Rabu, 29 April 2020
*"ISTIGHFAR MERUPAKAN PEMBUKA PINTU REZEKI."*
*"ISTIGHFAR MERUPAKAN PEMBUKA PINTU REZEKI."*
๐ Pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang duduk bersama para sahabatnya, seorang lelaki datang ke hadapan baginda dan mengadu akan kemiskinan yang dialaminya.
๐ Kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki tersebut, "Hendaklah kamu beristighfar."
๐ Tidak lama kemudian seorang lelaki lain juga datang ke hadapan baginda serta kemudian mengadu bahawa dia belum juga dikurniakan anak (keturunan).
๐ Lalu Rasulullah SAW, kemudian berkata kepadanya : Hendaklah kamu beristighfar."
๐ Dan Abu Hurairah kemudian berkata. "Wahai Rasulullah, berbagai jenis penyakit yang ada, namun ubat serta penawar kepada seluruh penyakit itu hanya satu.."
๐ Maka Rasulullah SAW berkata, bacalah firman Allah SWT yang berbunyi : "Maka aku berkata (kepada mereka): "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu." (Surah Nuh: 10-12).
๐ Kemudian Rasulullah SAW juga telah bersabda : "Sesiapa yang membiasakan diri untuk beristighfar, maka Allah SWT akan memberikan jalan keluar pada segala kesukaran yang dihadapi dan memberi jalan keluar daripada segala kegelisahan serta kegelisahan yang dialami, lalu Allah SWT akan memberikannya rezeki melalui jalan (cara) yang tidak disangka-sangka." *(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah daripada Ibny Abbas).*
*TIPS MEMBACA๐AL-QUR'AN;*
๐Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik2 dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.
๐Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.
_Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:_
*๐Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...*
1. *JUNJUNG๐;*
(Letak atas kepala),
_Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita._
2. *CIUM๐;*
_Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini._
3. *PELUK๐*
(Letak di dada dengan erat),
_Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat._
_๐Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita._
_๐Amalkan tips ini insya Allah._
_๐Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa._
#Just_say_Alhamdulillah
#sharing_is_caring
#Share_
*RAMADHAN : PUASA MENGHASILKAN KESABARAN*
*RAMADHAN : PUASA MENGHASILKAN KESABARAN*
*• Pahala Tidak Terkira Dek Akal*
ุนَْู ุฃَุจِู ُูุฑَْูุฑَุฉَ ุฑَุถَِู ุงَُّููู ุนَُْูู ، َูุงَู َูุงَู ุฑَุณُُูู ุงَِّููู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู َ :
Saidina Abu Hurairah (57 H) ุฑุถู ุงููู ุนูู berkata: Rasulullah ๏ทบ bersabda:
ُُّูู ุนَู َِู ุงุจِْู ุขุฏَู َ ُูุถَุงุนَُู ุงْูุญَุณََูุฉُ ุนَุดْุฑُ ุฃَู ْุซَุงَِููุง ุฅَِูู ุณَุจْุนู ِุงุฆَุฉ ุถِุนٍْู ،
“Setiap amalan anak Adam, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda sehinggalah tujuh ratus kali ganda.
َูุงَู ุงَُّููู ุนَุฒَّ َูุฌََّู : ุฅَِّูุง ุงูุตَّْูู َ َูุฅَُِّูู ِูู ، َูุฃََูุง ุฃَุฌْุฒِู ุจِِู ،
Allah Azza wa Jalla berfirman: Kecuali puasa. Sesungguhnya ia milik Aku. Aku lah yang akan membahagi-bahagikan ganjaran pahalanya.
َูุฏَุนُ ุดََْููุชَُู َูุทَุนَุงู َُู ู ِْู ุฃَุฌِْูู ،
Orang yang berpuasa itu telah meninggalkan nafsu syahwat dan makan minum kerana Aku.
