expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Khamis, 30 Mac 2017


MASA MAKIN HAMPIR....ANTOOFIGHTERS BERSATU !!!
(KEMBALI PADA AGAMA - KUATKAN UKHWAH - JANGAN KAJI SAJE TANPA BERTINDAK MERUBAH DIRI)

kawan kawan
sorri. agak kalut sikit dengan traffic fb saya hari ni yang tiba tiba macam jem balik hari raya. banyakj request pending dah penuh. banyak mesej dan komen saya tak sempat nak balas dan taip. nak korek hidung pun tak ada masa dah ni......maafkan saya kalau message dan komen saya tak sempat balas lagi. InsyaAllah saya cuba satu satu.

Tq for supporting. Tq sahabat dalam perjuangan yg support.
Jangan lupa like, share dan subscribe to FB Page dan Youtube THE BIKE PREACHER. Jangan lupa ikut tazkirah kami di video dan join RIDE BREAKFAST KAMI sambil shooting dan Tazkirah di kawasan kawasan redup tropika Malaysia ya.

maaf kan saya salah silap dan khilaf, bantulah sahabat sahabat saudara kita kembali memegang tali agama. kembali bersatu sebagai Muslim. jika benar kitalah Bani Tamim yang dikatakan...lupakan poltik, ranting dan apa juga perbezaan. Kembali bersederhana dalam beramal, lupakan Extrimism, lupakan tarikat pelik dan kumpulan yang pelik pelik. Kembali pada Jamaah. Kembali pada Islam. Kembali pada Quran dan Sunnah.

Mereka dah beratus tahun disekeliling kita. 360 darjah mengelillingi kita. ada yang berwajah dan berupa seperti kita.

ini masa yang paling hebat. ini masa paling penuh tipu daya. cari ustaz dan imam yg berilmu tapi berserdehana, boleh pakai, bijak dan berfikiran jauh.  selamatkan diri, keluarga dan sahabat.

akhir zaman, fasa 5 dan kiamat semakin hampir.....sangat sangat hampir..... bacaan dan kajian kajian ini bukan untuk suka suka. ianya untuk kita sedar berapa LAMA KITA SUDAH DITIPU DAN DI TORAK OLEH SISTEM DUNIA DAN SISTEM DAJAL.

Buka Minda, Fikir dan Sedar......Bila Sedar anda akan tahu.....ISLAM MEMANG BENAR - SEGALA DALAM QURAN DAN HADITH ADALAH BENAR. ANDA AKAN KAGUM DENGAN KEHEBATAN QURAN DAN HADITH - BAGAIMANA SEMUANYA DAPAT MENCERITAKAN APA BERLAKU SEKARANG DENGAN SANGAT JELAS,

KITA KURANG MENGKAJI - KITA KURANG MEMBACA - KITA BANYAK BERKHAYAL DAN MENGEJAR DUNIA

MEREKA MERANCANG - TAPI ALLAH JUGA MERANCANG - wujudnya spesis macam kita hari ini adalah perancangan ALLAH. Akan wujudnya manusia manusia yang kaji, berpesan, dan makin sedar. Hanya kuasa Allah yang menggerakkan semua ini. Bukan saya atau @Nuno atau @ustaz Auni atau sheikh imran hossein.

Kita semua Pejuang. Kita semua Kahlifah. Kita semua Muslim yang harus bangkit sedarkan yang lain. Kita hidup dalam sistem Dajal, Kita hidup diarahkan ke Dunia. Kita melawan segala ditetapkan Allah.
Kita menuju Akhirat. Tidakkah kamu bersyahadah dan percaya akhirat - syurga dan neraka ?

sampai bila kita nak relax ? nak jadi samseng ? nak rambut kaler ? nak nampak buah dada dan betis ? nak bukak aurat ? nak pergi disko ? nak minum arak ? nak gelang silver 2 kilo kat tangan ? sampai bila nak cakap slang gengster cina lu langsi lu mati ?
sampai bila nak superman atas LC tayar sotong , terlanggar lubang terbang tiruk tecacak kat devider ?

sampai bila nak tunggu seru sedangkan azan hari hari ada , quran banyak merata rata.....dalam phone pun boleh download !!!

Sampai Bila ?????  Anda tahu bila and mati ??????
Kalau esok anda eksiden , roda MRT jatuh atas kepala......tapi dok tunggu seru tak sampai........macam mana ??????

