATAN QURAN DAN HADITH - BAGAIMANA SEMUANYA DAPAT MENCERITAKAN APA BERLAKU SEKARANG DENGAN SANGAT JELAS,

KITA KURANG MENGKAJI - KITA KURANG MEMBACA - KITA BANYAK BERKHAYAL DAN MENGEJAR DUNIA

MEREKA MERANCANG - TAPI ALLAH JUGA MERANCANG - wujudnya spesis macam kita hari ini adalah perancangan ALLAH. Akan wujudnya manusia manusia yang kaji, berpesan, dan makin sedar. Hanya kuasa Allah yang menggerakkan semua ini. Bukan saya atau @Nuno atau @ustaz Auni atau sheikh imran hossein.

Kita semua Pejuang. Kita semua Kahlifah. Kita semua Muslim yang harus bangkit sedarkan yang lain. Kita hidup dalam sistem Dajal, Kita hidup diarahkan ke Dunia. Kita melawan segala ditetapkan Allah.
Kita menuju Akhirat. Tidakkah kamu bersyahadah dan percaya akhirat - syurga dan neraka ?

sampai bila kita nak relax ? nak jadi samseng ? nak rambut kaler ? nak nampak buah dada dan betis ? nak bukak aurat ? nak pergi disko ? nak minum arak ? nak gelang silver 2 kilo kat tangan ? sampai bila nak cakap slang gengster cina lu langsi lu mati ?
sampai bila nak superman atas LC tayar sotong , terlanggar lubang terbang tiruk tecacak kat devider ?

sampai bila nak tunggu seru sedangkan azan hari hari ada , quran banyak merata rata.....dalam phone pun boleh download !!!

Sampai Bila ?????  Anda tahu bila and mati ??????
Kalau esok anda eksiden , roda MRT jatuh atas kepala......tapi dok tunggu seru tak sampai........macam mana ??????

YAKINLAH DGN 3 HAL

Saudaraku,
Saudariku,

Semoga Allah menjaga mu

Yakinlah dengan 3 hal

1. Tiada yang lebih mengasihimu lebih daripada Allah; Rabb mu

2. Tiada yang lebih mengetahui dengan kegundahan hatimu melainkan hanya Allah

3. Tiada yang lebih dapat menjauhkan marabahaya lebih dari Tuhanmu

Oleh kerana itu

Minta pertolongan pada-Nya

Bersandarlah kepada- Nya dalam semua perkara dan dalam semu keadaan

Nescaya engkau akan mendapatkan lebih dari yang kau inginkan

Tapi kau perlu menanamkan keyakinan tersebut di dalam hatimu.

Ingatlah dengan Ibrahim tatkala dilemparkan di dalam api

Ingatlah dengan Yunus ketika di dalam perut ikan

Ingatlah dengan Luth ketika menghadapi kaumnya

Ingatlah dengan Ya'qub ketika dipisahkan dengan Yusuf

Ingatlah dengan Musa ketika dikejar-kejar Fir'aun

Tidak ada yang sulit dan mustahil bagi Allah

Dia hanya tinggal berkata kun (jadilah) maka akan terjadi yang diinginkan-Nya

Dan kau tinggal pasrah dan bersandar diri pada-Nya

Kelak Dia akan mencukupimu

    ูˆَู…َู† ูŠَุชَูˆَูƒَّู„ْ ุนَู„َู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ูَู‡ُูˆَ ุญَุณْุจُู‡ُ

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(QS. At Thalaq: 3)

~Ustadz DR Syafiq Reza Basalamah

Edited by: NHIZ

ุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Apa Tujuan Kita Dakwah??


Apa tujuan kita dakwah?

Untuk popular?

Untuk ramai follower dan pengikut?

Untuk di puji dan di sanjung?

Untuk menjadikan kegilaan para wanita lantaran kekacakan, atau buah mulut lelaki-lelaki lantaran kecantikan kita?

Untuk dapat duit yang banyak?

Untuk famous?

Ah.

Untuk apa kita nak buat dakwah hakikatnya?

Adakah ikhlas kerana Allah, atau?

Jika benar dakwah kita ikhlas, hubungan kita dengan Allah perlu di jaga.

Kita lihat, pendakwah-pendakwah dahulu kala, bagaimana hubungan mereka dgn Allah?

Al-Bukhari pernah bercerita kepada Alfarabi: "Setiap kali aku hendak meletakkan satu hadis dalam kitab sahihku, aku mandi terlebih dahulu kemudian solat 2 rakaat." Dalam kitab sahih Bukhari ada sekitar 7560 hadis. Jika untuk satu hadis beliau solat 2 rakaat, means, selama beliau menulis kitab sahih, beliau melaksanakan shalat sekitar 15,120 rakaat!

Kita hari ini menulis kerana apa?

IMAM SYAFIE bahagikan waktu malamnya kepada tiga:"Sepertiga malam pertama untuk menulis, sepertiga malam kedua untuk qiamullail, dan sepertiga malam terakhir untuk tidur”. Itu baru waktu malam. Waktu paginya sibuk dengan dakwah, dan mengajar serta belajar.

Banyak kisah-kisah ulama yang pendakwah hebat, hubungan mereka dengan Allah sangat akrab.

Namun, persoalannya, bagaimana kita hari ini?

Kita dakwah, tapi kita jugalah yang berikhtilat, bercouple ala-ala islamik, layan drama or movie yang ada aurat, mendengar lagu-lagu yang liriknya berunsur maksiat, tak lazimkan diri solat jemaah, jarang qiamullail, tak istiqamah baca quran sehari.