ِููุตَّุงุฆِู ِ َูุฑْุญَุชَุงِู : َูุฑْุญَุฉٌ ุนِْูุฏَ ِูุทْุฑِِู ، ََููุฑْุญَุฉٌ ุนِْูุฏَ َِููุงุกِ ุฑَุจِِّู ، ََููุฎُُُููู ِِููู ุฃَุทَْูุจُ ุนِْูุฏَ ุงَِّููู ู ِْู ุฑِูุญِ ุงْูู ِุณِْู
Orang yang berpuasa memiliki dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.”
HR. Muslim (1151) dalam sahihnya.
Mari kita lihat ayat al-Quran seperti berikut:
*ุฅَِّูู َุง ََُّูููู ุงูุตَّุงุจِุฑَُูู ุฃَุฌْุฑَُูู ْ ุจِุบَْูุฑِ ุญِุณَุงุจٍ*
_”Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”_
(Surah Az-Zumar [39]: ayat 10)
Persamaan yang ada pada hadis Qudsi dan ayat di atas ialah ganjaran pahala puasa sama seperti ganjaran sifat sabar, iaitu pahala tidak terkira. Lalu apakah hubungan puasa dengan sabar itu sendiri. Terdapat banyak penafsiran ulama kenapa pahala puasa itu wujud tidak terhitung.
Persoalan ini terjawab apabila kita melihat sabda Rasulullah ๏ทบ
ุนَْู ุฑَุฌٍُู ู ِْู ุจَِูู ุณَُْููู ٍ ، َูุงَู :
Seorang lelaki daripada Bani Sulaim berkata:
ุนَุฏََُّّูู ุฑَุณُُูู ุงَِّููู ุตََّูู ุงَُّููู ุนََِْููู َูุณََّูู َ ِูู َูุฏِู ุฃَْู ِูู َูุฏِِู ، ุงูุชَّุณْุจِูุญُ ِูุตُْู ุงْูู ِูุฒَุงِู ، َูุงْูุญَู ْุฏُ َِِّููู َูู َْูุคُُู ،
Rasulullah ๏ทบ mengira-ngira dengan tangannya; Tasbih (Subhanallah) itu separuh daripada timbangan mizan, Alhamdulillah pula memenuhi timbangan itu,
َูุงูุชَّْูุจِูุฑُ َูู َْูุฃُ ู َุง ุจََْูู ุงูุณَّู َุงุกِ َูุงْูุฃَุฑْุถِ ، َูุงูุตَّْูู ُ ِูุตُْู ุงูุตَّุจْุฑِ ، َูุงูุทُُّููุฑُ ِูุตُْู ุงْูุฅِูู َุงِู
Takbir (Allahuakbar) pula mengisi apa yang ada antara langit dan bumi. Puasa itu separuh daripada kesabaran. Bersuci itu separuh keimanan.
HR. Al-Tirmidzi (3465). Hadis hasan.
Al-Imam al-Hafiz Ibnu Rajab al-Hanbali (795 H) menyatakan :
ูููู ุงุณุชุซูุงุก ุงูุตูู ู ู ุงูุฃุนู ุงู ุงูู ุถุงุนูุฉ ูุชููู ุงูุนู ุงู ูููุง ุชุถุงุนู ุจุนุดุฑ ุฃู ุซุงููุง ุฅูู ุณุจุนู ุงุฆุฉ ุถุนู ุฅูุง ุงูุตูุงู ูุฅูู ูุง ููุญุตุฑ ุชุถุนููู ูู ูุฐุง ุงูุนุฏุฏ ุจู ูุถุงุนูู ุงููู ุนุฒ ูุฌู ุฃุถุนุงูุง ูุซูุฑุฉ ุจุบูุฑ ุญุตุฑ ุนุฏุฏ
“Amalan puasa terkecuali daripada amal-amal yang dilipat gandakan. Kesemua amalan yang lain digandakan pahalanya sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya pahala puasa tidaklah dihadkan gandaan pahalanya, bahkan Allah akan menggandakan pahalanya dengan gandaan yang banyak tanpa ada batasan.”
