Khamis, 30 Mac 2017
♡Cara hilangkan hasad dan iri hati ya ?♥
Tringt kata2 tasha manshahar
'jangan rasa dengki atau cemburu atas rezeki seseorang, jangan lihat orang yg lebih daripada kamu. Lihatlah orng yang kurang drpd apa yg kamu ada. Apa yg kamu miliki. Dari situ kamu akan belajar erti syukur'
Kalau iri nya pada hal yg positive,
Contoh : kawan kita selalu dan cepat khatam alquran , kita cemburu ,
Cemburu itu dibolehkan ☺๐
Kenapa ya ?
Sebab . dengan cemburu tu , kita kena gunakan utk pemangkin semangat untuk kite lebih banyak membaca alquran .
Tu contoh cemburu yang dibolehkan.
Tapi ada cemburu yang patut dielakkan . seeperti cemburu dengan maksiat orang lain.
Kata Ustaz Adnin dari Tarbiah Sentap waktu tour di Penang baru baru ni ,
Cemburu dengan maksiat juga sebahagian dari maksiat. Allahu :')
So sebaiknya kita recheck diri kita. Istighfar banyak banyak.
Bila nak cemburu atau iri hati , kita fikir dan guna formula :
Istighfar
Doa
Husnudzon.
Dan lastly , berazam untuk jadi lebih baik dari sebelumnya supaya kita jadi lebih baik dan mampu penuhi kehendak hati sendiri ☺๐ธ
Meluat ? Menyampah.
Macam mana ya hmm
Belajar untuk sentiasa positivekan diri and cari 70 sebab untuk benci kan sesorang.
Habib Ali yg kongsi :)
Yes it works on me.
Contoh tetibe saya tak suka awak maybe sebab awak macamni macam itu atau apa apa ke.
Saya akan sentiasa cari kebaikan dalam diri awak.
Saya cuba muhasabah diri .
" dia ni selalu bagi semangat kat aku n bla bla bla takkan sebab one thing dia buat , aku nak benci."
People make mistakes. Ya lari tak boleh. perbetulkan boleh! ๐
Cari kebaikan dalam diri orang tu!
Ada quote bi lupa camne tapi bunyik dia camni ah
"```i dont like him. So I must know him well```"
MAKSUD DIA APA EH?
maksud dia , sebenarnya kadang kita tak suka and benci iri org sebab kita tak kenal org pun.
And trust me, will come a day , kita akan dengar or ucap.
" _dulu aku ingat kau ni sombong and mcm ni macam tu tapi dah kenal kau,kau okay gak en_"
Ustazah saya dulu ada bagi tips, bila kita iri hati pada seseorang tu, doakan dia. Doakan supaya dia dan kita jadi lebih baik.
Jadi dosa tak kalau kita bukan niat nak putuskan silaturrahim
. Tapi jika bg kita cara yg terbaik adalah dgn hindarkan diri kita dr dia, block semua acc sosial dia, tak ajak majlis kawin๐, itu dikira mcm mana? Pastu tiba2 dia kecil hati atas tindakan kita yg jauhkan diri dari dia walhal kita cuba nak selamatkan diri kita dr prasangka buruk, kutuk2 dlm hati, kita dpt dosa tak?
Kalau boleh selamatkan tali yang menyambung , selamatkan ๐๐
Ikat kemas kemas tali persaudaraan yg pernah Allah simpulkan.
Tapi andai saja bila digenggam kemas makin sakit , kadang kena lepaskan.
Sebelum lepas , tegakkan dulu. Bukan terus lepas.
Berbincanglah.
Tanya .
Kadang kena duduk tempat dia tau.
Maybe ada silap kita juga.
Ego.
Yes, masalah ego.
Tp slow slow cuba untuk belajar cuba kawal. Dan belajar memaafkan. Cari punca kenapa boleh jadi iri , dan cuba selesaikan dulu.