YAKINLAH DGN 3 HAL

Saudaraku,
Saudariku,

Semoga Allah menjaga mu

Yakinlah dengan 3 hal

1. Tiada yang lebih mengasihimu lebih daripada Allah; Rabb mu

2. Tiada yang lebih mengetahui dengan kegundahan hatimu melainkan hanya Allah

3. Tiada yang lebih dapat menjauhkan marabahaya lebih dari Tuhanmu

Oleh kerana itu

Minta pertolongan pada-Nya

Bersandarlah kepada- Nya dalam semua perkara dan dalam semu keadaan

Nescaya engkau akan mendapatkan lebih dari yang kau inginkan

Tapi kau perlu menanamkan keyakinan tersebut di dalam hatimu.

Ingatlah dengan Ibrahim tatkala dilemparkan di dalam api

Ingatlah dengan Yunus ketika di dalam perut ikan

Ingatlah dengan Luth ketika menghadapi kaumnya

Ingatlah dengan Ya'qub ketika dipisahkan dengan Yusuf

Ingatlah dengan Musa ketika dikejar-kejar Fir'aun

Tidak ada yang sulit dan mustahil bagi Allah

Dia hanya tinggal berkata kun (jadilah) maka akan terjadi yang diinginkan-Nya

Dan kau tinggal pasrah dan bersandar diri pada-Nya

Kelak Dia akan mencukupimu

    وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.”
(QS. At Thalaq: 3)

~Ustadz DR Syafiq Reza Basalamah

Edited by: NHIZ

الله أعلم

Apa Tujuan Kita Dakwah??


Apa tujuan kita dakwah?

Untuk popular?

Untuk ramai follower dan pengikut?

Untuk di puji dan di sanjung?

Untuk menjadikan kegilaan para wanita lantaran kekacakan, atau buah mulut lelaki-lelaki lantaran kecantikan kita?

Untuk dapat duit yang banyak?

Untuk famous?

Ah.

Untuk apa kita nak buat dakwah hakikatnya?

Adakah ikhlas kerana Allah, atau?

Jika benar dakwah kita ikhlas, hubungan kita dengan Allah perlu di jaga.

Kita lihat, pendakwah-pendakwah dahulu kala, bagaimana hubungan mereka dgn Allah?

Al-Bukhari pernah bercerita kepada Alfarabi: "Setiap kali aku hendak meletakkan satu hadis dalam kitab sahihku, aku mandi terlebih dahulu kemudian solat 2 rakaat." Dalam kitab sahih Bukhari ada sekitar 7560 hadis. Jika untuk satu hadis beliau solat 2 rakaat, means, selama beliau menulis kitab sahih, beliau melaksanakan shalat sekitar 15,120 rakaat!

Kita hari ini menulis kerana apa?

IMAM SYAFIE bahagikan waktu malamnya kepada tiga:"Sepertiga malam pertama untuk menulis, sepertiga malam kedua untuk qiamullail, dan sepertiga malam terakhir untuk tidur”. Itu baru waktu malam. Waktu paginya sibuk dengan dakwah, dan mengajar serta belajar.

Banyak kisah-kisah ulama yang pendakwah hebat, hubungan mereka dengan Allah sangat akrab.

Namun, persoalannya, bagaimana kita hari ini?

Kita dakwah, tapi kita jugalah yang berikhtilat, bercouple ala-ala islamik, layan drama or movie yang ada aurat, mendengar lagu-lagu yang liriknya berunsur maksiat, tak lazimkan diri solat jemaah, jarang qiamullail, tak istiqamah baca quran sehari.

Akhirnya, "dakwah" kita tu menjauhkan diri kita dengan Allah.

Terlalu sibuk berdakwah hingga lupa Allah.

Wahai kawan, wahai diriku, jangan pernah selesa. Sentiasalah muhasabah diri dan jangan berhenti perbaiki diri.

Moga Allah ampunkan kita.

♡Cara hilangkan hasad dan iri hati ya ?♥

Tringt kata2 tasha manshahar
'jangan rasa dengki atau cemburu atas rezeki seseorang, jangan lihat orang yg lebih daripada kamu. Lihatlah orng yang kurang drpd apa yg kamu ada. Apa yg kamu miliki. Dari situ kamu akan belajar erti syukur'

Kalau iri nya pada hal yg positive,
Contoh : kawan kita selalu dan cepat khatam alquran , kita cemburu ,
Cemburu itu dibolehkan ☺💐
Kenapa ya ?
Sebab . dengan cemburu tu , kita kena gunakan utk pemangkin semangat untuk kite lebih banyak membaca  alquran .
Tu contoh cemburu yang dibolehkan.