Kata beliau lagi:
ูุงูุตุจุฑ ุซูุงุซุฉ ุฃููุงุน : ุตุจุฑ ุนูู ุทุงุนุฉ ุงููู ูุตุจุฑ ุนู ู ุญุงุฑู ุงููู ูุตุจุฑ ุนูู ุฃูุฏุงุฑ ุงููู ุงูู ุคูู ุฉ.
“Sabar itu ada 3 jenis: (1) Sabar dalam mentaati Allah. (2) Sabar daripada melakukan perkara yang Allah haramkan. (3) Sabar atas segala musibah yang mendatang.
ูุชุฌุชู ุน ุงูุซูุงุซุฉ ูู ุงูุตูู ูุฅู ููู ุตุจุฑุง ุนูู ุทุงุนุฉ ุงููู ูุตุจุฑุง ุนู ุง ุญุฑู ุงููู ุนูู ุงูุตุงุฆู ู ู ุงูุดููุงุช ู ุตุจุฑุง ุนูู ู ุง ูุญุตู ููุตุงุฆู ููู ู ู ุฃูู ุงูุฌูุน ูุงูุนุทุด ูุถุนู ุงูููุณ ูุงูุจุฏู ููุฐุง ุงูุฃูู ุงููุงุดูุก ู ู ุฃุนู ุงู ุงูุทุงุนุงุช ูุซุงุจ ุนููู ุตุงุญุจู
Ketiga-tiga jenis sabar ini berkumpul dalam ibadah puasa. Dalam ibadah puasa terdapat kesabaran dalam mentaati Allah, sabar dalam menghadapi perkara yang Allah haramkan ke atas orang berpuasa daripada nafsu syahwatnya, dan bersabar atas apa yang akan menimpa seseorang yang berpuasa seperti kelaparan, dahaga, lemahnya tubuh badan. Semua penderitaan ini yang berpunca daripada ketaatan kepada Allah akan membuahkan pahala kepada pelakunya.”
[Lathaif al-Ma’arif, hlm. 150]
Semoga Allah memberikan pahala yang berlipat kali ganda kepada kita semua kerana sabar dalam mengikut perintahNya. Mudah-mudahan kita beroleh petunjuk dan rahmatNya. Amiin. Wallahua’lam. Sollu’alannabi.
-MTS-
#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring
#Share_untuk_kebaikan_bersama
Hanya hafal satu Surah?? Baca ni *BACAAN SURAH SOLAT TARAWIH*
*BACAAN SURAH SOLAT TARAWIH*
*SOALAN :*
Dalam solat tarawih *adakah* bacaan surah tertentu bagi imam dan yang solat seorang diri?
Setengah imam baca surah pendek ada setengahnya baca surah panjang.
*Manakah yang paling afdhal?*
*JAWAPAN :*
Tidak ada sebarang surah atau ayat yang diwajibkan atau menjadi kemestian ketika menunaikan solat sunat tarawih.
Terpulang kepada orang yang menjadi imam atau yang solat sendirian itu sendiri membaca apa yang dia suka.
Para salafus solih dahulu setengahnya membaca dengan bacaan yang ringkas dan setengahnya membaca dengan bacaan panjang.
Tetapi jika dengan kadar yang ringan yang tidak membebankan orang ramai yang menjadi makmum maka ia adalah lebih elok.
*Berkata Imam Ahmad :*
ููุฑุฃ ุงูุฅู ุงู ุจุงูููู ูู ุดูุฑ ุฑู ุถุงู ู ุง ูุฎู ุนูู ุงููุงุณ، ููุง ูุดู ุนูููู ، ููุง ุณูู ุง ูู ุงูููุงูู ุงููุตุงุฑ، ูุงูุฃู ุฑ ุนูู ู ุง ูุญุชู ูู ุงููุงุณ
*Artinya :* “Hendaklah imam membaca untuk sekelian manusia pada bulan Ramadhan bacaan yang ringan atas mereka itu dan tidak menyusahkan mereka istimewa pula pada malam-malam yang pendek. Dan perkerjaan ini ialah sekadar yang ditanggung olih orang awam.” *(Mughni Ibnu Qudamah)*
Dan setengah mereka itu yang mengelokkan dalam satu malam itu membaca sebanyak satu juzuk maka jadilah sebulan Ramadhan sekali khatam Quran.