Inshaallah lebih tenang ๐ธ
Ya, semua solusi yg diberi dh pernah cuba sebab selalu dpt peringatan mcmni dkt mana2 org share. Tp datang jugak, datang jugak rasa tu tiap kali terpandang dia atau tengok dia mana2 kat timeline.
faham.
Perasaan tu dtg sendiri.
Bukan salah Awak ☺
nak buat macam mana? unfollow je dia and beri diri sendiri masa untuk fikir balik silap sendiri dan islah.
jarakkan diri sementara waktu boleh tapi jangan sampai bila² awak jauh dari dia. kalau boleh biar dia tak nampak perubahan kita terhadap dia tu. dia pun manusia. Kita pun manusia.
Moga Allah mudahkan urusan kita dan dia.
Minta pada Allah , doa bebanyak :)
And baca Ya Latiff bebanyak. Maha Melembutkan .
Moga hati yg keras akan lembut semula. Hasad adalah pnyakit hati,
merosakkan jiwa,
mematikan seri muka.
jgn mudah membenci,malah didik diri selalu memaafkan.
semoga Allah jaga hati kita๐
Niat Umpama Permata Di Dalam Api
Assalamualaikum jiwa2 ruh insan yang soleh solehah yang sudi memimpin tangan kita bersama2 ke Jannatul firdaus insyaAllah ๐
Pertamanya terima kasih atas Kasih dan Sayang Sang Pencipta yang kumpulkan kita sama2 semula dalam sebuah bulatan dengan genggaman tangan yang erat insyaAllah ๐
Alhamdulillah .
Semoga apa yang ingin adah sampaikan ,kalau tak dapat semua, ambillah sedikit yang boleh memberi kesan dalam jiwa kita ๐
Hari ni tajuk perkongsian kita adalah NIAT ..
Tajuk ni selalu orang kongsikan , tapi hari ni adah nak kongsikan semula semperna akhir tahun dan permulaan baru di awal tahun hadapan .
Siapa tahu apa itu niat ? ๐ค๐ค
๐Niat ialah gerak hati yang yang bertujuan mendapatkan dan mencapai redha Allah
Niat ada 2 :
- pergerakan hati time kita nak niat dalam solat.
-keinginan .
• • •
Sebelum kita pergi lebih jauh. adah nak kongsikan satu cerita tau ๐
๐ฆSuatu ketika, terdapat seorang lelaki yang berkata,
“Sungguh aku akan bersedekah!”
Kemudian ketika dia keluar dari rumahnya untuk memberikan sedekah, sedekahnya itu jatuh ke tangan seorang pencuri!
perkara itu cepat tersebar dalam kalangan penduduk sehingga menjadi buah mulut dalam kalangan mereka. Ketika perkara itu sampai ke pengetahuan lelaki yang memberikan sedekah tadi,
dia berkata, “Allahumma lakal hamdu (Ya ALLAH, bagi-MU segala pujian). Sungguh aku akan bersedekah!”
Kemudian dia keluar lagi untuk menunaikan niat sucinya itu. Akan tetapi kali ini lebih teruk lagi. Sedekahnya jatuh ke tangan seorang perempuan penzina! Penduduk setempat bercakap-cakap mengenai perkara tersebut,
“Sebelum ni beri sedekah kepada pencuri. Semalam bersedekah kepada seorang penzina pula!”
Apakan daya, mungkin memang begitu takdir telah disuratkan. Si lelaki tadi hanya mampu mengungkapkan kalimah pujian kepada Tuhannya,
“Allahumma lakal hamdu (Ya ALLAH, bagi-MU segala pujian). Sungguh aku akan bersedekah!”
Maka sekali lagi dia keluar untuk memberikan sedekah.
Kali ini sedekahnya jatuh ke tangan seorang kaya. Lalu sekali lagi perbuatan lelaki tersebut menjadi perbualan hangat dan gosip panas penduduk.