Tapi ada cemburu yang patut dielakkan . seeperti cemburu dengan maksiat orang lain.
Kata Ustaz Adnin dari Tarbiah Sentap waktu tour di Penang baru baru ni ,
Cemburu dengan maksiat juga sebahagian dari maksiat. Allahu :')
So sebaiknya kita recheck diri kita. Istighfar banyak banyak.
Bila nak cemburu atau iri hati , kita fikir dan guna formula :
Istighfar
Doa
Husnudzon.

Dan lastly , berazam untuk jadi lebih baik dari sebelumnya supaya kita jadi lebih baik dan mampu penuhi kehendak hati sendiri ☺🌸

Meluat ? Menyampah.
Macam mana ya hmm

Belajar untuk sentiasa positivekan diri and cari 70 sebab untuk benci kan sesorang.
Habib Ali yg kongsi :)

Yes it works on me.
Contoh tetibe saya tak suka awak maybe sebab awak macamni macam itu atau apa apa ke.
Saya akan sentiasa cari kebaikan dalam diri awak.
Saya cuba muhasabah diri .
" dia ni selalu bagi semangat kat aku n bla bla bla takkan sebab one thing dia buat , aku nak benci."

People make mistakes. Ya lari tak boleh. perbetulkan boleh! 😆
Cari kebaikan dalam diri orang tu!

Ada quote bi lupa camne tapi bunyik dia camni ah
"```i dont like him. So I must know him well```"

MAKSUD DIA APA EH?
maksud dia , sebenarnya kadang kita tak suka and benci iri  org sebab kita tak kenal org pun.
And trust me, will come a day , kita akan dengar or ucap.

" _dulu aku ingat kau ni sombong and mcm ni  macam tu tapi dah kenal kau,kau okay gak en_"

Ustazah saya dulu ada bagi tips, bila kita iri hati pada seseorang tu, doakan dia. Doakan supaya dia dan kita jadi lebih baik.


Jadi dosa tak kalau kita bukan niat nak putuskan silaturrahim

. Tapi jika bg kita cara yg terbaik adalah dgn hindarkan diri kita dr dia, block semua acc sosial dia, tak ajak majlis kawin😌, itu dikira mcm mana? Pastu tiba2 dia kecil hati atas tindakan kita yg jauhkan diri dari dia walhal kita cuba nak selamatkan diri kita dr prasangka buruk, kutuk2 dlm hati, kita dpt dosa tak?

Kalau boleh selamatkan tali yang menyambung , selamatkan 🙂💐
Ikat kemas kemas tali persaudaraan  yg pernah Allah simpulkan.

Tapi andai saja bila digenggam kemas makin sakit , kadang kena lepaskan.


Sebelum lepas , tegakkan dulu. Bukan terus lepas.
Berbincanglah.
Tanya .
Kadang kena duduk tempat dia tau.
Maybe ada silap kita juga.
Ego.
Yes, masalah ego.
Tp slow slow cuba untuk belajar cuba kawal. Dan belajar memaafkan. Cari punca  kenapa boleh jadi iri , dan cuba selesaikan dulu.
Inshaallah  lebih tenang 🌸

Ya, semua solusi yg diberi dh pernah cuba sebab selalu dpt peringatan mcmni dkt mana2 org share. Tp datang jugak, datang jugak rasa tu tiap kali terpandang dia atau tengok dia mana2 kat timeline.

faham.
Perasaan tu dtg sendiri.
Bukan salah Awak ☺

nak buat macam mana? unfollow je dia and beri diri sendiri masa untuk fikir balik silap sendiri dan islah.

jarakkan diri sementara waktu boleh tapi jangan sampai bila² awak jauh dari dia. kalau boleh biar dia tak nampak perubahan kita terhadap dia tu. dia pun manusia. Kita pun manusia.