*Berkata Imam Abu Ya’la :*
ูุง ูุณุชุญุจ ุงูููุตุงู ุนู ุฎุชู ุฉ ูู ุงูุดูุฑ، ููุณู ุน ุงููุงุณ ุฌู ูุน ุงููุฑุขู، ููุง ูุฒูุฏ ุนูู ุฎุชู ุฉ ูุฑุงููุฉ ุงูู ุดูุฉ ุนูู ู ู ุฎููู
*Artinya :* “Tidak afdhal kurang dari sekali khatam dalam sebulan supaya manusia dapat dengar sekelian Al-Quran. Dan tidak afdhal lebih dari sekali khatam kerana tidak disukai menyusahkan orang yang solat dibelakangnya.”
Dan elok juga jika mengikut kesesuaian orang yang menjadi makmum yaitu jika ramai dibelakangnya orang awam yang terdiri dari pelbagai keadaan seperti ada orang tua dan kaum wanita dan kanak-kanak maka tidak diperpanjangkan dan jika dibelakangnya adalah orang-orang yang redha dan kuat dengan panjang bacaan imam maka elok diperpanjangkannya.
*Diriwayatkan dari Abu Zar r.a. beliau berkata :*
ูู ูุง ู ุน ุงููุจู ุตّูู ุงููู ุนููู ูุณูู ุญุชู ุฎุดููุง ุฃู ูููุชูุง ุงูููุงุญ ู ูุนูู ุงูุณุญูุฑ
*Artinya :* “Kami pernah solat bersama Nabi saw sehingga takut semua kami akan terlepas waktu sahur.”
*Kesimpulan*
Bacaan surah dalam solat tarawih adalah terpulang kepada seseorang mana yang mudah baginya dan mana yang dia suka.
*Yang wajib ialah membaca dengan betul.*
*wallahua’lam*
ustaz azhar idrus
▪️
#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring
Selasa, 28 April 2020
Masyaallah !! Setiap Zikir Ada Maksudnya dan Kelebihannya (jom pelajari)
Maksud Zikir
Zikir (ุฐฺฉุฑ) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut.
Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepada Allah atau menyebut nama-nama Allah.
Di dalam Islam, zikir kepada Allah adalah sebahagian ibadat dan orang Islam yang melakukannya mendapat pahala.
Apakah Perbezaan Zikir Dan Doa?
Zikir ialah bacaan khusus yang melibatkan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah), tahlil (Laa ila haa illallah) dan takbir (Allahu Akbar).
Bacaan-bacaan ini selalunya kita jadikan wirid selepas solat fardu lima waktu dan juga zikir dalam solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha.
Bacaan zikir di atas dan zikir-zikir berdasarkan nama-nama Allah (Asmaul Husna) boleh dibaca pada bila-bila masa sebagai tanda kita sentiasa mengingati Allah dan kebesaranNya.
Manakala doa pula ialah:
Sesuatu penyataan hasrat hati individu muslim memohon pertolongan, perlindungan dan resti Allah SWT dalam hal-hal berkaitan masa kehidupannya, keluarganya dan masyarakat dan agamanya di dunia dan juga di akhirat kelat.
Bacaan Zikir Umum Dan Sahih
Perumpamaan orang-orang yang ingat akan Rabb-nya dengan orang-orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.
— Rekod Imam al-Bukhari dalam Fathul Bari XI/208 no. 6407
Semua zikir-zikir ini sesuai dibaca pada bila-bila masa dan ketika waktu yang sesuai, sewaktu duduk, berjalan, berdiri dan berbaring.

1.Zikir Pertama

Subhanallahi wa bihamdihi
Maha suci Allah dan segala pujian
untukNya.