Apabila cakap-cakap orang ramai sampai ke telinganya, lelaki itu hanya mampu mengucapkan,
“Allahumma lakal hamdu ‘ala sariq, wa ‘ala zaniyah, wa ‘ala ghoniy. Ya ALLAH, bagi-MU segala puji (yang telah menakdirkan sedekah itu jatuh ke atas) pencuri, wanita penzina dan si kaya.”
Selang beberapa ketika, lelaki tadi didatangi oleh seseorang lalu dikatakan kepadanya,
“Adapun sedekahmu kepada pencuri maka mudah-mudahan sedekah itu mencukupkan dirinya daripada mencuri lagi, dan penzina maka mudah-mudahan sedekahmu itu mencukupkan dirinya daripada melacurkan diri lagi, dan adapun sedekahmu ke atas si kaya maka mudah-mudahan sedekah itu memberi iktibar kepadanya sehingga dia juga akan memberi infaq dengan harta yang telah Allah kurniakan kepadanya.”
๐ฆKisah ini diceritakan oleh Rasulullah kepada para sahabat, diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dari Abu Hurairah. Ia juga turut diriwayatkan oleh imam Muslim dengan teks yang sedikit berbeza.
● ● ●
Terkedu Aku ♡
● ● ●
Sahabat2 yang dirahmati Allah ๐
Marilah sama2 kita fikir sejenak .
Apakah niat kita sebenarnya ?๐ค
Adakah niat kita selama ini kerana Allah s.w.t atau kerana siapa ?
Tajdid (perbaharui) semula niat kita , yang mana tersalah niat sebelum ni sbgai contoh
" eh nak update gambar selfie kenyit mata sikit lah biar aku boleh dapat dm dari mana2 jejaka tampan๐ "
"emmm, nak pakai pakaian sunnah ni lah , nanti boleh orang komen banyak2 puji aku cantik๐ธ๐ผ "
" haaaa,aku dapat kereta baru ๐,gelang baru ,baik aku postkan dekat ig, biar semua org tau aku org kaya๐ "
"aku nak join US ni sebab aku nak famous lah !"
haaaaa yang last sekali ni selalu terjadi bila seseorg tu dy salah tafsir , dy join US bukan kerana mahukan benda baru (ilmu) ,dy nakkan diri dy disanjung ! di puji depan org lain ! . yang masih ada dalam ni .. kita kena ingat , walau sahabat2 kita xtahu ape niat sebenar kita. tapi Allah mengetahui segalanya. sebab tu ada yg xboleh nak follow kita , sebab dy letakkan Allah no 2.. ๐๐
Nauzubillah๐ .. moga Allah hindarkan kita semua dari sifat sedemikian .
• • •
Moga dengan masuknya tahun baru masihi kita ,. kita boleh betulkan niat masing2 . sebab kalau tersalah niat , boleh kita tersalah langkah kat SANA nanti .
Dari Abu Bakrah (Nufa'i) bin al Harits ats Tsaqafy berkata: Rasulullah saw bersabda,
"Apabila dua orang Muslim berhadapan dengan pedang masing-masing maka pembunuh dan terbunuh keduanya sama-sama masuk neraka.
Abu Bakrah bertanya, "Ya Rasulullah, yang membunuh jelas masuk neraka tetapi mengapa yang terbunuh juga demikian?
Rasulullah saw menjawab, "Karena ia juga memiliki niat sungguh-sungguh akan membunuh lawannya."
(Bukhari - Muslim)
Akhir kalam dari adah , mohon halalkan apa yang terlebih dan terkurang dri adah . Yang boleh ambil ,ambillah . Yang buruk , buat sempadan .
Terima Kasih sudi luangkan masa dengarkan perkongsian dari adah . Baru nak belajar berani sampaikan perkongsian . Wallahualam ๐
Bersyukurlah kerana 'terpilih' antara yang dipilih. .
Siapa yang dipilih?
Kita.
Siapa yang terpilih?
InsyaAllah, kita yang mahu dipilih! :') .
Diri,
hidayah adalah nikmat terindah yang dimiliki oleh setiap insan bergelar hamba.