Moga Allah mudahkan urusan kita dan dia.
Minta pada Allah , doa bebanyak :)
And baca Ya Latiff bebanyak. Maha Melembutkan .
Moga hati yg keras akan lembut  semula. Hasad adalah pnyakit hati,
merosakkan jiwa,
mematikan seri muka.

jgn mudah membenci,malah didik diri selalu memaafkan.

semoga Allah jaga hati kita💕

Niat Umpama Permata Di Dalam Api




Assalamualaikum jiwa2 ruh insan yang soleh solehah yang sudi memimpin tangan kita bersama2 ke Jannatul firdaus insyaAllah 💞

Pertamanya terima kasih atas Kasih dan Sayang Sang Pencipta yang kumpulkan kita sama2 semula dalam sebuah bulatan dengan genggaman tangan yang erat insyaAllah 💞

Alhamdulillah .

Semoga apa yang ingin adah sampaikan ,kalau tak dapat semua, ambillah sedikit yang boleh memberi kesan dalam jiwa kita 💝

Hari ni tajuk perkongsian kita adalah NIAT ..

Tajuk ni selalu orang kongsikan , tapi hari ni adah nak kongsikan semula semperna akhir tahun dan permulaan baru di awal tahun hadapan .


Siapa tahu apa itu niat ? 🤔🤔

🍃Niat ialah gerak hati yang yang bertujuan mendapatkan dan mencapai redha Allah


Niat ada 2 :
 - pergerakan hati time kita nak niat dalam solat.
-keinginan .

• • •

Sebelum kita pergi lebih jauh. adah nak kongsikan satu cerita  tau 🎀


💦Suatu ketika, terdapat seorang lelaki yang berkata,

“Sungguh aku akan bersedekah!”

 Kemudian ketika dia keluar dari rumahnya untuk memberikan sedekah, sedekahnya itu jatuh ke tangan seorang pencuri!
perkara itu cepat tersebar dalam kalangan penduduk sehingga menjadi buah mulut dalam kalangan mereka. Ketika perkara itu sampai ke pengetahuan lelaki yang memberikan sedekah tadi,
dia berkata, “Allahumma lakal hamdu (Ya ALLAH, bagi-MU segala pujian). Sungguh aku akan bersedekah!”


Kemudian dia keluar lagi untuk menunaikan niat sucinya itu. Akan tetapi kali ini lebih teruk lagi. Sedekahnya jatuh ke tangan seorang perempuan penzina! Penduduk setempat bercakap-cakap mengenai perkara tersebut,
 “Sebelum ni beri sedekah kepada pencuri. Semalam bersedekah kepada seorang penzina pula!”


Apakan daya, mungkin memang begitu takdir telah disuratkan. Si lelaki tadi hanya mampu mengungkapkan kalimah pujian kepada Tuhannya,

“Allahumma lakal hamdu (Ya ALLAH, bagi-MU segala pujian). Sungguh aku akan bersedekah!”

Maka sekali lagi dia keluar untuk memberikan sedekah.
Kali ini sedekahnya jatuh ke tangan seorang kaya. Lalu sekali lagi perbuatan lelaki tersebut menjadi perbualan hangat dan gosip panas penduduk.


Apabila cakap-cakap orang ramai sampai ke telinganya, lelaki itu hanya mampu mengucapkan,
“Allahumma lakal hamdu ‘ala sariq, wa ‘ala zaniyah, wa ‘ala ghoniy. Ya ALLAH, bagi-MU segala puji (yang telah menakdirkan sedekah itu jatuh ke atas) pencuri, wanita penzina dan si kaya.”


Selang beberapa ketika, lelaki tadi didatangi oleh seseorang lalu dikatakan kepadanya,

“Adapun sedekahmu kepada pencuri maka mudah-mudahan sedekah itu mencukupkan dirinya daripada mencuri lagi, dan penzina maka mudah-mudahan sedekahmu itu mencukupkan dirinya daripada melacurkan diri lagi, dan adapun sedekahmu ke atas si kaya maka mudah-mudahan sedekah itu memberi iktibar kepadanya sehingga dia juga akan memberi infaq dengan harta yang telah Allah kurniakan kepadanya.”


💦Kisah ini diceritakan oleh Rasulullah kepada para sahabat, diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dari Abu Hurairah. Ia juga turut diriwayatkan oleh imam Muslim dengan teks yang sedikit berbeza.

● ● ●

Terkedu Aku ♡


● ● ●

Sahabat2 yang dirahmati Allah 💘

Marilah sama2 kita fikir sejenak .