(Rekod Imam Muslim)
Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Zikir ini adalah kalam yang paling dicintai oleh Allah SWT (Rekod Imam Muslim)
Ibarat menanam satu pokok kurma di syurga untuk setiap ucapan. (Rekod Imam At-Tirmidzi, hadis hasan)
Ia adalah kalimah yang dipilih oleh Allah SWT untuk malaikatNya (Rekod Imam At-Tirmidzi, hadis hasan)
2.Zikir Kedua

Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illallah, wallahu akhbar
Maha suci Allah. Segala pujian untuk Allah. Tiada tuhan yang sebenar, kecuali Allah dan Allah maha besar
(Rekod Imam Muslim)
Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Ia adalah zikir yang paling dicintai oleh Nabi SAW lebih daripada apa sahaja yang terkena cahaya matahari (Sahih Muslim).
Rasulullah SAW tersenyum kepada pengucap zikir ini (At-Targhrib li Al-Munziri).
3.Zikir Ketiga

Laa ilaha illallah wahdahu laa syarikalah, lahul-mulku walahul hamdu wahuwa ‘alaa kulli syai’in qodir
Tiada tuhan melainkan Allah yang esa, tiada sekutu untukNya. UntukNya kerajaan dan untukNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.
(Rekod Imam Al-Bukhari dan Muslim)
(Dibaca sebanyak 10 kali)
Kelebihan yang disebutkan dalam hadis
Seperti membebaskan empat orang dalam kalangan anak-anak Nabi Ismail a.s.
Dituliskan untuk dirinya 10 kebaikan, dipadam 10 kejahatan, dan menjadi pendinding daripada syaitan hingga ke petang (jikalau dibaca pada waktu petang)
Diampun seluruh dosa kecilnya walaupun sebanyak buih di lautan.
Allah SWT akan mengutus tentera bersenjata bagi melindungi dirinya daripada syaitan sehingga waktu pagi keesokkan hari. Selain itu, Allah SWT menulis untuk dirinya 10 kebaikan yang mewajibkan (syurga) melalui pembacaan zikir itu. Allah SWT juga memadam 10 kejahatan yang menghancurkan (pelakunya) dan untuk si pelaku itu pahala yang setanding dengan amalan membebaskan 10 hamba beriman.(Imam at-Tirmizi mengatakan hadis ini hasan gharib)
4.Zikir Keempat
Laa haula wala quwwata illa billah
Tiada daya dan upaya kecuali dengan izin Allah
(Rekod Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Kelebihan yang disebut dalam hadis:
Khazanah terbaik simpanan di syurga.
Zikir Munajat
Di bawah ini saya sertakan panduan zikir munajat yang mudah untuk diikuti.
Anda boleh play butang audio untuk membantu anda pada setiap bacaan.
Hasbi rabbi Jallallah
Mafi qalbi ghairullah
Nur muhammad sallallah
Lailahaillallah
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah
Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah
Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah
Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah
Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah
Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur muhammad sallallah
Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad s.a.w
Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Laisa laha mindunillah hi ka shifa
Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah
Lailahaillah almalikul haqqu mubin muhammadur rasulullah,
Sodiqul wa’di amin
Lailahaillah almalikul haqqu mubin muhammadur rasulullah,
Sodiqul wa’di amin
Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar
Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba,
Astaqfirullah ha innallah kanataw waba
Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat
Zikir Taubat Nasuha

Rangkap bacaannya adalah seperti di bawah:

Astagfirullah, rabbal baroya
Astagfirullah, minal khothoya
Astagfirullah, rabbal baroya
Astagfirullah, rabbal baroya
Rabbi zidni, ‘ilman nafi’a
Wawafiqli, ‘amalan maqbula
Wa habli, rizqan wasi’aa

Watub ‘alaina, taubatan nasuha.
Watub ‘alaina, taubatan nasuha.
Rabbi zidni, ‘ilman nafi’a
Wawafiqli, ‘amalan maqbula
Wa habli, rizqan wasi’aa
Watub ‘alaina, taubatan nasuha.
Watub ‘alaina, taubatan nasuha.