Kerana hidayah, kita kenal siapa kita.
Kerana hidayah, kita kenal siapa Pencipta kita.
Kerana hidayah, kita jelas matlamat hidupnya kita.
Dan, hidayah itu milik Allah.
Allah yang berhak memberinya. .
Lalu, apakah Allah masih tidak memilih kita untuk menerima hidayah-Nya, walau setelah terlalu banyak Dia ber'ihsan terhadap kita?
Allah jadikan kita manusia.
Allah beri kita kesempurnaan akal,
pancaindera dan anggota.
Allah beri kita Islam.
Kita buat apa sebagai Islam?
Allah beri kita kalamullah, sudi tidak kita membacanya?
Allah beri kita pertolongan untuk faham agama ini, adakah terdetik di hati kita untuk mengamati?
Allah hantarkan nabi sebagai rujukan dan panduan. Adakah kita mengikuti sunnah-sunnahnya? .
Aduh, diri!
Allah sudah memilihmu.
Tapi kitalah yang tak rela dipilih.
Allah beri kita macam-macam.
Tapi kitalah yang masih tak faham-faham.
Kita tak mahu faham.
Kita malas nak faham.
Kita yang 'tak ready' lagi nak faham.
Lalu, mengapa beralasan 'hidayah' Allah tak sampai lagi? .
Sedarlah diri...sedar.
Kau akan nampak hidayah Allah itu, saat kau mahu mencarinya. Kalau kau tak cari, selamanya kau akan buta. Kasihan sepanjang hayat. Kasihan sampai akhirat.
Kasihan selama-lamanya!
*Nasihat Tanda Sayang*
Mari kita imbas sejarah dan gerak kerja China.. Dahulu, negeri Tibet merupakan negeri merdeka berdaulat... Kemudian menjalinkan hubungan dgn republik rakyat China beraliran komunis (komunis ialah ciptaan ILMNTI pimpinan Karl Marx).. Setelah ada perjanjian kerjasama, China menghantar ribuan tenaga kerja ke Tibet utk membangunkan kota, jalan raya. bangunan2 tinggi dan pejabat2 utk pemerintah..
Kemudian setelah pembangunan selesai, ternyata ratusan ribu para pekerja China tersebut mengangkat senjata dan melakukan pemberontakan di Tibet.. Ternyata, ratusan ribu pekerja tersebut adalah TENTERA...
Tentera yg mmg dilatih utk bekerja.. Setelah itu Tibet jatuh dan dikuasai oleh negara China, dan pemimpin tertinggi agama di Tibet telah ditangkap dan diusir keluar negeri sehingga hari ini..
Maka, ratusan ribu para pekerja China di Indonesia saat ini harus diwaspadai... kerana kita sudah lihat betapa tegapnya badan mereka, bagaimana perawakan2 mereka,potongan rambut etc.. memang mirip Tentera!
Negeri Angola juga dibantu habis2an oleh republik rakyat China.. Setelah diikat dengan hutang yg amat besar, kemudian China mula mentadbir Angola. Kemudian, mereka menetapkan perjanjian bahawa Islam tidak boleh ada di Angola.. dan seluruh masjid harus ditutup!
Alasannya, kerana Islam berlawanan dan bertentangan dgn adat istiadat Angola.. (Kezaliman terhadap umat Islam Rohingya juga adalah arahan dari orang2 rothschild)
dan hari ini, agama Islam telah diharamkan di Angola...
begitu dahsyatnya pengaruh China komunis yg diasaskan oleh Illuminati pimpinan Karl Marx ini..
Zimbabwe juga diberikan hutang secara besar-besaran oleh China..
Apabila sudah tak mampu bayar hutang kepada China, Zimbabwe dipaksa utk meninggalkan matawangnya dan mula berbelanja menggunakan matawang china iaitu Yuan..
Segala urusan transaksi di Zimbabwe hari ini menggunakan matawang Yuan..