 Apakah niat kita sebenarnya ?🤔

 Adakah niat kita selama ini kerana Allah s.w.t atau kerana siapa ?
Tajdid (perbaharui) semula niat kita , yang mana tersalah niat sebelum ni sbgai contoh

 " eh nak update gambar selfie kenyit mata sikit lah biar aku boleh dapat dm dari mana2 jejaka tampan😍 "

 "emmm, nak pakai pakaian sunnah ni lah , nanti boleh orang komen banyak2 puji aku cantik👸🏼 "

" haaaa,aku dapat kereta baru 🚗,gelang baru ,baik aku postkan dekat ig, biar semua org tau aku org kaya😈 "

"aku nak join US ni sebab aku nak famous lah !"
haaaaa yang last sekali ni selalu terjadi bila seseorg tu dy salah tafsir , dy join US bukan kerana mahukan benda baru (ilmu) ,dy nakkan diri dy disanjung ! di puji depan org lain ! . yang masih ada dalam ni .. kita kena ingat , walau sahabat2 kita xtahu ape niat sebenar kita. tapi Allah mengetahui segalanya. sebab tu ada yg xboleh nak follow kita , sebab dy letakkan Allah no 2.. 😔😔



Nauzubillah😔 .. moga Allah hindarkan kita semua dari sifat sedemikian .

• • •

Moga dengan masuknya tahun baru masihi kita ,. kita boleh betulkan niat masing2 . sebab kalau tersalah niat , boleh kita tersalah langkah kat SANA nanti .

Dari Abu Bakrah (Nufa'i) bin al Harits ats Tsaqafy berkata: Rasulullah saw bersabda,
"Apabila dua orang Muslim berhadapan dengan pedang masing-masing maka pembunuh dan terbunuh keduanya sama-sama masuk neraka.
Abu Bakrah bertanya, "Ya Rasulullah, yang membunuh jelas masuk neraka tetapi mengapa yang terbunuh juga demikian?
Rasulullah saw menjawab, "Karena ia juga memiliki niat sungguh-sungguh akan membunuh lawannya."

(Bukhari - Muslim)

Akhir kalam dari adah , mohon halalkan apa yang terlebih dan terkurang dri adah .  Yang boleh ambil ,ambillah . Yang buruk , buat sempadan .

Terima Kasih sudi luangkan masa dengarkan perkongsian dari adah . Baru nak belajar berani sampaikan perkongsian . Wallahualam 🎀

Bersyukurlah kerana 'terpilih' antara yang dipilih. .

Siapa yang dipilih?
Kita.

Siapa yang terpilih?
InsyaAllah, kita yang mahu dipilih! :') .

Diri,
hidayah adalah nikmat terindah yang dimiliki oleh setiap insan bergelar hamba.
Kerana hidayah, kita kenal siapa kita.
Kerana hidayah, kita kenal siapa Pencipta kita.
Kerana hidayah, kita jelas matlamat hidupnya kita.

Dan, hidayah itu milik Allah.
Allah yang berhak memberinya. .

Lalu, apakah Allah masih tidak memilih kita untuk menerima hidayah-Nya, walau setelah terlalu banyak Dia ber'ihsan terhadap kita?

Allah jadikan kita manusia.
Allah beri kita kesempurnaan akal,
pancaindera dan anggota.
Allah beri kita Islam.
Kita buat apa sebagai Islam?
Allah beri kita kalamullah, sudi tidak kita membacanya?
Allah beri kita pertolongan untuk faham agama ini, adakah terdetik di hati kita untuk mengamati?
Allah hantarkan nabi sebagai rujukan dan panduan. Adakah kita mengikuti sunnah-sunnahnya? .

Aduh, diri!
Allah sudah memilihmu.
Tapi kitalah yang tak rela dipilih.
Allah beri kita macam-macam.
Tapi kitalah yang masih tak faham-faham.

Kita tak mahu faham.
Kita malas nak faham.
Kita yang 'tak ready' lagi nak faham.

Lalu, mengapa beralasan 'hidayah' Allah tak sampai lagi? .

Sedarlah diri...sedar.
Kau akan nampak hidayah Allah itu, saat kau mahu mencarinya. Kalau kau tak cari, selamanya kau akan buta. Kasihan sepanjang hayat. Kasihan sampai akhirat.
Kasihan selama-lamanya!

*Nasihat Tanda Sayang*