Terjemahan:
Ampuni aku ya Allah, Tuhan kepada Makhluk-makhluk
Ampuni aku ya Allah, daripada segala kesalahan
Ya Tuhanku, tambahkan daku, ilmu yang berguna
Dan taufiqkan, dengan amalan yang diterima (dimakbulkan)
Dan berikan aku, rezeki yang luas
Dan terimalah ke atas kami, taubat yang suci (taubat nasuha)
Zikir Nabi Yunus (Doa Memohon Pertolongan)

Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin
Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguhnya, aku termasuk dalam orang-orang yang zalim.

Ini adalah zikir yang dibaca oleh Nabi Yunus A.S. ketika Baginda berada dalam perut ikan nun.
Ia juga turut dikenali sebagai Doa Nabi Yunus.
Zikir ini mengandungi kelebihan yang amat baik jika kita mengamalkannya, iaitu manfaat dikeluarkan kita daripada kesusahan atau bencana
Penutup & Sumber
Sumber audio dalam panduan ini adalah daripada Youtube, Zikir Munajat Ustaz Dzulkarnain Hamzah yang dipotong kepada beberapa bahagian.
Selain itu, saya juga merujuk buku tulisan Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dalam penulisan ini.
InsyaaAllah panduan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Apa yang baik adalah hasil panduan daripada Allah SWT, apa yang tersalah, kita memohon keampunan daripada Allah SWT, Tuhan yang Maha Pengampun.
Semoga paduan ini memberi manfaat kepada anda.
#Just_say_Alhamdulillah
#Sharing_is_caring
#untuk_kita_semua
*10 PERKARA YANG ANDA MESTI TAHU TENTANG SAHUR.*
*10 PERKARA YANG ANDA MESTI TAHU TENTANG SAHUR.*
1⃣✅ Sahur itu bukan sejenis makanan. Tetapi ia adalah waktu yang hampir dengan masuknya waktu Subuh.
2⃣✅ Makan sahur mempunyai barakah dan mendapat pahala. Nabi SAW menjamin kenyataan ini dalam hadithnya.
3⃣✅ Untuk mendapat pahala bersahur, mestilah dilakukan pada waktu sahur yang betul.
4⃣✅ Makan sebelum tidur atau bangun terlalu awal untuk makan (sekitar jam 3 atau 4 pagi), itu tidak dinamakan sahur. Saya pun tak tahu apa namanya tu.
5⃣✅ Jika bangun sahur, jangan hanya untuk makan sahur. Bangunlah lebih awal untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Allah SWT.
6⃣✅ Banyakkan Istighfar dan memohon keampunan kepada Allah di waktu sahur. Allah berjanji akan memberi balasan syurga di akhirat bagi orang-orang yang beristighfar di waktu sahur.
7⃣✅ Sahur yang paling baik ialah yang paling hampir dengan waktu Subuh. Nabi SAW sendiri menyuruh kita melewatkan makan sahur.
8⃣✅ Waktu imsak ialah 10 minit sebelum waktu azan Subuh. Oleh itu, masih dibolehkan makan sahur walaupun telah masuk waktu imsak.
9⃣✅ Bangun sahur untuk berpuasa dalam bulan Ramadhan sudah dikira berniat puasa yang sah, walaupun tidak dilafazkan niat tersebut.
๐✅ Sahur itu hukumnya sunat. Solat Subuh hukumnya wajib. Jangan terlalu mengejar makan sahur sehingga kewajipan solat Subuh diabaikan.
☪Jangan lupa untuk share 10 perkara tentang sahur ni.
☪Tak payah minta izin. Ilmu ini Allah yang punya. Semoga semua orang dapat pahala.
#StayAtHome
#Just_say_Alhamdulillah
Isnin, 27 April 2020
*Ustaz Ebit Liew* *21 Pesanan Bermakna Dari Beliau*
*Ustaz Ebit Liew*
*21 Pesanan Bermakna Dari Beliau*
1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”
2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”
3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”
4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”
5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”
6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”
7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”
8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”
9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”
10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”
Ustaz Ebit Liew 21 Pesanan Bermakna Dari Beliau
11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”
12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”
13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”
14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”
15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”
16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”
17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”
18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”
19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”
20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”
21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”
*Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew*
#Just_say_Alhamdulillah
Jumaat, 24 April 2020
*PUASA SAH ATAU TIDAK?* Hidu asap Rokok dan minyak wangi??