Saat ini Indonesia mendapat pinjaman hutang ribuan trillion dari China.. 7 keturunan pun tak mampu dibayar..
Apabila negara itu terikat dgn hutang, maka seluruh pentadbiran negara tersebut adalah dibawah telunjuk China..
Lihat bagaimana China memasukkan ratusan ribu pekerjanya di Indonesia??
Dan baru2 ini Jokowi telah mengingatkan kepada para peniaga di Indonesia agar tidak lagi bertransaksi menggunakan matawang dollar mahupun rupiah.. tetapi mula bertransaksi dgn Yuan.. (boleh tanya sendiri dgn peniaga2 di Indonesia)
dan berita2 ini sedang hangat disampaikan oleh ustaz2 di Indonesia dalam kuliah2 mereka..
-Habib Rizieq..
p/s: setelah anda faham bagaimana strategi China sebagai puppet roth bekerja, apakah anda faham apa yg sedang terjadi di Malaysia saat ini??
#BACK_TO_ALLAH
Solat Itu Tiang Agama ☆★
♡♥Solat Itu Tiang Agama♥♡
Assalamualaikum semua...semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT, In Shaa Allah. Baiklah sepertinya yang saya janjikan, kali ini saya nota usrah untuk kalian tentang solat. Sepertinya kita semua tahu solat itu tiang agama dan yang pertama dihitung di negeri abadi (akhirat) ialah solat. Kita semua tahu solat itu penting namun tidak semua kita memahami solat itu bagaimana, lihatlah dunia sekarang, penuh maksiat di mana-mana, nak salahkan siapa? Bukankan solat itu mencegah dari perbuatan mungkar? Kenapa masih ada yang melakukan maksiat? Itulah persoalan yang sering menjengah minda saya. Sedih saya tengok generasi sekarang, muda-mudi sekarang yang cintakan dunia, nikmati dunia senak-enaknya bagaikan tiada kehidupan di negeri abadi(akhirat) kelak.
Dalam surah (Al Baqarah ayat (2:3) Allah telah berfirman "iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka"
Dalam ayat ini Allah telah perintahkan kita agar melaksankan solat, namun berapa ramai yang sedar akan perintah ini, kadang-kadang solat kerana terpaksa atau disuruh oleh ibu bapa.
Hukum solat ialah wajib ke atas mukallaf, dalam al-Quran banyak sekali dalil tentang kewajipan solat, tidak kurang juga terdapat banyak hadis mengenai hukum solat."Dirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji" (Al-Ankabut: 45)
Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta( sembahyang yang paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk" ( Al-Baqarah:238) Itu antara dalil yang Allah perintahkan tentang solat.
Dalam kehidupan kita ini, apa yang membuat kita tenang ialah dengan solat, solat itu sumber ketenangan hakiki. Selain dapat menjegah dari dari melakukan perbuatan mungkar, solat juga dapat mempengaruhi tingkah laku kita, percakapan kita sehari-hari dan juga akhlak kita dengan orang disekeliling. Orang yang solat sudah tentu tidak mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak baik, orang yang solat sudah tentu tidak menyakiti hati orang sekeliling sama ada ibu bapa, sahabat dan sebagainya.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh (Bhukari dan Muslim) " Islam itu didirikan atas lima dasar iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa di dalam bulan ramadhan dan mengerjakan haji. Lihatlah betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita, selain mendapat ketenangan hakiki, dengan solatlah kita mengabdikan seluruh jiwa raga kita kepada Allah SWT.
Selagi hayat kita dikandung badan, marilah sama-sama kita mendirikan solat dengan penuh rasa kehambaan dan khusyuk. Semoga solat kita itu akan diterima di sisi Allah SWT
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi
kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang
mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi
orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
(terkena?? hahaha..)
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya
jalanraya), perlu baca " SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut
sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila
pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin
!!!! (terkena lagi?? hahaha..)
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau
bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi
Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya
tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu.
Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum
duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan
membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak
perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi
orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Langgan:
Catatan (Atom)