Akhirnya, "dakwah" kita tu menjauhkan diri kita dengan Allah.

Terlalu sibuk berdakwah hingga lupa Allah.

Wahai kawan, wahai diriku, jangan pernah selesa. Sentiasalah muhasabah diri dan jangan berhenti perbaiki diri.

Moga Allah ampunkan kita.

♡Cara hilangkan hasad dan iri hati ya ?♥

Tringt kata2 tasha manshahar
'jangan rasa dengki atau cemburu atas rezeki seseorang, jangan lihat orang yg lebih daripada kamu. Lihatlah orng yang kurang drpd apa yg kamu ada. Apa yg kamu miliki. Dari situ kamu akan belajar erti syukur'

Kalau iri nya pada hal yg positive,
Contoh : kawan kita selalu dan cepat khatam alquran , kita cemburu ,
Cemburu itu dibolehkan ☺๐Ÿ’
Kenapa ya ?
Sebab . dengan cemburu tu , kita kena gunakan utk pemangkin semangat untuk kite lebih banyak membaca  alquran .
Tu contoh cemburu yang dibolehkan.

Tapi ada cemburu yang patut dielakkan . seeperti cemburu dengan maksiat orang lain.
Kata Ustaz Adnin dari Tarbiah Sentap waktu tour di Penang baru baru ni ,
Cemburu dengan maksiat juga sebahagian dari maksiat. Allahu :')
So sebaiknya kita recheck diri kita. Istighfar banyak banyak.
Bila nak cemburu atau iri hati , kita fikir dan guna formula :
Istighfar
Doa
Husnudzon.

Dan lastly , berazam untuk jadi lebih baik dari sebelumnya supaya kita jadi lebih baik dan mampu penuhi kehendak hati sendiri ☺๐ŸŒธ

Meluat ? Menyampah.
Macam mana ya hmm

Belajar untuk sentiasa positivekan diri and cari 70 sebab untuk benci kan sesorang.
Habib Ali yg kongsi :)

Yes it works on me.
Contoh tetibe saya tak suka awak maybe sebab awak macamni macam itu atau apa apa ke.
Saya akan sentiasa cari kebaikan dalam diri awak.
Saya cuba muhasabah diri .
" dia ni selalu bagi semangat kat aku n bla bla bla takkan sebab one thing dia buat , aku nak benci."

People make mistakes. Ya lari tak boleh. perbetulkan boleh! ๐Ÿ˜†
Cari kebaikan dalam diri orang tu!

Ada quote bi lupa camne tapi bunyik dia camni ah
"```i dont like him. So I must know him well```"

MAKSUD DIA APA EH?
maksud dia , sebenarnya kadang kita tak suka and benci iri  org sebab kita tak kenal org pun.
And trust me, will come a day , kita akan dengar or ucap.

" _dulu aku ingat kau ni sombong and mcm ni  macam tu tapi dah kenal kau,kau okay gak en_"

Ustazah saya dulu ada bagi tips, bila kita iri hati pada seseorang tu, doakan dia. Doakan supaya dia dan kita jadi lebih baik.


Jadi dosa tak kalau kita bukan niat nak putuskan silaturrahim

. Tapi jika bg kita cara yg terbaik adalah dgn hindarkan diri kita dr dia, block semua acc sosial dia, tak ajak majlis kawin๐Ÿ˜Œ, itu dikira mcm mana? Pastu tiba2 dia kecil hati atas tindakan kita yg jauhkan diri dari dia walhal kita cuba nak selamatkan diri kita dr prasangka buruk, kutuk2 dlm hati, kita dpt dosa tak?

Kalau boleh selamatkan tali yang menyambung , selamatkan ๐Ÿ™‚๐Ÿ’
Ikat kemas kemas tali persaudaraan  yg pernah Allah simpulkan.

Tapi andai saja bila digenggam kemas makin sakit , kadang kena lepaskan.


Sebelum lepas , tegakkan dulu. Bukan terus lepas.
Berbincanglah.
Tanya .
Kadang kena duduk tempat dia tau.
Maybe ada silap kita juga.
Ego.
Yes, masalah ego.
Tp slow slow cuba untuk belajar cuba kawal. Dan belajar memaafkan. Cari punca  kenapa boleh jadi iri , dan cuba selesaikan dulu.
Inshaallah  lebih tenang ๐ŸŒธ

Ya, semua solusi yg diberi dh pernah cuba sebab selalu dpt peringatan mcmni dkt mana2 org share. Tp datang jugak, datang jugak rasa tu tiap kali terpandang dia atau tengok dia mana2 kat timeline.

faham.
Perasaan tu dtg sendiri.
Bukan salah Awak ☺

nak buat macam mana? unfollow je dia and beri diri sendiri masa untuk fikir balik silap sendiri dan islah.

jarakkan diri sementara waktu boleh tapi jangan sampai bila² awak jauh dari dia. kalau boleh biar dia tak nampak perubahan kita terhadap dia tu. dia pun manusia. Kita pun manusia.

Moga Allah mudahkan urusan kita dan dia.
Minta pada Allah , doa bebanyak :)
And baca Ya Latiff bebanyak. Maha Melembutkan .
Moga hati yg keras akan lembut  semula. Hasad adalah pnyakit hati,
merosakkan jiwa,
mematikan seri muka.

jgn mudah membenci,malah didik diri selalu memaafkan.

semoga Allah jaga hati kita๐Ÿ’•