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
*PUASA SAH ATAU TIDAK?*
*BATAL PUASA ATAU TIDAK?*
Siri 3
□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□□
Jawapan oleh:
Shaikh Sayyid Abu Tohir
ุจِุณْููููููููููููููููููู ِ ๏ทฒ ุงูุฑَّุญْู َِู ุงูุฑุญูู
ุงَูุณَّูุงَู ُ ุนََُْูููู ْ َูุฑَุญْู َุฉُ ุงِููู َูุจَุฑََูุงุชُُู
_sambungan...._
*Soalan 6:*
Apa hukum hidu minyak wangi, hidu asap rokok, sedut shisha, hisap rokok.
*JAWAPAN:*
Persoalan hidu minyak wangi, hidu asap rokok, sedut shisha, hisap rokok ketika sedang puasa.
*6.1 Hidu Minyak wangi atau gaharu atau wangian bunga*
TIDAK batal puasa jika hidu minyak wangi atau gaharu, kerana ianya hanya mengandungi bau dan tiada jirim kasar. dan lagi ia adalah sebagai mengikut laluan udara dan tidak termasuk didalam kategori sengaja masukkan suatu dalam rongga. (Berbeza dengan hukum hisap rokok atau sedut wap manisan, ini batalkan puasa. rujuk keterangan di bawah)
*6.2 Hisap rokok, sedut gam*
BATAL puasa jika hisap rokok, tembakau, sedut gam, hisap shisha dsb yang sememangnya mengandungi jirim kasar dan bau.
Hisap rokok atau sedut wap manisan adalah pada _uruf_ nya (adatnya) sama seperti minum air, iaitu memasukkan suatu kedalam rongga dengan sengaja, maka BATAL puasa nya.
*6.3 Terhidu asap kenderaan*
TIDAK batal puasa jika terhidu asap kenderaan di jalanan, atau asap dari pembakaran kerana tidak dapat dielakkan.
TIDAK batal puasa jika terhidu asap rokok orang lain, jika tidak dapat di elakkkan. Tetapi akan BATAL puasanya jika sengaja duduk disebelah orang hisap rokok dengan tujuan menyedutnya.
*6.4 Inhaler untuk rawatan:*
Inhaler yang di gunakan oleh pesakit asthma, lelah dsb. adalah sama seperti menghisap rokok, iaitu menyedut sejumlah jirim melalui mulut atau hidung, maka Ulama2 Ahlus Sunnah zaman ini fatwa bahawa BATAL puasa nya.
Jika seseorang menghidap penyakit2 ini berpanjangan dan tiada harapan untuk sembuh, maka dia termasuk didalam orang2 yang di uzurkan dari berpuasa. orang seperti ini wajib bayar fidyah.
Rujukan :
…………………
Kata Shaikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, menukil kata2 Shaikh Taifi dan Imam Ibnu Hajar Al-Haythami:
"Maka tembakau itu apabila disampaikan asapnya kepada rongga, batallah puasa dengannya. di bezakan asap tembakau dengan asap setanggi (gaharu / bakhoor) bahawa asap tembakau itu di qasad dirinya ( 'ain nya atau zatnya) dan bau nya sedang asap setanggi diqasadkan bau nya tidak dirinya. dan lagi asap tembakau itu disampaikan kedalam rongga dengan perbuatan di atas kelakuan suatu yang di minum, maka sampainya kedalam rongga lebih banyak daripada apa yang sampai daripada asap setanggi. "
[Sabilal Muhtadin]
_________
Wallahu A'lam
bersambung...
in shaa Allah....
_________
๐ณ๐๐๐๐๐๐ณ
*MAJLIS TAZKIRAH JILANI*
#Sharing_is_caring
#Just_say_Alhamdulillah
Langgan:
Catatan (Atom)